Memikirkan apa akan jadi dengan masa depan untuk diri sendiri serta keluarga, tentunya semua mahukan hidup yang sempurna, terbaik serta cemerlang dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup ini.

Namun bila asyik berfikir secara mendalam dengan berlebih-lebihan untuk meramalkan masa depan setiap apa yang ingin dilakukan, ia bakal mencetuskan kebimbangan melampau hingga menjejaskan kehidupan seseorang.

Tidak mahu hal ini menjadi lebih serius, digariskan beberapa panduan untuk anda lakukan agar dapat  ‘keluar’ dari belenggu ‘over thinking’.

Ini perkongsiannya.

Sekiranya anda seorang “over-thinking”, mari kita cuba lihat apa yang kita boleh usahakan untuk hentikan perkara itu:

1. Setiap masalah tak boleh diselesaikan hanya dengan berfikir. Ia mesti 20% fikir, 80% buat.

– fikir nak berhenti, namun takut tak ada rezeki lain. Maka usaha sampai dapat (tindakan).

– fikir nak kahwin, namun tak cukup duit. Stress dan murung. Maka kena cuba berniaga (tindakan).

– fikir nak keluar dari kesusahan, namun tak tahu nak buat apa. Maka jumpa orang dan bersembang (tindakan).

Terlalu Memikir Hingga Tak Bertindak. Cuba Usahakan Ni Untuk Berubah!

2. Kebanyakan orang banyak berfikir akan cuba bercakap lebih banyak dari mendengar. Ia kerana terlalu banyak perkara dalam kepalanya, maka dia akan rasa perlu dia yang bercakap. Ini kena diperbaiki. Mesti 20% bercakap 80% mendengar.

IKLAN

– apabila pergi bersembang, kita dengar apa orang lain punya pandangan.

– belajar terima, belajar hadap, belajar resap.

– jika kita potong orang bercakap, atau kita menolak (rejection) ia akan lebih banyak memudaratkan.

– rendahkan diri dan belajar kita ini tak bagus mana. Kena belajar.

3. Kuasa Allah. Letak dalam kepala Allah maha mendengar, maha berkuasa, maka berharaplah.

– apa yang dah lepas, minta kepada Allah setiap masa supaya kita diampunkan. Perbanyak istighfar.

IKLAN

– yang akan datang, minta dan mohon kepada Allah untuk dipermudahkan dan sentiasa cakap kepada Allah jika ada ujian, maka ujilah dengan ujian yang kita boleh hadap dan terima.

Terlalu Memikir Hingga Tak Bertindak. Cuba Usahakan Ni Untuk Berubah!

4. Berhenti kritik dan kutuk diri sendiri. Mesti bersyukur kita ada banyak kelebihan. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah beri.

– berhenti cakap kita tak pandai, kena cakap kita akan belajar.

– berhenti bercakap kita slow learner, kena cakap walau perlahan kita masih berusaha.

– berhenti cakap kita miskin tak ada itu tak ada ini, kena cakap kita akan ubah hidup dengan kudrat dan kelebihan yang lain.

IKLAN

Terlalu Memikir Hingga Tak Bertindak. Cuba Usahakan Ni Untuk Berubah!

5. Mulakan dengan 80% persediaan dan 20% tindakan. Berhenti main taram dan belasah serba serbi.

– rancang dan ambil masa. Kejayaan bukannya datang dalam sehari.

– ambil masa belajar pada setiap proses. Tenang dan hadap setiap ujian.

Kawan-kawan, over-thinking akan hancurkan kalian. Bangkit, bangun, buat kerja dan terus sibuk. Biar berpeluh biar penat.

Malam nanti kita tidur pun lena. Entah-entah siap dikejutkan awal untuk solat sunat dan sebagainya.

Itu kelebihan dalam berpenat-penat berusaha. Kaya dan berjaya itu ada dalam proses kita. Semua benda yang kita buat ada kekayaan di hujungnya. Kita yang putuskan semua.

Begitulah.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI