Hari-hari masak lauk simple je, semua dah bosan tengok sebab asyik berulang menunya. Dah alang-alang esok cuti, apa kata esok pagi bangun awal pergi pasar cari bahan buat nasi kerabu!
Apa, tak reti buat? Haaa jangan risau! Min nak belanja la ni resipinya dari Nora Azni atau lebih dikenali sebagai mamaohsem! Mesti anak teruja tengok nasi warna biru kan. Tunggu apa lagi, jom catit bahan apa nak masak untuk esok! Hehe
Resipi Nasi Kerabu Mamaohsem
Resipi Nasi biru
Bahan-bahannya :-
– Sebatang serai (diketuk)
– 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
– Beras biasa
– Bunga telang(kalau takde boleh guna pewarna, saya guna pewarna biru)
– 3 titik pewarna biru (boleh kurang kan ye, sebab nasi saya biru sangat)
Cara-caranya :-
Basuh beras, campur semua bahan dan masak nasi mcm biasa.
Resipi sambal nyor atau sambal kelapa
Bahan-bahannya :-
– Sebiji kelapa parut
– 6 ekor ikan selayang
– 2 batang serai
– 7 biji bawang merah kecil
– 2 keping hirisan halia
– lada hitam
– Garam
– Gula
Cara-caranya :-
– Mula-mula goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak. Sebaik nye guna api sederhana ye. Takut kang hangit.
– Part goreng kelapa ni lame jugak, kena selalu kacau-kacau, nak bagi masak serata elok. Goreng kelapa kena sampai garing dan bertukar kaler ke perang. Dah siap. ketepikan.
– Ikan selayang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Lepas tu ambik isi ikan je.
– Goreng atau sangai ikan dalam kuali tanpa minyak. Bagi kering-kering sikit. Ketepikan.
– Hiris nipis serai, kemudian tumbuk bersama bawang merah, halia dan sedikit lada hitam.
– Masukkan ikan yang digoreng tadi, tumbuk agak-agak lumat. Dan keluarkan dari lesung.
– Kelapa yang digoreng tadi, tumbuk sekejap je.
– last sekali campurkan ikan, kelapa yang ditumbuk, garam dan gula. Kena gaul sebati. Guna tangan. Pakai sarung tangan plastik tau.
– Dah siap sambal nyor.
Ads
Resepi tumis budu
Bahan-bahannya :-
– 2 batang serai 1 diketuk 1 lagi dikisar*
– 5 ulas bawang merah kecil*
– 3 ulas bawang putih*
– 3 keping hirisan halia*
– 10 tangkai cili kering*
– nisse atau gula melaka*(pakai 2 sudu besar)
– 5 sudu besar budu(brand tak kisah, saya pakai budu cap tere)
– Santan
– 1 keping asam gelugur
– Garam (kena rase dulu, kalau masin tak payah letak garam)
– Sedikit serbuk aji
Cara-caranya :-
– Kisar bahan bertanda*
– Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak. Masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sampai garing.
– Lepas tu, masukkan santan, asam keping dan budu. Tumis lagi sampai pecah minyak.
– Rase dulu kalau dah masin tak payah letak garam,cuma letak sedikit serbuk aji.
– Siap dah tumis budu.
Kisar cili padi, cuka, dan garam. Leoas tu perah limau nipis. Dah siap.
Ulaman
– Daun serai atau daun samak(susah nak dapat jadi saya tak pakai)
– Kacang panjang
– Bunga kantan
– Taugeh
– Kobis
– Daun kesun
– Timun batang (taknak pon takpe)
– limau nipis
Semua ulam kat atas tu, dihiris.
Ini kobis, taugeh dan daun kesum.. Semua hiris. Taugeh tu sedap sangat.. Krup krappp uols.
Ads
Lauk
– Telur masin (rebus)
– Ikan selayang goreng tepung. (saya guna tepung bestari je)
– Daging bakar
Resepi daging bakar
Bahan-bahannya :-
– Setengah kilo daging (tak potong, bakar seketul besar.
– Sebatang serai*
– 3 keping hirisan halia*
– 3 keping keping hirisan lengkuas*
– 3 ulas bawang merah*
– 2 ulas bawang putih*
– garam
– 1 sudu besar gula
Cara-caranya :-
Blend semua bahan bertanda*
Lumur semua bahan kisar, garam dan gula pada daging.
Perapkan. Saya perap 1 malam.
– Bakar guna pemanggang ajaib. Tak perlu bakar lama, kering sangat tak sedap. Tapi jangan la sampai tak masak pulak. Agak-agak uols la ye.
Dah menjadi kebiasaan, menu wajib bila ada daging korban semestinya sup daging. Bahagian daging korban yang fresh bila dimasak akan mengeluarkan minyak atau lemak dalam sup tersebut sehinggakan sesudah makan akan rasa melekit dan berminyak.
Di sini ada beberapa tip yang boleh anda ambil untuk kurangkan lemak dalam sup tersebut dengan mudah. Jom baca artikel di bawah!
4 TIPS MUDAH BUANG LEMAK DAlAM SUP
1. Buang air rebusan pertama
Ada petuanya kalau nak dapatkan sup yang bersih dan kurang berminyak, salah satunya adalah dengan membuang air rebusan daging yang pertama. Dalam rebusan pertama inilah terhasilnya lemak paling banyak.
Bila dah buang, boleh rebus semula macam biasa dan tambahkan bahan-bahan lain seperti kentang, daun sup serta perasa.
Pasti ada yang kata sayang nak buang lemak ini sebab itu yang buat sup rasa sedap. Apapun, kalau nak ikutkan, hasil rebusan kedua pun tak kurang sedapnya juga.
2. Sejukkan rebusan dalam peti ais.
Cara kedua yang boleh anda cuba adalah dengan menyejukkan air rebusan daging tadi dalam peti ais. Setelah beberapa jam, air rebusan daging akan membentuk satu lapisan lemak yang membeku. Bila dah beku, mudah untuk kita buang lemak-lemaknya.
Air rebusan yang di bahagian bawahnya bolehlah dimasak dan ditambah bahan lain untuk dibuat sup atau masakan lain. Barulah berkurang minyak dan lemaknya.
3. Kaup buih/minyak semasa memasak
Selain itu, anda mungkin akan dapat perhatikan buih-buih kehitaman / keperangan ketika sup sedang menggelegak. Tapi kalau yang guna pressure cooker mungkin tak nampak.
Bagi yang guna periuk biasa, bolehlah kaupkan buih-buih ini supaya lemak-lemaknya berkurang. Minyak atau lemak yang timbul masa panas ini juga boleh disingkirkan sekali.
4. Guna senduk atau mangkuk berisi ais
Akhir sekali, anda boleh cuba gunakan cara mengisi senduk atau mangkuk lain dengan ais. Lalukan senduk atau periuk ini di atas permukaan sup yang telah dimasak.
Kemudian, anda akan mendapati lemak-lemak akan terlekat pada bahagian bawah senduk atau mangkuk yang sejuk.
Bagi siapa yang guna mangkuk, boleh juga balutkan terus mangkuk tadi dengan plastic wrap. jadi, tak payah susah-susah nak basuh sebab boleh tanggalkan dan terus buang. Bukan mudah nak cuci lemak ‘degil’ tu nanti tau!
Guna saja salah satu cara di atas ini untuk buang lemak-lemak yang akan timbul bila sup menyejuk nanti. Dapatlah anda menikmati sup yang lebih ‘bersih’, tapi tetap enak dan kurang berminyak.
Aneka menu puding, agar-agar atau jeli tidak dinafikan sering ‘menggoda’ selera kita anak beranak untuk menikmatinya, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Terasa nikmat menjamah puding yang sejuk dengan teksturnya yang lembut, rasanya yang manis dan apatah lagi jika cantik pula warnanya.
Umpamanya seperti Puding Awan ini, nampak istimewa dan menyelerakan bukan? Jika tidak masakan resipi ini boleh viral. Boleh dikatakan sekali pandang kita sudah teruja untuk menikmati keenakan rasanya.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini.
Puding Awan
Bahan agar-agar (langit biru)
10gm agar-agar
2 cawan air kelapa
2 cawan air
11/2 cawan gula (boleh kurangkan)
ais secukupnya-dihancurkan
Bahan krim (awan)
1 cawan non dairy whipping cream-dipukul hingga kental
Cara Masak:
1. Masak agar-agar bersama air, air kelapa, gula dan pewarna biru hingga mendidih. Tutup api.
2. Letak agar-agar di atas bekas berisi ais. Biar agar-agar sejuk sambil kacau-kacau dengan sudu hingga mengental dan boleh dicedok dengan sudu. Jangan sampai agar-agar keras ye.
3. Sudukan agar-agar ke dalam botol atau gelas. Kemudian sudukan whipping cream. Buatlah seperti bentuk awan , biar ia melekat di botol atau gelas. Letak 3-4 hiris isi kelapa ditengah-tengahnya. Ulang cara yang sama dan akhiri dengan picit whipping cream di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais.
Ekstra info: Jika tak nak guna air dan isi kelapa, boleh guna air dan buah laici.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Setiap kali nak buat kek ke biskut, mak-mak suka ayak atau tapis terlebih dahulu sebelum guna. Betul tak? Ini kerana mahukan struktur tepung lebih nipis, tidak mudah berketul dan lebih lembut.
Tapi ada satu sebab lagi kenapa pentingnya tapis dahulu tepungnya, iaitu untuk elak sebarang benda lain masuk ke adunan atau ulat tepung seperti yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok, @cerokdapodotcom.
Ulat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.
Menurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.
Perkongsian video yang berdurasi 18 saat itu mendapat perhatian warganet di aplikasi tersebut dengan peroleh lebih 800 ribu penonton. Malah ada juga yang berkongsi pernah berhadapan situasi seperti ini. Malah ada yang komen tepung tersebut tak perlu dibuang, boleh dibuat untuk basuh ayam atau kegunaan lain.