Membaca petikan berita dari BERNAMA ini pasti sahaja kita sebagai rakyat Malaysia turut tumpang berasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada wira kita Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai antara tiga doktor terbaik dunia.
Betapa kita bukanlah daripada negara maju namun berjaya menangani wabak Covid-19, musuh halimunan yang digeruni jauh lebih baik daripada negara-negara kuasa besar dunia yang lainnya.
Dalam laman webnya semalam, CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.
Manakala memetik berita di Astro Awani, Datuk Dr Noor Hisham menerima pujian masyarakat kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai berhubung penularan COVID-19.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ads
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Ads
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Ads
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Kesibukan pasangan ini dalam tuntutan kerja masing-masing lebih-lebih sang isteri seorang pegawai perubatan yang selalu ‘on call’ bagaimana pun tidak membatasi tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.
Kesempatan ‘mencuri masa’ Dr Husna Zahry Rafie yang sedang bercuti membolehkan pasangan ini membawa anak-anak berjalan-jalan. Melihat kareater Ustaz Don di dalam kaca TV yang begitu sempoi, nyata demikian juga ketika bersama keluarga. Lebih-lebih lagi aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan Don Mustofa dan Don Ibrahim.Kedua-dua hero pasangan ini cukup manja dengan Ustaz Don yang dipanggil Abati manakala Husna dipanggil Ibu.
Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid adalah pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sejak 2010-201. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengajian Sepanjang Hayat sebagai pengurus Besar di KuisCell. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Mohabbaten Travel & Tour Sdn Bhd di bawah anak syarikat Andalusia.
Hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat
Melihatkan kesibukan urusan kerja, jujur mengakui masa yang ada cukup terhad. Urusan menguruskan anak-anak di ambil alih seketika oleh ibu bapanya yang tinggal bersama. Namun tidak bermakna kedua-duanya lepas tangan.
“Saya bukanlah orang yang hebat, pasti akan berlaku ralat. Jadi, dalam pembahagian masa dengan keluarga dan pengurusan kerja, kami cukup beruntung kerana ada ibu bapa yang tinggal bersama. Jadi mereka bantu melihat anak-anak sementara kami keluar bekerja. Namun sebelum itu, saya pernah minta pandangan orang yang lebih arif iaitu Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang ibu bapa yang duduk bersama kami.
“Waktu itu kami dalam satu penerbangan ke Terengganu ketika itu. Saya tanya adakah boleh ibu bapa boleh duduk dengan anak-anak macam mana kita mahu letak kayu aras tentang hal ini. Jadi Dr Fadhilah tanya siapa yang minta untuk duduk bersama , ibu bapa atau anak yang minta. Menurut Dr, kalau boleh anak-anak jangan minta untuk ibu bapa datang tinggal bersama kerana mereka sendiri mempunyai ‘life’ mereka. Apabila diberitahu yang ibu bapa yang nak jadi Dr cakap boleh kerana mereka sendiri yang duduk bersama. Jadi mereka tahu kapasiti diri mereka.
“Tempoh sampai bila mereka nak duduk bersama terpulang kepada ibu bapa sendiri kerana ia tidak akan menjadi masalah pada masa hadapan. Saya dan isteri sangat bersyukur kerana selain ibu bapa ada juga adik-beradik kami juga tinggal berdekatan. Jika ada sebarang masalah, mereka sangat membantu.
“Itulah yang saya sebut ralat tadi. Disebabkan kami di ‘cover’ oleh orang sekeliling di samping pihak KuisCell yang sangat fleksibel dalam membantu menyusun jadual saya. Kerana itu, hidup perlu bermasyarakat dan bermuafakat. Kita takkan boleh hidup sendirian.
“Teringat saya pada kata-kata Ustaz Guru Hadi Awang hidup ini ibarat seikat penyapu lidi, ada yang panjang ada yang pendek. Walaupun nampak lidi-lidi yang pendek tidak kena ketika menyapu tetapi apabila dibuang maka longgarlah ikatan penyapu tadi. Begitulah ibaratnya kita dengan orang sekeliling,”ujar Ustaz Don sambil mengakui lima hari adalah masa untuk bekerja manakala dua hari bersama keluarga.
Gajet pilihan terakhir
Tambah ustaz Don lagi, sebagai ibu bapa yang berkerjaya dia dan isteri cukup sibuk dengan urusan kerja. Justeru tambahnya, sebagai orang yang berkerjaya, pertama sekali kena mengaku yang diri sibuk.
“Jangan menafikan kerana kita tidak akan jumpa jalan penyelesaian. Kita kena terima situasi tersebut dan cari alternatif terbaik. Jadi salah satunya adalah penggunaan gajet pada anak-anak. Saya dan isteri memang sudah mendedahkan pada anak-anak kami.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut. Bahkan, penggunaan gajet pada anak-anak adalah pilihan terakhir,”ulas Ustaz Don yang mempraktikkan mereka sekeluarga mengaji bersama sebelum tidur.
Luangkan masa dengan masyarakat
Dek kesibukan urusan kerja membatasi Ustaz Don untuk menerima tawaran untuk berceramah seperti sebelum ini. Sementelah dia mahu memberi fokus penuh pada kerja dan keluarga.
“Dalam kesempatan ini untuk memohon maaf pada masyarakat yang mungkin mengharapkan saya mempunyai ruang masa seperti sebelum ini. Mujurlah pihak Kuiscell bijak menyusun jadual dan kesempatan turun padang untuk urusan kerja, jadi dapat diselitkan untuk tawaran mengadakan ceramah jika berkesempatan. Misalnya seminggu 3 hari untuk 3-4 program dan berpeluang meluangkan masa yang lama dengan masyarakat.
Mahu 7 anak
Ditanya mengenai menambah ahli keluarga dalam masa terdekat, Dr Husna memberitahu ada dalam perancangan cuma bergantung pada masa sementelah anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Kami berdua lahir dalam keluarga yang ramai jadi kalau diikutkan kami memang mahu anak ramai dalam 7 orang. Cuma sekarang masing-masing sibuk dengan kerja dan dua hero kami masih kecil. Walaupun ada keluarga yang sangat ‘supportive’ dan membantu menjaga anak kami tetapi tanggungjawab sebagai ibu tidak diabaikan.
“Sesibuk mana pun di hospital tetapi saya pastikan ada di rumah. Kerana itu saya berulang alik dari rumah di Bangi ke Seremban walaupun ada rumah yang disediakan di sana tetapi saya lebih rela berada di samping anak-anak,”jelas Dr Husna lagi sebelum mengakhiri perbualan bersama penulis.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi November 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak ini jika diberi peluang dapat mandi kolam memang seronok tidak terkata.
Pun begitu ketika PKP ini, mana mungkin boleh dibawa anak-anak ke taman tema untuk bermandi manda.
Di sebabkan itu juga seorang ayah ini telah membina kolam mandi seluas 60 kaki persegi di tepi rumah dengan menggunakan bahan-bahan lebihan sektor pembinaan sekali gus tiada sebarang kos digunakan untuk membina kolam renang tersebut.
Jom baca perkongsiannya itu.
KOLAM 60 KAKI PERSEGI DIY ZERO COST
Salam Sahabat semua.. Uncle nak kongsi skit cara buat kolam ni..
Normal Baru sekarang, Uncle dah tak boleh bawa anak-anak bercuti ke sana sini.. Anak-anak lagi tertekan sebenarnya.. Perangai pun dah makin menjadi..
Untuk meredakan keadaan, Uncle kena buat sesuatu yang jimat dan berbaloi untuk gembirakan si anak Uncle ni..
So, projek di mulakan setelah persetujuan semua di buat.. Kena minta izin dulu Mak Mertua selaku tuan tanah..
Kemudian, Uncle rembat plastik biru di banglo belakang rumah yang hampir siap.. Plastik biru ni digunakan dalam pembinaan bangunan.. Uncle x taw nama dia apa.. Tukang2 dalam group ni mungkin lebih arif..
Uncle rembat juga bata di banglo itu.. Dah alang2 rembat kan.. Hehe..
Sebenarnya, banglo tu milik kakak ipar Uncle.. Dah mendapat keizinan sebenarnya sebab barang ni semua lebihan dari projek depa.. So jimat la duit dengan zaman2 la ni kan..
Kemudian, Uncle bersihkan tapak dulu.. Bagi betul2 bersih dari segala batu..
Hamparkan plastik biru tu mengikut saiz tanah dan lantai.. Lipat di bahagian yang hendak di sendal bata..
Masukkan bata.. Susun 3 lapis bata sesuai dengan anak.. Nanti tinggi sangat, lemas plak.. Tetap kena ada pemantauan.. Jangan biaq depa main sorg2 nah..
Dah naik bata, plastik pun dah hampar elok2, masukkan air..
Sendal dinding dengan botol air untuk mengelakkan plastik tadi turun..
Nak elok, kolam ini perlu di sandarkan pada 2 bahagian dinding sekurang2nya.. Baru kukuh..
Dah siap kolam ZERO COST kami..
So sapa2 nak try boleh ja.. Murah dan senang.. Lagi pun anak2 ni cepat jemu.. Dah rendam 3-4 kali dah bosan.. So simpan lah dulu.. Tak bazir ratusan ringgit..
Ramai ibu bapa rasa bertuah dan bangga bila anak mereka bijak dan pandai. Bahkan orang lain juga tumpang rasa bahagia melihat kehebatan anak-anak yang mencipta kejayaan dalam pelajaran.
Baru-baru ini tular di media sosial melalui perkongsian daripada Fikri Fiq berkongsi kisah mengenai seorang pelajar yang cukup luar biasa pengetahuannya yang juga merupakan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Melaka.
Siapa sangka anak berusia 12 tahun ini, melalui membaca membuatkan pengetahuannya jauh lebih terbuka dan hebat berbanding orang dewasa. Hinggakan jawapan yang diberikan untuk pertandingan yang disertai tidak terjangkau. Cukup hebat!
Ikuti perkongsiannya.
Ingat lagi tak?
Kisah murid yang kami sedang siapkan untuk Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka? Ada videonya dalam FB Story aku sebelum ni.
Budak ni namanya Syammil. 12 tahun dan merupakan Ketua Pengawas. Dia dah baca lebih 700 buah buku. Maka, dia dapatlah mewakili daerah Jasin ke peringkat negeri Melaka.
Buku yang dia pilih untuk ulas di hadapan panel ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1966) karya Shahnon Ahmad. (Weh, tinggi ya level buku dia pilih). Tapi, dia dah suka. Tak apa.
Maka tadi aku tanyalah kawan aku tu. Okay ke tak sesi penilaian semalam? Kawan aku cakap, sewaktu sesi QnA, panel tak banyak tanya soalan tentang buku.
Jadi, apa antara soalan yang Syammil dapat?
Soalannya lebih kurang begini.
Apa perbezaan antara pemimpin tempatan dengan pemimpin Eropah? (Glurppp, aku telan air liur dengar soalan ni).
Baca artikel menarik lain di sini:
Jadi, apa jawapan Shammil?
Dia ceritakan dari sudut perbezaan budaya, bahasa dan sumbangan dalam perfileman (tak sangka aku, dia boleh fikir sampai ke bidang filem). Aku tak tahu detailnya apa. Tapiiiiiii, begitulah ruang lingkup jawapannya.
Semoga ada tempat untuk murid ini.
Semoga menjadi hebat dan berakhlak mulia pada masa hadapan.
Arif Aiman kahwin dengan Nurul Aliah Natasha dalam majlis tertutup di Johor Bahru. Momen sebak memeluk ibu selepas akad nikah turut mencuri perhatian ramai.