
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.
Tidak Hadir Ke Sekolah, Guru Wanita Ditemui Tidak Bernyawa Di Rumah
Menurut sumber, kejadian disedari selepas guru tersebut tidak hadir ke sekolah seperti biasa, malah pihak sekolah turut gagal menghubunginya menerusi telefon.

Keadaan itu mendorong Penolong Kanan sekolah berkenaan untuk pergi sendiri ke rumah guru terbabit bagi memastikan keadaannya.
“Sampai sahaja di rumah, kenderaan milik mangsa masih ada di hadapan rumah namun panggilan telefon tidak dijawab, menimbulkan rasa curiga,” katanya.
Susulan itu, pihak sekolah menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan membuka pintu kediaman mangsa.
Sebaik tiba, anggota bomba berjaya membuka pintu rumah dan mendapati guru wanita tersebut telah meninggal dunia.
Pihak polis turut dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Buka Buku Pink Bila Hamil Dan Sertai Khairat Kematian Masjid Terdekat, Perkara Penting Jangan Lupa Buat
Lukisan Bas Dan Perkataan ‘Mati’ Jadi Petanda Sebelum Mustaqim Terlibat Nahas Maut
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my