Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan, tentu ramai yang kerap memasak untuk hidangan seisi keluarga. Ekoran ramai yang duduk di rumah pelbagai koleksi resipi dicuba sehingga ada yang mengadu ada kedai kehabisan tepung untuk membuat kek atau roti. Hanya ada tepung serba guna.

Menerusi facebook, lelaki ini berkongsi tip cara mengunakan tepung serba untuk menghasilkan tepung naik sendiri, tepung roti, tepung kek. Boleh follow cara ini.

Tepung Serbaguna Pun Boleh Jadi Tepung Kek Dan Tepung Roti. Follow Tip Ni!

Dah seminggu stock tepung kat kedai habis licin. Hari ni stock baru masuk maka pakat-pakat la beli sorang 2-3 bungkus. Dah tak tengok jenama dah, asalkan dapat tepung 🤭

Hari ni abang jurutera pemasakan nak cerita pasal tepung.

Pada umumnya ada 4 jenis tepung yang biasa kita gunakan di dalam dunia pembakingan (pembakaran kuih tau bukan bekeng)

IKLAN

Tepung Serbaguna Pun Boleh Jadi Tepung Kek Dan Tepung Roti. Follow Tip Ni!

1. Tepung Serbaguna
Ini adalah tepung gandum yang biasa kita beli dipasaran. Tepung ni mempunyai kandungan protein diantara 9% and 11%. Sesuai digunakan untuk buat kuih, cucur, kek dan roti.

2. Tepung Roti

IKLAN

Tepung Serbaguna Pun Boleh Jadi Tepung Kek Dan Tepung Roti. Follow Tip Ni!
Tepung ini mempunyai kandungan protein antara 11%-13%. Dinamakan tepung roti kerana tinggi kandungan protein untuk menghasilkan gluten yang membuatkan roti kenyal.

Untuk menghasilkan tepung roti sendiri kita perlukan Vital Wheat Gluten. Boleh dibeli di kedai bakery dan tambahkan ke dalam tepung serbaguna dengan 5gm untuk 1 cawan tepung.

3. Tepung Kek

IKLAN

Tepung Serbaguna Pun Boleh Jadi Tepung Kek Dan Tepung Roti. Follow Tip Ni!
Tepung kek tak perlukan banyak protein, biasanya di bawah 9% cukup untuk membentuk struktur kek. Ini adalah untuk mendapatkan kek yang ringan dan berspan.

Untuk membuat tepung kek kita perlukan tepung jagung. Tambahkan 2 sudu kecil tepung jagung ke dalam 1 cawan tepung serbaguna untuk mendapatkan tepung kek homemade.

4. Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau bahasa inggerisnya self raising flour.
Kita boleh membuat tepung naik sendiri dari campuran tepung serbaguna dan baking powder.
Campurannya adalah sebanyak 1/2 sudu teh baking powder untuk 100g tepung gandum.

Semoga info ini membantu dan beri manfaat buat semua.

Sumber: Rizal KingRiz

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI