Setelah sekian lama berteka-teki tentang status hubungan antara pelawak, Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhammad dengan Watie Hanifah, akhirnya mereka dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.
Memetik laporan Berita Harian, Shuib dikatakan telah mengaku bahawa dia dan Watie yang usahawan tempatan itu sudah bersetuju untuk berkahwin ketika ditemui di sebuah hotel dalam sidang media Melakar Pahala Warnai Raya Suria FM.
“Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.
“Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi,” katanya.
Shuib turut berkongsi tentang persiapan perkahwinannya yang tidak akan dilakukan secara sederhana tapi bermakna buat mereka berdua. Katanya, persediaan perkahwinannya juga sedang berjalan sebanyak 30 peratus.
“Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga. Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.
Ads
“Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” luahnya.
Sementara itu, Shui juga berkongsi tentang perasaan bakal isterinya itu tentang perkahwinan yang bakal berlangsung ini.
“Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.
“Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah,” ujarnya.
Ads
Walaupun ini perkahwinan kali keduanya, Shuib tetap rasa debaran, namun selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, dia perlu seseorang untuk ada bersamanya demi anak-anak yang tersayang.
“Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya.
“Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian,” tambahnya.
Ads
Selain itu, sisi Watie yang hampir 20 peratus sama dengan arwah isterinya itu juga membuatnya lebih tertarik dan yakin pada pilihan hatinya kali ini.
“Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah. Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.
“Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya,” katanya.
Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah pernah disatukan pada 2011, namun pada 9 Ogos 2021, dia bapa kepada empat cahaya mata itu kehilangan arwah isteri tercinta, Siti Sarah akibat COVID-19. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
Berita pemergian penyanyi jazz terkemuka ini dikongsikan anak lelakinya Rindra Soliano kepada Awani pada Sabtu.
Allahyarham Julie meninggal dunia di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam di Shah Alam.
Pada 9 Januari lalu, Awani melaporkan penyanyi legenda itu ditidurkan di hospital yang sama, akibat masalah paru-paru.
Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.
Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.
Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.
Sumber : Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelazimannya semua ibu bapa inginkan anak-anak berjaya. Apabila anak mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, akan dianggap anaknya sudah pandai dan bijaksana. Namun tidak bermakna kegagalan dalam peperiksaan, kehidupannya gagal selama-lamanya.
Hakikatnya sebuah kejayaan itu bukannya mudah untuk dicapai tapi tidak juga mustahil! Ikuti penjelasan Kauselor Berdaftar, Mohammad Afizul Mohammad mengenai peluang kedua buat anak agar mereka yakin diri untuk berjaya.
Sehubungan ini dengan perkataan yang paling tepat adalah sememangnya anak itu boleh menjadi lebih berjaya dengan peluang kedua untuk dirinya membuktikan kecemerlangan. Namun dengan beberapa perkara yang harus diberi penekanan. Ini kerana anak-anak lepasan SPM yang berjaya juga bukan kayu ukur untuk membuktikan mereka berjaya di masa hadapan.
Bayangkan sahaja senario dunia sekarang yang penuh dengan cabaran dan ledakan pelajar yang cemerlang dengan pelbagai bidang seperti bidang kesenian, teknikal, perniagaan dan sebagainya. Maka dirumuskan senang sahaja, nak berjaya kena buktikan dengan tindakan usaha yang konsisten dalam kehidupan, bukan semata-mata keputusan peperiksaan SPM.
Justeru peluang kedua sentiasa terbentang luas untuk mereka lebih berjaya dari sesiapapun dengan syarat konsisten memperbaiki kelemahan diri dan tunjukkan usaha yang luar biasa bagi menghasilkan kejayaan di masa hadapan. Malah aspek pembinaan sahsiah diri dan disiplin diri juga adalah perlu dititikberatkan untuk kejayaan remaja pada masa depan.
Hala tuju
Matlamat yang jelas adalah kata kunci bagi tidak mematahkan semangat yang ada. Walaupun keputsan SPM tidak memberangsangkan, ketahuilah dengan adanya matlamat yang benar-benar kukuh, kita mampu mengorak langkah dengan cara yang berbeza. Ketahuilah bahawa untuk capai sesuatu impian banyak cara dan jalannya.
Senang untuk kita fahami analogi ini, untuk sampai ke sesuatu destinasi ada banyak kenderaan yang kita boleh naik sama ada kereta, motosikal, kapal terbang mahupun bot, dan pasti ada banyak pilihan jalan yang boleh kita lalui sama ada makin dekat mahupun makin jauh.
Percaya pada diri sendiri, di luar sana masih banyak cabaran sebenar yang akan kita hadapi, keputusan SPM hanya sebahagian kecil untuk kita melangkah ke dunia realiti, kita yang menentukan dan mengubah nasib kita, bukannya ‘sekeping keputusan peperiksaan’ yang menentukan siapa kita di masa depan kelak. Jatuh sekali tidak bermakna jatuh selama-lamanya. Bangkitkan ‘harimau’ sebenar dalam diri kita agar lebih maju dan sukses berganda.
Kenali kecenderungan anak
Bagai meneruskan pembelajaran, ibu bapa perlu melakukan sedikit usaha untuk mengetahui apa sebenarnya minat utama dalam diri anak-anak. Sepadankanlah personaliti anak anak dengan minat dan rancangan halatuju kerjaya mereka. Untuk sambung belajar memang mudah, namun untuk mengakhirinya amat banyak cabarannya.
Maka sebelum membuat keputusan untuk menggalakkan anak anak menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang sama ada di IPTA atau IPTS, biarlah kita tentukan dahulu apa sebenarnya kecenderungan anak anak yang lebih menyerlah dan berpotensi.
Petuanya jumpakan anak anak dengan mana mana kaunselor yang berkelayakan untuk mengetahui apa sebenarnya personaliti dan minat anak anak, atau paling mudah layari sahaja internet mengenai bagaimana mahu tentukan minat dan personaliti anak-anak secara umum, mungkin ia boleh menambah sedikit sebanyak pandangan mengenai minat anak-anak.
Begitu juga dengan bidang vokasional, melalui ujian minat dan personaliti tadi mampu disepadankan anak-anak ke bidang yang sebetulnya. Ketahuilah untuk berjaya sebenarnya senang jika betul caranya dan betul jalannya.
Motivasi diri
Motivasi ini ada pasang surutnya, kadang-kadang kita boleh jadi bermotivasi tinggi dan kadang-kadang kita boleh jatuh tak bersemangat. Sama juga dengan remaja dalam hidupnya, mereka baru nak bermula menjadi seorang dewasa, maka kenalah lalui zaman remaja dengan baik. Namun nak menjadi orang dewasa yang berjaya kenalah menjadi remaja yang baik.
Siapa kita akan datang ditentukan siapa kita dan apa tindakan kita hari ini. Untuk sebab itu remaja haruslah sentiasa bermotivasi bagi membentuk masa depan yang lebih berjaya dalan hidupnya. Sentiasa berdamping dengan orang positif, membaca perkara positif, menhadiri majlis ilmu, belajar dari orang yang sudah berjaya atau berpengalaman dari kita. Keluar dari zon biasa, bergaullah dengan mereka yang lebih berjaya dan lebih bermotivasi bagi mengekalkan dan menambahkan motivasi kita.
Ibu bapa pembakar semangat
Ibu bapa yang hebat adalah ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi pembakar semangat buat anak-anak. Bayangkan sahaja anak-anak tanpa dorongan dari ibu bapa, bagaikan sebuah kapal di lautan tanpa nahkoda.
Justeru sebagai ibu bapa yang prihatin campkkan semula dan lontarkan semangat baru kepada anak-anak lepasan Spm yang kurang memberangsangkan. Halatuju pelajar lepasan spm terlalu luas, bina matlmat yang jelas dan tujulah ke jalan yang terarah kepada kejayaan di masa hadapan.
Andai kata keputusan spm tersebut tidak melayakkan untuk anak anak menyambung di ipta atau ipts, banyak pilihan lain yang boleh diterokai. Namun sebagai ibubapa, ketahuilah hala tuju seorang anak amat penting dengan personaliti anak anak. Personaliti seseorang anak kita mampu merancakkan lagi halatuju masa depan mereka secara lebih lancar atau boleh membantutkan perjalanan masa depan mereka.
Bayangkan sahaja anak anak yang berpersonaliti santai, tidak suka suasana bekerja dalam pejabat atau tidak suka dikongkong, dipksa belajar dalam bidang pengurusan. Personaliti jenis ini lebih sesuai dengan bidang teknikal atau kesenian. Sikap sesetengah ibubapa yang mengambil acuh tak acuh mampu merosakkan perjalanan kerjaya seorang anak. Ingat keputusan SPM bukanlah tiket untuk kita berjaya atau gagal di masa depan.
Lihatlah sendiri berapa ramai yang kita tahu mereka dilur sana amat berjaya dalam bidang masing-masing, namun hakikat sebenar mereka pernah gagal dalam akademik samaada upsr, spm, stpm atau sebagainya. Halatuju baru bermula dengan pemikiran yang baru, maka peranan ibu bapa harus dimainkan bagi memberi semangat dan lontaran ransangan yang mampu membuka minda anak anak kita yang tersekat dgn momokan menakutkan dengan keputusan akademik.
Pentingnya sentiasa keep going beri semangat
Anak remaja kita sedang membesar menjadi manusia yang akan mengambil alih peranan kita kelak, supaya mereka tidak terjatuh dalam lubang yang sama pernah kita lalui maka ibubapa harus sentiasa memberi rangsangan dan semangat untuk terus mekar berjaya dalam pelbagai cara dan rasa.
Sentiasa mengambil tahu seolah kita adalah sahabat mereka, semangat yang kita beri secara tak sedar adalah suntikan utama yang bermula dalam hidup mereka. Semangat yang berterusan ini mampu menyokong mereka menjadi lebih kuat. Peranan ibubapa dalam keluarga adalah sinonim dengan apa yang akan jadi pada anak-anak kelak, maka semangat berterusan yang diberi adalah vitamin kehidupan untuk anak-anak membesar menjadi manusia yang cukup dalam semua aspek psikologi kehidupan bekeluarga.
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Walau baru 4 hari, Amalina kelihatan ceria membawa bayi kesayanganya. Perkongsiannya telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ramai yang meluahkan teruja walaupun baru empat hari bersalin dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan teruja melihat Amalina yakin membawa bayinya ketika dalam tempoh pantang baru 4 hari selepas bersalin.
Hukum barang kemas bentuk haiwan dijelaskan oleh Mufti Selangor sebagai dilarang dipakai kerana mempunyai ukiran makhluk bernyawa. Ketahui juga hukum motif clover dan pilihan rekaan emas yang lebih selamat.