Tidak mengalami alahan dan mengidam yang pelik-pelik, namun penyanyi Nabila Razali yang kini sedang hamil di trimester keduanya berkongsi teringin untuk makan burger Ramly.
Bahkan pelantun lagu Peluang Kedua ini juga turut mengidam untuk menikmati Victoria Sandwich Cake.
Menerusi satu temubual, bakal ibu berkongsi kisah perjalanan kehamilannya.
“Alahan dan mengidam pelik-pelik tak ada tapi tiba-tiba tadi rasa macam teringin nak makan burger Ramly dan kek.
“Setakat ni alhamdulillah sihat, tak ada alahan apa-apa. Harap okaylah,” akuinya.
Ads
Persiapan di hujung kehamilan
Ketika ditanya persiapannya bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya nanti, tambah Bella lagi dia dan suami masih lagi tidak mempersiapkan apa-apa peralatan bayi.
“Jujurnya Bella masih lagi aktif, so tak banyak preparation yang Bella sempat buat cukuplah sekadar benda penting.
Ads
“Baju baby dan peralatan lain itu belum lagi. Nanti dah nak hujung-hujung nanti baru start shopping,” katanya.
Terdahulu Bella dan suami dijangka bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada Januari tahun depan.
Rumahtangga yang bahagia tentunya memberikan kekuatan kepada suami. Menerima suami seadanya tanpa rungutan.
Ikuti perkongsian saudara Hafizul Hakim mengenai sikap seorang isteri yang melengkapi pasangannya. Sungguh inspirasi!
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain. Sayangilah bidadari kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain.
Asbab dia, kita dapat zuriat yang lahir dari rahimnya. Melalui isteri, aib kita orang lain takkan tahu. Kerana isteri, kita jadi yakin dan kuat dalam apa kita kerjakan.
Syukur sebab dia terima kita seadanya. Dia sayang kita bukan kerana kita terlalu kacak, tersangat kaya atau tersangatlah rajin.
Tapi kerana cinta dan sayang. Membebel pun salah satu ciri orang penyayang tau.
Cintai mereka, kasihi dia. Andai kita jatuh, isteri yang akan bangkitkan kita semula. Jika temu jalan buntu, dia akan bagi buah cadangan dan sokongan.
Saya disini seronok tengok ‘couple’ yang lebih senior berpimpin tangan, ke sana ke mari berdua, makan sama-sama dengan senyuman dan tawa. Ada isteri, tolak suami di kerusi roda. Ada pula suami, menolak kerusi roda untuk isterinya. Dalam keadaan begitu pun mereka tak bermasam muka. Siap boleh gurau-gurau lagi. Allahu, indahnya.
Kawan-kawan,
Moga-moga rumahtangga kita semua penuh dengan rahmah, kasih sayang dan beroleh keberkatan. Itulah ‘relationship goal’ sebenar sebagai pasangan hidup.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Begitulah.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk membina keluarga jannah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alangkah bertuahnya badan bila dikurniakan menantu lelaki atau perempuan yang baik, menjaga dan menyayangi diri kita seperti ibu kandung sendiri. Tidak dengan itu, murah hati pula membeli hadiah sebagai tanda kasih.
Berkongsi kisah Abdul Muiez Ruslee ini umpamnya, seroang menantu yang memberikan hadiah istimewa kepada ibu mertuanya yang telah lama teringin membeli emas bolehlah dijadikan inpirasi.
Menurutnya, apa yang dikongsikan bukanlah bertujuan menunjuk kaya apatah lagi berduit, namun apa yang dilakukan semua itu adalah sebagai mencipta satu kenangan indah untuk dirinya dengan dapat menghadiahkan barang kemas.
Ini memandangkan ibunya sudah meninggal dunia , dan kini cuma ibu mertua lah tempat untuknya menumpang kasih seorang ibu.
Belikan Gelang Emas & Cincin Untuk Mak Mertua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun. InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula. Selesai dan saya bayar.
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je. Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Belikan Ayah Baju Baru
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa. Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Harta Bertambah Berkat
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga baik suami mahupun isteri pasti mengimpikan zuriat bagi menyemarakkan lagi kasih sayang dan menjado penyambung generasi. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik. Ada yang dikurniakan zuriat awal, ada juga yang lambat. Semuanya bergantung kepada Yang Maha Esa.
Ikuti perkongsian puan Liyana Akmal bagaimana dia diajar oleh seorang ustaz tentang satu doa yang luar biasa untuk dikurniakan zuriat.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.
.
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya. Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
.
Amin.
.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah.
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.