Terkini: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang Jaya, di sini, yang turut menyebabkan 15 kediaman terkesan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dikatakan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal saksi menyatakan empat mangsa masih hidup berkemungkinan tertimbus dalam kejadian ini.
“Pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pandan digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.54 petang, sebelum tiba dan melakukan usaha menyelamatkan mangsa.”
[ KEMASKINI ]
#TanahRuntuh di Taman Bukit Permai, Ampang: 15 rumah terlibat, 10 kenderaan terjejas, terdapat 5 orang mangsa.
Mangsa pertama 1️⃣:
6.54 PM: seorang lelaki warga emas (Selamat)
Mangsa ke-2️⃣ :
7. 53 PM: seorang wanita warga emas (Meninggal Dunia)
Mangsa ke-3️⃣ :
11.00 PM: seorang lelaki (Meninggal Dunia)
Mangsa ke-4️⃣ :
12.46 AM: seorang lelaki ( Meninggal Dunia)
Mangsa ke-5️⃣ :
1. 59 AM: seorang lelaki (Meninggal Dunia)
▶️Operasi SAR ditamatkan susulan penemuan kesemua mangsa yang terlibat.
Sumber⚡Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
Ads
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
Ads
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keputusan sama ada aktiviti di masjid dan surau dibenarkan adalah bergantung kepada garis panduan yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata garis panduan tersebut telah pun siap dan sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 30 April (Khamis) yang lalu.
Menurut Dr Zulkifli, garis panduan berkenaan telah disediakan oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertimbangan utama kerajaan adalah melihat kepada kesiapsiagaan dan persediaan teknikal di tahap optimum semua pihak iaitu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran agama serta persediaan masjid dan surau di tahap terbaik.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Sementara itu, Dr Zulkifli turut memberitahu bahawa pembukaan masjid dan surau kemungkinan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini tetapi ianya tertakluk kepada keputusan kerajaan terhadap garis panduan yang disediakan. Tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung, segala aktiviti di masjid dan surau masih lagi tidak dibenarkan.
Bagi menjawab pertanyaan adakah wujud kemungkinan ia dilaksanakan dalam masa terdekat, ini jawapan Dr Zulkifli.
Ya, jika kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bukan itu sahaja, kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat penting sebelum membenarkan pembukaan semula rumah ibadat ini. Menurut Dr Zulkifli, sekiranya garis panduan ini diluluskan oleh kerajaan tetapi ianya masih perlu pertimbangan oleh pihak berkuasa di setiap negeri.
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya kini hamil anak menerusi perkongsiannya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Aisyah juga turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya.
Aisyah menerusi perkongsian video itu turut sama berdoa agar bayi keempatnya bersama suami sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je.
“Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” kongsi Aisyah menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun mendoakan agar kehamilan itu dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan anak nanti.
Terdahulu, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Sumber: TikTok @Aisyah Hijanah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kaum ibu khususnya memang suka bab-bab dekorasi ni kan. Bagi yang jenis tangan kreatif memang cantik dan kemas je kediaman mereka dengan susun atur tersendiri.
Dari ruang tamu sehingga ke dapur dan bilik, memang tak sah kalau tidak di hias kan, bagaimana pula dengan ruang mencuci pakaian atau laundry.
Mungkin ada yang beranggapan ruangan sebegini agak sempit tetatpi andai bijak menyusun atur secara automatik kelihatan lebih luas dan kemas.
Perkongsian Fara Amirullah ini nampak begitu kemas dan teratur. Dia yang mnggunakan artificial grass dan batu putih untuk menghiasi ruang lantai membuatkan ruang tersebut nampak menarik. Manakala untuk bahagian rak yang digunakan untuk meletakkan perkakas seperti sabun dan tong sampah juga banyak di jual di kedai termasuk di Ikea.
Jom kita cuba tip darinya mana tahu sesuai untuk ruang mencuci di kediaman kita. Diy Laundry Area
Rumah sewa i ni at the back ade la beranda sekangkang kera tu, mmg designed for laundry sbb ready made kepala paip kat situ. Ruang die sangat2 terhad so i decided to make it simple and minimalist . Artificial Grass – RM80+ for 42cm x 120cm
White Stone – RM10 per bang
Mulig Ikea (hanging bar) – RM19.90
Lerberg Ikea (white rack) – RM49.90
Artificial Plant (lazada) – RM33.70 include postage
Hanger (eco shop) RM2.10 for 10pcs
Total +-RM200 dah boleh deco your laundry area. I tak beli semua barang sekali harung, i beli sikit2 sebulan satu barang tak la rasa beban sgt
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di