Kalau lalu berdekatan kiosk Auntie Anne, sudah bau harum membuatkan penggemarnya tak sabar nak makan. Terbayang rasanya yang enak terus rasa teringin nak makan pretzel kan, malangnya sekarang dah tak boleh nak masuk kedai.
Tak payah pening kepala, ibu-ibu cuba pula buat di rumah. Barulah puas makan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Echot Aisyah Meor Zahid.
lama dah xmkn pretzel auntie anne’ kan?
Jom try..
sis ambik resepi dlm group nie jgk.
Bahan
2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar yis
6 sudu besar gula perang
4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan baking soda
3 cawan air suam
1/4 cawan garam kasar
8 sudu besar mentega (dicairkan) Cara Penyediaan:
Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari) Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit. Masukkan mentega dan gula.
Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar. Preheat oven ke 230ºC.
Bahagi doh kepada 12 bahagian Uli supaya doh memanjang.
Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
Renjis dengan garam kasar. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya. Just follow #resepidotcom next buat sos pula ok..
Ramai yang mengatakan beruntungnya jemaah haji tahun ini kerana dijangkakan hari wukuf adalah jatuh pada hari Jumaat dan itu bermakna jemaah haji tahun ini cukup bertuah kerana ianya merupakan Haji Akhbar (hari Haji yang paling agung)
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan menjadi sia-sia kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
Ulama bersepakat ibadah wukuf di Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (Zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (Subuh) pada hari kesepuluhnya.
Dalam pada itu, dimaklumkan, ibadah wukuf tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai 2022.
Apa keistimewaan wukuf jika jatuh hari Jumaat?
Ramai mengatakannya raya haji tahun ini ialah Haji Akbar. Apa dimaksudnya dengan Haji Akbar? Ini penjelasan Mufti mengenainya.
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan berkaitan maksud sebenar Haji Akbar. Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
Makna Haji Akbar
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Pertama: Haji Akbar adalah hari Arafah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، يَوْمُ عَرَفَة
Maksudnya: Ibn Abbas RA mengatakan: “Haji Akbar adalah hari Arafah”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 116/14]
Kedua: Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah).
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَفَ يَوْمَ النَّحْرِ بَيْنَ الْجَمَرَاتِ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي حَجَّ، فَقَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا؟ قَالُوا: يَوْمُ النَّحْرِ، قَالَ: هَذَا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)”. Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar”. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
عَنْ مُجَاهِد: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، حِيْنَ الحَجّ، أَيَّامُهُ كُلّهَا
Maksudnya: “Hari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah”. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
Pendapat Yang Dipilih
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?”. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
قَدْ اشْتَهَرَ بَيْنَ الْعَوَّامِ أَنَّ يَوْمَ عَرَفَةَ إِذَا وَافَقَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ الْحَجُّ حَجًّا أَكْبَرَ وَلَا أَصْلَ لَهُ
Maksudnya: “telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
Perbezaan Haji Akbar (الحج الأكبر) dan Haji Ashghar (الحج الأصغر)
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar
Jawapan: Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar. Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah. Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 130/14]
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
Penutup
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Kehilangan insan tersayang cukup perit untuk diterima, namun, pelakon Elfira Loy reda dan akur dengan ketentuan ilahi.
Elfira berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis yang lalu.
Menurut elfira, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
“Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
“Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay… Nenek tak alami sebarang simptom teruk.
“Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.
“Ada berbelas orang disahkan positif… ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu. Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.
Dalam perkongsiannya yang terbaru, Elfira memuat naik sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.
“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.
“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.
Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
“Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.
“Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Bagi anda yang lahir pada sekitar tahun 70an dan awal 80an pasti kenal dan pernah menggunakan produk kecantikan nan satu ni yang dahulunya sangat popular di kalangan nenek-nenek kita. Bedaknya berwarna putih berbentuk empat segi dan diluar bekas ditampal wajah seorang wanita Cina. Dan umumnya kita katakan bedak tersebut adalah ‘Bedak Nyonya’!
Namun bagi anak muda masa kini mungkin bedak ini tidak lagi terkenal masa zaman dahulu dek kerana banyak lagi produk-produk kecantikan ada di pasaran masa ini. Jadi apa kata kita baca perkongsian Marina Seringat yang telah menggunakan bedak yang kita panggil ‘bedak nyonya’ ini untuk masalah jerawat yang dialaminya. Jom semak!
Tips kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.
Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!
2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan
Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih
Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Bahan-bahan :
1/2 sudu bedak nyonya
Sedikit air suam
Cara-caranya:
1. Campurkan air suam dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)
2. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
3. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
4. Cuci dan rasakan perbezaan!
*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.