Siapa pernah pergi ke Thailand? Atau spesifiknya kawasan yang selalu rakyat Malaysia pergi iaitu Hatyai! Kat sana, bukan sahaja menyajikan kawasan yang menarik untuk pergi, tapi benda yang paling menjadi keutamaan pelancong semestinya makanan mereka yang enak dan pelbagai!

Kiranya siapa yang tengah on diet masa tu, dah boleh kot lupa niatnya tu dek kerana tergoda dengan makanannya.

Salah satunya… The one and only street food yang menjadi pilihan orang ramai di sana iaitu Thai Banana Nutella Pancake! Banyak mana pun kedai yang ada di sana, pasti akan dipenuhi dengan pelancong.

Tapi… Disebabkan Covid-19 ni, terpaksalah tengok gambar je dulu. Nak rentas negara, tak bila kes akan pulih. Sedih kan? Haaaa tak payah sedih sangat lah! Ni haaa min nak payung anda resipi pancake tu dari Von Chin.

So tak payah nak rentas boarder dah, buat sendiri je haa lagi berlaloi nak makan banyak mana sekalipun! Tunggu apa lagi, jom cuba!

Thai Banana Nutella Pancake

Bahan-bahannya :-

IKLAN

1. Sebungkus roti paratha yang frozen
2. Sebiji pisang
3. 2 sudu besar Nutella
4.1 sudu butter (unsalted)
5. 1 sudu gula
6. 1 sudu susu pekat

Cara-caranya :-

1. Nyahbeku roti paratha selama 5 minit.

2. Sediakan sehelai baking paper dan letakkan roti paratha yang sudah dinyahbeku.Kemudian lenyekkan roti paratha tersebut seperti roti canai supaya lebih lebar.

IKLAN

3. Potong pisang kepada 12 potongan dan letakkan di tengah-tengah roti paratha.

Teringin Thai Banana Nutella Pancake? Tak Payah Tunggu Boarder Buka, Buat Sendiri Je Kat Rumah. Lagi Berbaloi!

4. Kemudian, lipat hujung roti paratha supaya dapat tutup pisang di dalam seperti gambar di bawah

Teringin Thai Banana Nutella Pancake? Tak Payah Tunggu Boarder Buka, Buat Sendiri Je Kat Rumah. Lagi Berbaloi!

IKLAN

5. Panaskan non-stick pan dan masukkan butter terlebih dahulu dan masukkan paratha.

Teringin Thai Banana Nutella Pancake? Tak Payah Tunggu Boarder Buka, Buat Sendiri Je Kat Rumah. Lagi Berbaloi!

6. Rahsia untuk mendapatkan crepe yang sedap adalah, apabila permukaan bawah paratha sudah garing, sadrukan sedikit gula dan terbalikkan bahagian lain. Masak selama 4-5 minit.

7. Sejukkan paratha sebentar dan potong ke 12 bahagian. Boleh letak Nutella dan tuang sedikit susu pekat di atas. Siap!

Teringin Thai Banana Nutella Pancake? Tak Payah Tunggu Boarder Buka, Buat Sendiri Je Kat Rumah. Lagi Berbaloi!

Sedapnya! Macam yang dimakan di Thailand kan?

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI