Teringin Nak Buat Nasi Dagang Tapi Tak Reti? Ibu Ni Tunjuk Satu-Satu, Jadi Mudah Nak Buat!
Jika selama ini ada yang teringin nak masak nasi dagang tapi belum pernah mencubanya, apa kata ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadia ini. Setiap langkah dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan anda yang pertama kali ingin mencuba memasak menu tradisi Terangganu ini.
Jadi usah tunggu lagi, jom hadam dulu cara penyediaannya dan kemudian bolehlah disediakan untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Cara saya buat nasi dagang (mudah je)
1-Beras basmathi 2 pot (sy guna beras basmathi pusaking cap rambutan)
2-Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan, jadi kalau korang suka berpulut boleh tambah sukatan)
*bahan2 atas ni rendam 1-2 jam,saya rendam 1 jam
3-halia mayang halus
4-bawang merah mayang halus
5-santan(saya guna santan M.S setengah kotak)
6-garam
7-gula
8-halba (2 sudu besar)
Cara-caranya;
1-Kukus beras dan beras pulut sampai separuh masak
2-Letak beras dan beras pulut yang di kukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan
3-Kemudian dalam mangkuk masukkan santan,halia,bawang,halba,gula,garam. Kacau sampai sebati, lepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras dan beras pulut tadi kemudian arung/gaul sampai rata/sebati..arung/gaul perlahan-perlahan untuk elakkan nasi patah.
Ads
4-Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas di alas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat..tutup dengan daun pisang dan sedia dihidang.
Gulai Nasi Dagang
1-Rebus ikan aya/tongkol ,air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping dan garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan
Bahan-bahan untuk step seterusnya;
Bawang merah 11 ulas
Bawang putih 1 labu
Halia seinci
Cili kering segengam(di rebus)
Semua bahan di atas dikisar
Rempah kari ikan adabi(plastik biru 1 peket kecil)
Rempah gulai cap bunga rose (1 peket kecil)
Santan 2 kotak (saya guna M.S size kecil)
Ads
Air
Asam keping
Gula nisang/kerek/melaka
Garam
Cili api merah dan hijau
Cara-caranya:
1-Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek) tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3x (kering,tambah air(ni kalau korang nak tambah air rebusan ikan pun boleh,saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam) ulang 3x sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula) api sederhana ye. Ketepikan
2-Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air(sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik ,air saya guna 1 kotak santan), kemudian masukkan bahan yang di tumis tadi dalam periuk berisi santan. Bukak api, kacau sampi sebati, masukkan garam,asam keping,ikan yang di rebus,cili padi hijau dan merah..masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap
Maklumat Penting untuk dah cuba tapi kuah/gulai tak berapa merah lepas masak:-
-jika kuah/gulai korang tak merah sangat,myb masa tumis tadi cili kisar letak agak sikit, korang boleh tumis darat lepas tu curah dalam kuah/gulai yang dah siap tadi.
Cara saya: Dalam kuali letak minyak,lepas tu tumis cilikisar dalam 5 sudu besar sampai naik minyak,dah siap korang curah la ke dalam kuah/gulai yang dah siap tadi.
1-Timun potong bulat-bulat dan selepas itu belah 4, buang biji. Kemudian hiris halus-halus
2-Carot pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus
3-Bawang merah 2 biji hiris halus
4-Lada besar 1 biji buang biji hiris halus
5-Gula 3 sudu besar
6-Garam 1 sudu kecil
7- Cuka 3 sudu besar
gaul semua bagi sebati, siap
Telur rebus kuning tak keras,cantik oren
1-Didih kan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)
2-Selepas air mendidih,masukkan telur slow2 tak nak bagi dia retak,set masa 6mint,selepas 6 minit tutup api dapur..biarkan lagi dalam periuk 3 minit..lepas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip..kupas ketika masih panas di bawah air mengalir
Menarik sungguh resipi minggu ni. Ayam goreng ni jika masak memang menjadi kegemaran keluarga.
Apa kata, ikut resipi ayam goreng crunchy yang menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.
Bahan utama
-Ayam
-Tepung Bestari Original(nk guna yg spicy pon boleh)ikut selera masing2
-minyak
Resepi :
1)Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam.ok yg ni kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nk perap tu agak2 ayam banyak mne banyak tu la tepung nye .
Bancuh dengan air lagi lame ayam diperap lagi rasa juicy tau tapi klau tk nk perap lame pon tkpe dalam 10 minit pon oke ikut pde kerajinan nk menunggu yg ni sy tak bancuh dengan telur sbb klau letak telur minyak kan jadi cepat hitam . (jangan letak garam /perase sebab tepung bestari ni dah ckup masin )
2)Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak)guna bekas yg besar sbb senang nk gaul ayam nnt
3)Ambil ayam yg diperap td ke tepung kering dan gaul sama rata …maseni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam .
4)Kejadian ayam
5) Ok yang ni sediakan bekas/mangkuk ikut pde korang la . isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang )dn letak penapis ..masukkan ayam yg bersalut tepung td kedalam dn remdam ayam jangan lame sekajap je rendam(dalam 2 saat)
6)angakat ayam direndam tadi dn toskan .
7)lepastu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nnt tak jadi kerinting ayam).. lepastu akan nmpk hasil kerinting macam ni
8)goreng ayam ni sy pilih dalam periuk sbb kejadian ayam bile digoreng akan jadi cantik minyak kena banyak bile goreng ayam tu tde la hangit tang bawah tu .
9)Dann ini la hasilll nyaaa
Selamat mencuba
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang memasak nasi di bulan puasa ini ada di antara kita akan menanak nasi sekali sahaja iaitu ketika membuat persiapan berbuka.
Kuantiti yang dimasak sengaja dilebihkan bagi memastikan cukup untuk dimakan ketika bersahur pula.
Tujuannya untuk memudahkan, namun alangkah geram dan kecewanya apabila nasi tersebut tidak boleh dimakan kerana telah basi!
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena. Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di