Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik usia anak pelakon Raja Ilya, Talita Love dah pun masuk 9 bulan.
Menerusi perkongsiannya terhadap perkembangan Talita di laman Instagram, anaknya itu kini sudah mampu memahami 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil ketika disuruh Raja Ilya untuk bawa kain ke ruang tamu.
“Test language Power @talitalovegarrett yang 9 bulan ni. Speaking in 3 different languages and I’m shocked she react to. Nak Bapa dia buat free breakfast kene laa buat kerja rumah,” tulisnya.
Seakan-akan faham dengan arahan ibunya, Talita kelihatan terus bergerak ke ruang tamu bersama kain yang diletakkan di atas walker bayi itu.
Sementara itu, Raja Ilya turut meluahkan rasa sebaknya apabila seakan tidak percaya yang dia sudah mempunyai anak sendiri dikala menjelang syawal kali ini.
Ads
“Macam tak percaya Raya ni ada darah daging sendiri (happy tears) tak tahu nak cakap macam mana, lain macam feeling minggu ni bila nak dekat dekat raya ni,” luahnya.
Untuk rekod, pelakon berdarah kacukan ini telah sah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Trent Garret pada Disember 2018 di Perth Australia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Talita Love.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah kutu pada kucing kita memang merunsingkan. Jika dibiarkan kutu yang biasanya dijangkiti daripada kucing-kucing lain ini mudah menyerang dan berjangkit dengan kucing lain.
Selain menggunakan ubat kutu yang boleh dibeli di kedai haiwan, bahan yang satu ini juga dikatakan baik untuk menghilangkan kutu.
Petua yang dikongsikan oleh Nur Adah di facebooknya ini baik juga untuk kita cuba. Tak salah untuk kita cuba asalkan ia tidak memudaratkan kucing kesayangan kita. Jom cuba.
Bahan-bahan:
Lemon
Air secukupnya
Caranya:
1. Basuh lemon bersih dan hiris.
2. Didihkan dengan air secukupnya.
3. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam botol spray.
4. Boleh spray pada anak bulus yang ada kutu.
Boleh juga spray pada perabot, karpet sebagainya untuk bunuh telur kutu. Spraykan selalu hingga kutu makin berkurangan.
Kutu dikatakan cukup alah kepada bau lemon dan sifat asidnya juga baik dalam membunuh kutu yang sedang membiak ini.
3 Cara Lain Buang Kutu
Pakai Cuka
Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda.
Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.
Pencuci Pinggan Lemon
Selain memandikan atau menggunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing, anda boleh juga memandikannya dengan cecair pencuci
pinggan beraroma lemon. Wajib cuba!
Minyak Kayu Putih
Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserang kutu kucing dan parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga yang bahagia tentunya idaman semua orang. Anakk-anak pula membesar dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa. Pastinya hidup akan lebih bermakna jika suasana ini dilalui penuh kasih sayang.
Muat naik video oleh selebriti Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob telah mengundang sebak para peminatnya. Video itu memaparkan aksi manis fazley memeluk anaknya, Piyush setelah beberapa hari ke luar negara menemani ibunya. Manakala, adik beradik lain turut gembira kepulangan mereka. Jom lihat perkongsian sweet Fazley ini.
“Walaupun hanya beberapa hari, kepulangannya dinanti-nantikan anak-anak semua terutama si kecik (suara dia kedengaran di hujung video). Abang-abang Payish dan Piyash dapat bersatu kembali dengan adiknya Piyush yang tak sabar nak share apa ole-ole yang dibawanya. Happy to see my sons so close and loving. Bila berjumpa hari-hari, mestilah bergaduh, merajuk dan sebagainya. Bila berjauhan, jadi rinduuuuu.”
Dalam pada itu, para peminat melahirkan rasa sebak melihat video ini yang memaparkan hubungan kekeluargaan yang erat.
Gadis viral panjat pokok nak ‘dapatkan internet’ bakal bergelar doktor. Empat tahun lalu, nama Veveonah Mosibin menjadi tular apabila video beliau memanjat pokok untuk mendapatkan talian internet demi menduduki peperiksaan dalam talian mendapat perhatian ramai.
Video yang dimuat naik pada 12 Jun 2020 di saluran YouTube miliknya bukan sahaja menerima lebih 150,000 tontonan, malah turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah, kini mencatat satu lagi kejayaan membanggakan. Setelah menamatkan pengajian dalam kursus Asasi Sains di Universiti Malaysia Sabah (UMS), beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor.
Mengimbau kenangan memanjat pokok untuk mendapatkan internet, Veveonah, 23, menyifatkan peristiwa itu sebagai salah satu pengalaman paling manis dalam hidupnya.
“VIDEO TERSEBUT MENJADIKAN SAYA DIKENALI RAMAI, MALAH PENGIKUT SAYA DI TIKTOK KINI MENCECAH 8,000 ORANG, MANAKALA DI INSTAGRAM PULA SERAMAI 19,000 PENGIKUT. LEBIH MEMBANGGAKAN, KERANA VIDEO ITU JUGA, SAYA BERPELUANG BERTEMU BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA SEPERTI PERDANA MENTERI KETIKA ITU, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, SERTA MENTERI-MENTERI KABINET,” KATA VEVEONAH.
Bakal doktor ini kini sedang komited untuk melengkapkan pengajian yang dimulakan pada Oktober tahun lalu. Veveonah juga menekankan bahawa peranan doktor bukan sekadar merawat, tetapi juga berbakti kepada masyarakat.
“Sekarang adalah masa untuk belajar dan melengkapkan diri menjadi seorang doktor. Saya ingin membantu masyarakat dan menyelamatkan nyawa,” ujarnya penuh semangat.
Pengalaman Veveonah semasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sandakan, termasuk menyertai Tunas Saintis Se-MRSM dan menduduki tempat ketujuh dalam kategori Fizik, menunjukkan bakat dan kecemerlangan akademiknya sejak muda.
Sebagai seorang yang celik teknologi, Veveonah menasihatkan pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat di internet.
“Setiap fakta yang diperoleh perlu disemak terlebih dahulu. Jangan terlalu taasub dengan apa yang anda baca di dunia maya,” katanya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan golongan muda untuk mengutamakan pelajaran berbanding perkara lain seperti cinta. Baginya, penting untuk menjaga jarak dan memastikan emosi tidak mengganggu fokus dalam pembelajaran.
“Ingat tujuan utama kita masuk universiti atau kolej,” katanya dengan nada tegas.
Veveonah juga menyentuh mengenai isu kedudukan wanita dalam dunia pekerjaan. Beliau berharap agar lebih ramai wanita diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi berdasarkan kelayakan akademik dan prestasi kerja, tanpa diskriminasi jantina, bangsa, atau agama.
“Saya ingin melihat lebih banyak wanita menjadi peneraju organisasi kerana saya percaya mereka mampu membawa perubahan besar,” katanya.
Veveonah tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya. Menyentuh isu pergolakan di Palestin, beliau menyeru agar masyarakat sejagat terus memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Gaza. Baginya, seorang doktor perlu bersikap neutral dan empati dalam merawat pesakit, tanpa mengira latar belakang mereka.
Sebagai pelajar MSU, Veveonah juga teruja untuk terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diwajibkan universiti itu. Dengan minat mendalam dalam isu-isu kemanusiaan, beliau berharap dapat memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat, baik di dalam mahupun luar negara.
Daripada seorang pelajar yang memanjat pokok demi pendidikan kepada bakal doktor yang berbakti kepada masyarakat, perjalanan hidup Veveonah Mosibin membuktikan bahawa semangat dan usaha gigih mampu mengatasi segala cabaran. Beliau bukan sahaja inspirasi kepada generasi muda, tetapi juga lambang keberanian dan ketabahan seorang wanita yang tidak kenal erti putus asa.
“Selamat berjaya kepada semua dalam mengejar impian masing-masing. Dunia yang serba canggih ini penuh peluang jika kita berusaha mencapainya,” ujar Veveonah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.