Anda penggemar makanan laut? Salah satunya pelbagai jenis kerang-kerangan tentunya menjadi makanan kesukaan. Pastinya ada waktu tertentu teringin untuk menikmatinya.

Terdapat beberapa jenis kerang-kerangan namu antara yang popular adalah tiram, kupang, kepah, kerang, pepahat, mentarang, etok, sipu sedut dan lala. Semua jenis kerang-kerangan ini menggoda selera untuk segera menikmatinya.

Artikel menarik: 6 Cara Ni Untuk Memupuk Tabiat Menabung Pada Anak Sejak Kecil.

Kerang-Kerangan Di Sungai Genting Kelantan Tercemar

Namun berita terkini daripada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa orang ramai supaya tidak memakan kerang-kerangan yang diperoleh dari perairan Sungai Geting di sini, berikutan kawasan tersebut disyaki telah tercemar dengan serangan alga merah.

Terkini: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan Larang Makan Kerang-Kerangan Dari Sungai Genting, Ada Serangan Alga Merah.

Pengarahnya Nazri Ishak mengeluaran arahan bahawa orang ramai dilarang melakukan sebarang aktiviti memungut dan menjual hasil kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah, lala serta lain-lain, yang diperoleh dari kawasan berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa keputusan analisis daripada pihak Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati, kerang-kerangan di kawasan tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu ‘alexandrium minutum’.

“Akibat daripada memakan kerang-kerangan tersebut boleh menyebabkan keracunan berbahaya serta memudaratkan kesihatan manusia.

Terkini: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan Larang Makan Kerang-Kerangan Dari Sungai Genting, Ada Serangan Alga Merah.

IKLAN

Katanya lagi, kawasan berkenaan merupakan lokasi biasa berlaku serangan alga merah ekoran banyak faktor antaranya akibat cuaca panas.

““Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis sehingga tahap tinggi, apabila dimakan ia boleh menyebabkan keracunan.

“Kita akan buat pensampelan ini setiap minggu hingga keadaan selamat untuk dimakan. Sebagai langkah kawalan kita mengarahkan supaya tidak mengutip kerang-kerangan tersebut, sehingga kerja siasatan selesai dan dijamin selamat,

Pengguna tanya sebelum beli

Dalam pada itu, tidak semua tidak semua kerang-kerangan yang dijual di tepi jalan berhampiran Pantai Geting diperoleh atau dikutip dari kawasan yang tercemar itu.

“Jabatan Perikanan Kelantan sudah melakukan tinjauan dan penjual memaklumkan bekalan kerang-kerangan mereka bukan diperoleh dari perairan Sungai Geting.

IKLAN

Beliau juga menasihati orang ramai bertanya dahulu sebelum membeli kerang-kerangan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak dingini.

Sumber: Berita Harian dan Bernama

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN

Terkini: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan Larang Makan Kerang-Kerangan Dari Sungai Genting, Ada Serangan Alga Merah.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Terkini: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan Larang Makan Kerang-Kerangan Dari Sungai Genting, Ada Serangan Alga Merah.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI