Masalah tombol terkunci ini sering kali berlaku. Lebih mengharukan jika rumah mempunyai naak kecil dan anak-anak terkurung didalamnya,
Bertambah kelam kabut bila kunci hilang ataupun lupa letak di mana, akhirnya terpaksalah pecahkan pintu atau umpil tombol pintu tersebut.
Antara penyebabnya adalah setting pada tomboI pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yang sentiasa kunci
2. Keadaan normal
Ads
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Ads
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Sebut sahaja tempe, pasti ramai yang terkenang akan keenakan snak jawa tersebut. Ada yang suka memakan tempe yang di goreng nipis-nipis dan ada yang sukq bila dicampur dengan gulai lemak.
Makanan ini selalunya digemari oleh orang dewasa dan amat jarang digemari oleh kanak-kanak kerana bentuknya yang kurang menarik.
Namun bagi kanak-kanak berusia 3 tahun bernama Dhuha Mardhiyah ini, dia sangat menggemari tempe. Malah kanak-kanak ini boleh memakan tempe yang mentah begitu sahaja.
Video yang menampilkan kanak-kanak ini sedang menikmati tempe yang baru dibeli oeh ibunya menarik perhatian ramai warga TikTok.
Rupanya ramai yang baru tahu bahawa snak ini boleh dimakan mentah dan tinggi khasiatnya.
Menurut bapa kepada kanak-kanak ini Mohd Hizudin Asuad, anaknya mula diberi makan tempe mentah sejak berusia setahun lebih lagi.
Menurutnya, keinginan anaknya itu memakan tempe mentah adalah daripada dirinya juga.
“Sebenarnya saya pun suka makan tempe mentah. Semasa Dhuha setahun lebih, dia nampak saya makan tempe dekat dapur, kemudian dia minta. Saya bagi dia rasa. Tak sangka dia boleh makan mentah juga.”
“Setiap kali ibu dia masak di dapur, dia akan minta tempe mentah dan akan patah siap-siap jadi dua.
“Yang satu lagi Dhuha akan bagi saya dan satu lagi untuk dia. Sekarang ini setiap kali makan tempe, mesti dia akan patahkan dua sebab dia tahu saya suka makan juga.”
Ujur Asuad lagi, cara pemakanan sihat yang diterapkan kepada anak perempuannya itu enjadikan kanak-kanak berkenaan tidak mudah jatuh sakit.
Makan tempe mentah tidak memberikan kesan buruk kepada Dhuha sebaliknya ia membantu anak kecil itu membesar dengan sihat dan bijak.
“Alhamdullilah setakat ini tak ada apa-apa kesan lagi pada Dhuha. Tempe bagus sebenarnya untuk kanak-kanak sebab ia diperbuat daripada kacang soya. “
“Anak saya jarang sakit. Alhamdullilah. Kalau dia demam pun hanya sehari dua sahaja. Tak sampai teruk ke apa. Alhamdullilah dia sihat.”
Bercakap tentang amalan pemakanan sihat untuk anaknya, Asuad berkata perkara oitu perlu dipupuk dari rumah bermula dengan ibu bapa.
Biasa dengar kan, makan buah dulu sebelum makan nasi atau makanan berat lain. Tetapi ada yang dah tahu ambil sambil lewa aje tentang petua kesihatan ini. Sedangkan ramai pakar pemakanan menyarankan berbuat demikian. Namuna ada juga segelintir yang pandang ringan mengenai adab pemakanan ini. Apa pun jangan buat main, bukan pakar pemakanan je sarankan begitu, para ulama pun telah mencadangkan perkara yang sama dengan merujuk kepada satu ayat Al-Quran. Baca perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjelaskan kepentingan makan buah dulu sebelum makanan berat seperti nasi.
Dalam satu ayat al-Quran ada menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan keadaan luar biasa yang berlaku pada orang yang beriman apabila dihidangkan makanan dalam syurga.
“Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” [Surah Al-Waqi’ah : ayat 20 – 21]
Jadi ada ulamak yang mencadangkan agar kita mengambil dan memakan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan lain seperti karbohidrat, lemak atau protein.
Ini bermakna kita digalakkan makan buah sebelum memakan hidangan berat (nasi) kita. Jika tiada buah-buahan, ambillah sayur-sayuran (terutamanya ulam-ulam) dahulu.
1. Buah-buahan (dan sayur-sayuran) mengandungi serat yang banyak, dapat memperlahankan penyerapan gula yang terlalu cepat. Dengan ini dapat menstabilkan gula dalam darah.
Penyerapan gula yang terlalu cepat menyebabkan tahap gula dalam darah akan menjadi tinggi (walaupun dalam julat yang normal). Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, bacaan gua akan melonjak melebihi julat yang normal.
Ini akan menyebabkan pengeluaran insulin yang banyak dalam tubuh (hyperinsulinemia) dan keadaan ini menyebabkan roses keradangan dalaman (internal inflammation), akhirnya kita akan mengalami masalah kronik yang pelbagai.
2. Mengambil buah-buahan terlebih dahulu juga membantu pencernaan karbohidrat, lemak dan protein dengan lebih baik. Ini kerana ia akan menyediakan enzim-enzim dan asid dalam perut sebelum kehadiran karbohidrat, lemak dan protein. Dengan ini akan mengurangkan masalah pencernaan, yang selalu berlaku seperti rasa kembung perut, rasa memulas atau pedih ulu hati (akibat reflux).
3. Mengambil buah-buahan (dan sayur-sayuran) dahulu juga menjadikan kita lebih puas ketika menikmati makanan dan merasa cepat kenyang. Dengan ini dan mengurangkan pengambilan karbohidrat berproses seperti nasi putih yang banyak. Ia juga menyebabkan kita berasa lambat lapar semula.
4. Saranan ini adalah suatu nasihat (adab) dalam pemakanan. Ia bukan suatu kewajiban yang mesti diikuti. Bila kita mengamalkannya, ia memudahkan kita untuk lebih menikmati makanan, rasa lebih puas dan cepat kenyang. Yang penting ia membantu pencernaan kita.
5. Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun OLIVIE dalam pemakanan kerana ia sumber minyak sihat (monounsaturated fatty acid) yang sangat penting.
TAHUKAH ANDA
Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut mengalami masalah pencernaan. Keadaan ini menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh. Jadi, walaupun makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan. Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus. Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan. Selain itu, makan buah yang siha dan segar sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti mayones atau aiskrim. Kemudian boleh diteruskan dengan makanan berat pula.
Dua beradik terkurung dalam kebakaran, ditemui berpelukan tanpa suara. Dalam satu insiden mendebarkan di Taman Sri Kota, Kuala Kedah, dua kanak-kanak ditemui dalam keadaan kaku berpelukan oleh anggota bomba selepas rumah mereka terbakar pagi tadi.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Zulkifli Abd. Azis, beliau bersama seorang lagi anggota menyusup masuk ke tingkat atas rumah yang sedang marak untuk menyelamatkan dua beradik yang dipercayai terperangkap dalam sebuah bilik.
“Kami dapati mereka berdua hanya berpelukan tanpa menangis, mungkin terkejut. Masa kami sampai, kakaknya bersuara perlahan – katanya, ‘bomba dah sampai’, macam lega sangat dia nampak kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Mereka ditemui dalam keadaan tenang walaupun berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Zulkifli menjelaskan, mereka naik ke tingkat atas dengan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) selepas dimaklumkan ada mangsa masih berada dalam rumah.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 10.16 pagi sebelum jentera dan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau turut memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat, dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 70 peratus.
“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Proton Saga dan lapan buah motosikal,” jelasnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak bomba sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sebab sebenar kebakaran berlaku. Syukur, dua beradik itu selamat walaupun nyaris menjadi mangsa tragedi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.