Siapa tak kenal dengan pelakon wanita jelita, Aida Khalida. Wajahnya kerap terpampang di kaca televisyen. Setiap lakonannya pasti menusuk hati penonton. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan sehingga kini banyak menerima tawaran.
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 66 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya.
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, pelakon ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa suntikan botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Ads
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Ads
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Bila melakukan sesuatu dengan adanya minat dan ilmu pasti akan mendatangkan hasil yang memberi kepuasan pada diri.
Ini sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang suami ini tentang minat dan kecintaan isterinya dalam bercucuk tanam.
Siapa sangka dari suka-suka berkebun sayur kini menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat mereka sekeluarga.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya dan semoga dapat menyuntik inspirasi buat yang membaca.
Tip Macamana Isteri Buat Duit Poket Dari Tanam Sayur Keliling Rumah
Saya ada satu cerita.
Saya tinggal dikampung di Muar, Johor. 178km dari bandaraya Kuala Lumpur. Isteri saya berasal dari Klang. Dibesarkan dibandar.
Tetapi dia ni berjiwa kampung. Satu masa dulu masa baru kahwin saya pernah lihat dia duduk sendiri disatu sudut. Rupanya dia sedang asik tengok semut dan siput babi berjalan. Dikampung perkara itu biasa. Tapi bagi dia satu perkara yang luar biasa.
Hari ini setelah lebih 20 tahun kami bersama. Cintanya pada kampung makin mendalam. Sebenarnya dia seorang guru, baru kerja setahun ikut saya ke UK. Balik dari UK dia jaga arwah mak saya yang perlu pemerhatian kesihatannya. Itu sebab dia tak kerja. Lagipun anak kami sembilan orang. 14 kali satu hari berulang alik hantar anak pergi balik sekolah.
Sebenarnya orang perempuan ni lebih cekap dari lelaki. Saya bukakan dia bisnes catering. Boleh tahan juga banyak job kerja kahwin bila cuti. Tapi semua dah pekerja buat sebab dah 7 tahun kami buka. Bukanlah besar tapi cukuplah pusing gaji pekerja. Setiap minggu masakan 2K-3K untuk 3 event. Kami memang tak ambil banyak-banyak.
Hari ni bukan saya cerita nak puji. Tapi saya fikir saya harus berkongsi. Tika ramai yang bermasalah dengan PKP dan ekonomi yang makin mencabar. Saya kongsikan tip bagi wanita diluar sana yang boleh buat duit dari tanam sayur tepi rumah. Lebih lagi kalau duduk kampung. Boleh juga bantu suami untuk keperluan keluarga.
Tip buat duit dari tanam sayur.
1. Pertamanya perlu ada kehendak dan kemahuan. Sistem fertigasi tak sesusah mana. ianya boleh dijalankan oleh seorang wanita. Tak ada perkara yang berat-berat. Sambil ambil anak dari sekolah dan memasak boleh ada projek fertigasi sendiri. Mulanya isteri buat dari suka-suka sekarang sudah menjadi hobi.
2. Pada mulanya isteri saya menanam sayur hanyalah untuk readah. Rasa relax bila melihat sayur menghijau. Niatnya bila ada sayur boleh sedekah kat jiran-jiran dan guna sendiri sebab sayur kami tak ada bahan kimia. Sihat untuk dimakan anak-anak.
3. Jadi aktiviti kami anak beranak. Pagi-pagi pergi kebun dapatkan peluh. Anak-anak tolong bersihkan kebun bila hari cuti sekolah.
4. Kini isteri saya menanam lebih 10 jenis sayuran dikebun kecilnya. Ada timun, timun jepun, petola, cili besar, cili padi, terung, cemur, tomato, sawi, kangkung, bendi dan lain-lain yang diselang selikan.
5. Hampir 3 tahun kami menanam. Pembekal berebut nak ambil sayur kami kerana segar dan kurang menggunakan racun kimia dan banyak menggunakan racun organik. Itu tanggung jawab kita supaya yang membelinya lebih sihat.
6.Buat wanita diluar sana. Jika serious mungkin setengah ekar je tanah anda boleh menjana sama dengan gaji cikgu gred 48 hanya berkebun part time. Boleh cari duit jajan. Sayur boleh petik petang atau pun pagi.
Apa tidaknya sekali hantar sayur dapat RM300. Sebulan dah berapa. Dah Ada duit sikit boleh panggil kawan-kawan kampung tak ada kerja upah petik cili dan lain-lain kerja. Kalau dah OK, suami pun boleh Bersara awal fokus berkebun.
Saya bukanlah sifu dalam pertanian. Tapi bolehlah berkongsi macam mana pasang sistem fertigasi. 1000 polybeg kalau buat sendiri modal cuma 3-4K je. Masalahnya macam mana nak buat sendiri. Sebenarnya senang. Asal tahu konsep boleh je minta tolong abang, adik, jiran buatkan.
Jangan suka lagi
Jangan kata semua tu tak ada modal. Tentu Ada modalnya, tapi terpulang masing-masing macam mana nak pusing-pusing. Jangan buat banyak dulu. Buat 500 polybeg je dah cukup. Dah pandai jaga pokok boleh buat besar lagi.
Sebenarnya baik kalau boleh jumpa dan ajar macam mana nak buat sistem fertigasi juga tanam sayur. Tapi Saya faham masalahnya masa Dan jarak ke Muar jauh. Lebih lagi musim PKP ni Saya percaya ramai yang minat bertani walaupun kecil-kecilan kat belakang rumah. Dari semak baik diusahakan.
Dari hobi sebenarnya boleh jadikan pendapatan. Saya memang ada anjurkan kursus penanaman cara fertigasi. Saje suka tengok anak melayu kita sesama maju. Saya faham ramai antara isteri kita berurusan dengan kerja, anak-anak dan kerja rumah.
Khasiat bunga telang diketahui umum memang banyak. Sesuai dijadikan sebagai minuman berkhasiat dan menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi kerabu agar berwarna ungu.
Menyedari banyak kegunaannya, pokok bunga telang ini juga ramai yang cuba untuk menanamnya. Bahkan tidak dinafikan bunga telang yang berwarna ungu itu juga begitu cantik bunganya. Boleh juga dijadikan tanaman penyeri laman.
Bila anda ingin menanam pokok bunga telang di dalam pasu, itu tiada halangannya walapun pokok bunga telang ini cirinya pokok menjalar.
Oleh itu, apa kata anda sediakan pasu yang boleh dibeli di sini secara online dan hasilkan sendiri sebagaimana yang dikongsikan oleh Syafiq Scelcedo untuk info bersama.
Assalammualaikum dan salam sejahtera… Boleh lah ni. Duk pusing sana ikat sini, belit sana.. Yang minat berkebun tapi tak ada tanah boleh cuba cara ni untuk cantikkan laman. Macam rumah saya tak ada tanah untuk bercucuk tanam. Jadi pasu lah harapan saya.
Ni modal tak sampai RM10 pun. Semua dekat Mr.DIY.. Pasu RM3, Tali RM2, Batang tengah tu RM3.
Saya buat untuk pokok yang jenis menjalar…
InshaaAllah tak lama lagi pokok bunga telang saya nak berpindah tempat…
Mohon doakan dia menjalar cantik dekat tempat baru ni lepas ni siapa nak bunga telang saya bagi free je.
Berkebun ni selain aktiviti yang menyihatkan badan dan minda, ianya juga memupuk sifat sabar dan bersyukur serta mampu jadikan kita pekebun yang kreatif.
Apa yang penting jangan takut untuk mencuba, kalau orang lain boleh kita pun mampu good luck!
Sumber : Syafiq Scelcedo via Berkebun Untuk Beginner
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan puasa ini, selain bau mulut ada lagi satu masalah iaitu bibir kering akibat kekurangan air. Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.
Jadi, takkan ada lagi masalah bibir kering, tapi pastikan anda memberus dengan lembut supaya tidak menyebabkan bibir anda terluka. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di