Mencari ilham untuk membawa anak-anak bercuti, lazimnya lokasi yang mempunyai kolam renang atau tempat mandi manda menjadi kesukaan anak-anak. Jadi tidak hairanlah, penginapan yang menyediakan khidmat kolam renang turut menjadi pilihan utama ibu ayah membuat tempahan penginapan setiap kali bercuti bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan memandangkan sering juga berlaku keriangan keluarga bercuti akhirnya bertukar menjadi insiden yang menyedihkan seperti anak lemas dan sebagainya.
Ini seperti mana apa yang terjadi baru-baru ini yang berlaku di depan mata seorang lelaki ini dan seterusnya dia berkongsi kisah tersebut di facebook untuk dijadikan iktibar kepada semua.
Tersepak Anak Kecil Di Dasar Kolam
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.
“Alhamdullilah 20 min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul-betul depan mata tadi, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Tak tahu nak buat apa menu petang hari ini, asyik masak goreng-goreng aje apa kata masak kek.
Walaupun orang kata masak kek ni, banyak bahan tapi ada juga kek yang hanya menggunakan bahan yang simple. Paling penting nak buat mudah dan gerenti jadi.
Masak dan makan panas-panas memang licin makan satu keluarga!
Salah satu resipi yang mendapat perhatian ramai adalah perkongsian puan Zul HaniMasak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang menggunakan bahan yang mudah.
Jom ikuti resipi mudah ini.
Memandangkan post semlm ramai yg minta resepi..ok hari ni sis nak kongsi resepinya. Jangan tak buat pula..senang je,nanti boleh kongsi kat sini bila dah buat..ok •Sis tulis ikut urutan yg mn masuk dulu ya.
Masukan bahan-bahan mengikut urutan. Gula halus dan butter dipukul sehingga kembang menjadi putih.
Kemudian masukkan telur. Pukul sehingga sebati. Masukan cheese, esen vanilla, tepung, susu pekat manis dan akhir sekali coklat rice. Tepung dimasukan sedikit demi sedikit.
*Bakar pd suhu 170°c
*40 – 45 minit(bergantung pd oven)
*Saiz loyang bergantung pada adunan. Jangan terlalu besar,nanti kek tak tinggi dan kering.
Setiap yang hidup itu pasti mati. Namun cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi, terus kekal menjadi rahsia Tuhan hingga sampai detiknya itu.
Cuma apa yang boleh kita serta seisi keluarga lakukan, terus berdoa untuk pengakhiran hidup yang baik dan sempurna.
Manakala perkongsian daripada seorang suami ini pula cukup menyentuh hati. Suri hatinya telah pergi dahulu daripadanya dengan meninggalkan seorang zuriat.
Mengabadikan kenangan, turut berselfie dan meluah rasa hati diakuan fbnya. Cukup syahdu dan didoakan roh isterinya berada di dalam golongan orang-orang yang beriman…Amin.
Untuk itu, ikuti perkongsian penuh posting daripada seorang suami bernama Mohamad Khusyairi ini.
“SELFIE TERAKHIR”
Maafkan abang sayang andai selama ni abang banyak salah.. Maafkan abang andai banyak terleka.. Maafkan abang andai banyak hajat sayang tak tertunai.. Maafkan abang..
Harini abang tak tidur.. Harini abang duduk sebelah sayang.. Harini abang bisik kalimah syahadah di telinga sayang.. sampai sayang hembuskan nafas terakhir.
Selalu bila sayang sakit abang mandikan sayang.. Tapi harini adalah kali terakhir abang mandikan sayang.. Abg usap lembut tangan yang masakkan abang setiap hari.. Abang usap parut yang selalu abang sapukan ubat.. Abang belai wajah yang selalu abang kucup.. Abang belai perut yang mengandungkan zuriat abang..
Lepas ni tak ada dah abang nak potongkan kuku sayang.. Lepas ni tak ada dah abang tolak sayang pakai wheelchair.. Lepas ni tak ada dah abang hantar sayang check up appoinment doktor.. Lepas ni tak ada dah abang buatkan air gula untuk sayang..
Abang letih, abang tak tidur, tapi abang gagahkan jugak peluk sayang, abang gagahkan jugak turunkan sayang ke liang lahad, abang gagahkan juga mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sebab abang tau ini kali terakhir abang buat semua tu untuk sayang..
Adi marah bila orang tanam ummi dia.. Adi mengamuk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura-pura mati depan dia.. Dia tak tau harini yang sayang tak pura-pura.
Semuanya dah berlalu sayang.. Syg pergi dengan mudah.. Sayang tak menderita lagi dah atas dunia ni.. Amanah yang sayang tinggalkan untuk abang ni akan abang jaga sebaik mungkin.
Kita tak banyak gambar selfie bersama sebab abang malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abang kenang smpai bila-bila kenangan kita berdua dan bertiga..
Sekiranya anda dan pasangan sebelum ini hanya melakukan sekadar bersahaja, sudah tiba masanya cubalah lakukan sesuatu agar menjadi lebih baik. Ini bukan apa, setiap manfaat dan kebaikkan yang dilakukan akhirnya akan kembali kepada anda jua.
Hal ini dikongsikan oleh Encik Azlan melalui pengalamannya sendiri setelah konsisten mengamalkan ucapan terima kasih kepada pasangannya. Siapa sangka ucapan yang seringkas itu, akhirnya memberi impak luar biasa.
Nak tahu kisah lanjut, jom semak perkongsiannya itu.
Macam mana kita layan pasangan, macam tu lah mereka layan kita.
Pernah terfikir tak, kenapa pasangan kita tetap macam tu juga, walaupun dah cuba habis cara untuk ubah dia?
Ini pengalaman yang saya alami sendiri.
Ada sekali tu, saya terfikir untuk buat benda baru. Bukan tak pernah buat sebelum ni, cuma tak konsisten. Tak jadi habit.
Saya tanam azam dalam diri, setiap hari saya akan UCAP TERIMA KASIH kepada surihati. Kali ni memang target saya untuk jadikan berterima kasih ni satu habit.
Apa saya buat, setiap hari bila sampai di tempat kerja, saya hantar whatsapp kepada surihati. Saya selitkan sekali kalimah penghargaan tu,
“Papa dah sampai ni. Terima kasih sebab bagi bekal untuk papa.”
Saya ulang setiap hari tanpa gagal.
Alhamdulillah sekarang dah melekat. Asal sampai di ofis je, terus capai fon untuk info dan say thank you kepada surihati.
Dalam proses ni, ada dua benda yang saya belajar.
Pertama, saya jadi seorang yang sentiasa cari kebaikan yang pasangan saya buat. Sekecil kecil kebaikan dia, saya akan puji dan hargai. Saya alert bila nampak kebaikan yang dia buat. Terus masuk dalam kepala, benda ni yang aku akan terima kasih lepas ni.
Kedua, ini benda utama yang saya nak kongsikan dengan kalian bab nak ubah pasangan tadi.
Satu hari tu, saya perasan ada perubahan pada reply whatsapp yang saya terima.
“Tq kat papa juga sebab banyak tolong mama”
Kali ni surihati juga ucapkan terima kasih kepada saya. Bila baca tu, saya rasa wow. Satu perasaan gembira masuk dalam hati saya.
Rupanya inilah maksud “Change yourself, your world will change”
Benar sekali, keadaan sekeliling anda akan berubah dengan sendiri bila anda ubah diri anda dahulu. Bila saya mulakan berterima kasih kepada surihati, dia perasan apa yang saya buat, dia juga buat benda yang sama.
Suami-suami percayalah bila anda ucap terima kasih kepada pasangan,
1. Hati pasangan akan gembira
Siapa pun akan gembira bila diucapkan terima kasih. Terutama isteri. Lebih lagi kalau yang ucap tu suami. Berbunga-bunga je hati.
2. Tanda kita ni cakna atau alert dengan apa yang pasangan buat kepada kita
Isteri akan rasa kalian ambil berat tentang diri dia. Ambil tahu apa yang dia dah susah payah buat untuk suami dan anak-anak. Percayalah, isteri bangga dengan suami yang caring macam ni.
3. Kepuasan kepada pasangan walau penat
Tak kiralah isteri kita surirumah atau bekerja. Seharian bekerja, urus rumah, urus anak, urus suami. Kadang tu sampai urus diri sendiri pun tak sempat. Penat dia Tuhan je yang tahu. Bila dengar ucapan terima kasih, hilang semua oenat tu tadi.
4. Rasa dihargai
Paling senang nak hargai usaha isteri adalah dengan terima kasih. Mungkin kita nampak kecil usahanya. Tapi untuk jayakan, kita tak tahu banyak mana yang telah dikorbankan. Isteri akan rasa pengorbanan dia tak sia-sia.
5. Sebagai kata-kata semangat
Balik dari kerja, penat tak hilang lagi terus singsing lengan baju uruskan rumahtangga. Tengah lembik tu, ada orang ucap terima kasih, terus rasa full charge balik.
6. Kasih sayang wujud
Suami bila selalu hargai, ambil berat, gembirakan dan support satu sama lain, kasih sayang akan terbit dalam hati isteri.
Kini saya percaya, bila kita nakkan perubahan, kena mulakan dengan diri sendiri dulu. Tak boleh terus nak ubah orang lain.
Sebab bila ubah diri, kita akan improve diri. Orang sekeliling akan rasa perubahan itu dan secara ‘unconscious’ nya, timbul dorongan untuk berubah juga.
Sama juga dalam rumah tangga, diri kita adalah cermin kepada pasangan. Isteri akan tiru apa yang suami buat. Buat baik, baiklah pasangan. Buat jahat, jahatlah pasangan. Na’uzubillah.
Mulai hari ni, jangan tanya kenapa isteri tak boleh jadi pasangan terbaik. Sebaliknya tanya diri sendiri apa perubahan anda boleh buat untuk jadi suami terbaik kepada pasangan anda.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.