“Terlalu Lama Tak Dapat Rasa Gembira Ada Tubuh Sihat.” 11 Tahun Berjuang, Elyana Syukur Kanser Limfoma Sudah Hilang!

Share

Perjuangan  Elyana tanpa mengenal erti jemu dan penat selama 11 tahun akhirnya berhasil apabila Elyana disahkan bebas daripada penyakit Kanser Limfoma.

Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya. Menurut ibu kepada seorang anak perempuan ini, penyakit yang dihidapi itu kini hilang.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah berkongsi menghidap kanser limfoma tahap empat.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!,” tulisnya menerusi kapsyennya.

Dia dalam pada itu turut meluahkan sebak dan syukur atas kurniaan tersebut.

“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat respond ramai,  rata-rata turut menitipkan doa dan gembira mendengar perkhabaran penyanyi Kalis Rindu tersebut.

aznilnawawihm Allahu Akbar. Syukur ya Allah. I m so happy for you dik😢😢
elizadsharifuddin Alhamdullillah syukur 😢🤲🏻❤️🥰 love u El ❤️❤️❤️
lindarafar Alhamdulilah miracle of sabar n doa @elyanaofficial1 😢🤲🏻
myxprint Allahuakbar…. Alhamdulillah syukurrrr ya Allahhh…Happy sangat! Terima kasih Allah…. happy for you @elyanaofficial1 ❤️😍
zulinaziz Alhamdulillah🤲🏼 Allahuakhbar !Allahuakhbar!Allahuakhbar!❤️
saidatulnisaaminuddin Alhamdulillah Nana…Amminnnn Ya Allah.. Moga adik ksai ni terus sihat dan bahagia ❤️🥰🌹
salinamin Alhamdulillah syukurr Ya Allah. Ketabahan El menjadi sumber inspirasi buat semua ❤️❤️❤️❤️
norsalina_j Syukur pada Allah…tiada yg mustahil dgn kuasa tuhan…aaminn🤲

Sumber: elyanaofficial1

 

IKLAN