Pejam celik, genap setahun pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut suaminya yang juga pelawak, Shuib, pernah berhasrat untuk mengubah suai rumah bagi memberi suasana baharu.
Bagaimanapun, Shuib terpaksa melupakan perancangan itu baru-baru ini selepas mendapat mimpi sedih seakan-akan Allahyarham Sarah tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Selepas enam bulan arwah meninggal dunia, saya pernah terfikir nak ubah suai rumah untuk memberi suasana baharu dan sudah berbincang dengan pereka dalaman.
“Bagaimanapun, bulan lalu saya batalkan hasrat itu selepas mendapat mimpi sedih. Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baharu dan tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah, malam tadi.
Ads
Menurut Shuib, mimpi yang dialami turut mengganggu emosinya ketika itu dan membuatkan dia kuat untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.
Shuib berkata, walaupun sudah setahun pemergian Sarah, dia masih menyimpan barang-barang peribadi milik isterinya itu untuk dijadikan kenangan.
Ads
“Ada barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital masih elok dalam simpanan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,” katanya.
Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu jam 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, akibat Covid-19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Ads
Selain Ayash, Shuib dan Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Kehilangan insan tersayang sudah tentu perit apatah lagi jika pemergiannya secara tiba-tiba. Bahkan, segala rancangan hidup untuk kebahagiaan keluarga di samping anak-anak musnah sekelip mata.
Begitulah, kita yang merancang, namun segalanya susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Menerusi laporan berita harian metro, seorang wanita bergelar isteri
terlibat di dalam kemalangan jalan raya di lorong kiri Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi hari ini (Selasa).
Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat pendarahan pada kepala dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibedah siasat.
Mohd Nazir Zainuddin, suami mangsa kemalangan jalan raya, Wan Mazlinda Wan Mohamad, melahirkan rasa sedih kehilanga isteri sekelip mata.
“Sedih kerana kehilangannya dalam sekelip mata tetapi saya lihat mukanya cukup berseri seperti sedang tersenyum.”
BEKALAN MAKANAN DAN UCAPAN HARI BAPA
Lebih menyedihkan, lokasi kejadian kelihatan bekalan makanan arwah bertaburan di jalan raya. Malah, ucapan dan hadiah terakhir buat suami sempena hari bapa begitu meruntun jiwa. Mata yang melihat pun sudah tidak tertahan rasa hiba, apatah lagi mangsa dan ahli keluarga yang melalui ujian ini.
“Kebiasaannya, saya dan arwah isteri bergerak ke tempat kerja serentak dengan menunggang motosikal masing-masing sebelum berpisah di simpang Seksyen 32, Shah Alam,
“Cuma hari ini, arwah bergerak ke tempat kerja lebih awal dengan membawa bersama bekal makanan, nasi bersama udang masak sambal yang dimasaknya malam tadi.
“Namun, arwah tidak sempat menjamah makanan itu walaupun dia memberitahu teringin untuk makan sejak semalam. Malah, setibanya di tempat kejadian, saya lihat isi bekas makanan itu sudah bertaburan di jalan raya.”
“Sejak kebelakangan ini, arwah kerap masak makanan untuk bekalan saya ke tempat kerja.
“Arwah juga ada memberi ucapan dan hadiah untuk saya sempena hari bapa, Ahad lalu.”
Mohd Nazir berkata, dia masih tidak sempat menjamah lauk dimasak isterinya malam tadi kerana masih bersedih dengan kehilangan arwah.
“Walaupun masih sedih dengan kehilangannya, saya akan tetap menjamah makanan itu bersama anak kerana ia hidangan air tangannya yang terakhir sebelum meninggalkan kami.”
Difahamkan arwah meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil yang berusia tiga hingga 12 tahun. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kematian yang dicemburui, perginya Siti Sarah menghidupkan hati ramai wanita bergelar isteri. Banyak kebaikan yang dilakukan olehnya, dan salah satu adalah berkenaan ketaatan kepada suami. Mudah-mudahan menyedarkan jiwa bagi yang sedang terleka menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang perlu taat kepada suami.
Taat. Benar bukan mudah untuk dilakukan. Namun disitulah ‘gelanggang’ isteri mendapatkan pahala dan taat itu sebenarnya adalah jihad seorang isteri.
Bersamalah berusaha untuk perbaiki diri masing-masing untuk menjadi lebih baik. Selagi masih ada masa, ia tidak terlambat. Semoga apabila kita taat kepada suami, darjat kita diangkat di sisi Allah, InsyaAllah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Adlil Rajiah, antara yang aktif menulis di media sosial berkongsi ilmu dan pandangan serta pengalaman peribadi dalam hal berkaitan kekeluargaan. Ini perkongsiannya semoga bermanfaat dan dapat dimanfaatkan untuk mendidik diri menjadi lebih baik sebagai seorang isteri.
Siapa je yang tak cemburu dengan allahyarhamah siti sarah kan?
Gugur dosa selepas melahirkan,
syahid dalam wabak,
pergi dalam keadaan suami redha,
didoakan jutaan penduduk bumi,
dan tak mustahil namanya disebut-disebut penghuni langit.
Subhanallah. Benar-benar kematian yang dicemburui.
Taat Suami
Dan antara kebaikan arwah yang banyak disebut-disebut adalah ketaatan beliau kepada suaminya. Macam simple je, tapi kita para isteri tahu—BUKAN MUDAH. Kan?
Tapi hakikatnya itu lah “gelanggang” kita. Itu lah jihad kita sebagai isteri sebenarnya.
Berangan nak jadi ketua bidadari kat syurga, tapi dengan suami bukan main gangster.
Ingat Kebaikan
Saya teringat ada satu malam, i had a fight with my husband. A typical husband-wife fight.
Cuma kali ni lebih intense. Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.
Ye lah kan. Dah 11 tahun kawen, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu.
Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal-awal kawen dulu, semakin hambar.
Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semua benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni. Tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuan.
Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.
He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point.
Page by page. He gave 100% attention and didn’t say a word.
Habis je aku baca semua, suami cakap— “Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.”
Dan dia diam semula.
“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?” I urged him to read his list.
Dia senyum je. Sambil geleng, dia cakap-“Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”
Aku terus menyirap—”Tipu lah. Takkan takde apa-apa. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
He smiled and replied,”11 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”
“Kenapa taknak?”
“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”
Saya menangis, dan terus peluk suami.
Ada 5 perkara yang saya belajar:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kahwin, makin banyak lah kekurangan masing-masing terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa, pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri—adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never grow alone. Even our own growth needs someone to respond— someone yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s also a friendship.
Jadi wahai bini-bini sekalian, udah-udah la tu mengungkit. Bukan boleh menang shopee coin pun. 😆
Cuba renungkan hadis Rasulullah ni— “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]
Memang tak mudah. Tapi ingat—itu lah jihad kita. Itu lah jalan kita untuk capai syurga.
Semoga darjat kita diangkat di sisi Allah asbab ketaatan kita kepada suami. InsyaAllah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.