Bukan mudah mendidik anak zaman serba moden ini. Pemikiran anak zaman sekarang ini tidak sama dengan zaman ketika kita kanak-kanak dulu. Malah dikatakan, anak remaja sulung mudah memberontak berbanding anak-anak lain.
Malah, anak sulung juga sering diberi tanggungjawab yang lebih berbanding adik-beradik lain. Bahkan merupakan anak yang pertama akan dimarahi apabila berlaku masalah antara adik beradik.
Hakikatnya peranan anak sulung ini amat penting untuk adik beradik lain apabila kita sebagai ibu ayah memerlukan bantuannya. Namun kadang kala, kita alpa, hingga melampau batas sehingga membuatkan jiwanya terasa dan memberontak hingga dikatakan pilih kasih.
Menurut pendakwah terkenal, Asma’ Harun, tidak salah jika merendah diri memohon maaf kepada anak jika sikap kita melampau batas.
Sebagaimana perkongsian beliau ini. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Ads
SubhanAllah.. Jalan berdua dengan anak sulung, ada orang belakang jeles (Abinya) snap gambar senyap². Anak pertama, ada orang kata yang paling manja, tapi Atikah seperti tak sempat nak manja lama, berturut adik²nya lahir sorang demi sorang.
Dah biasa daripada kecil tolong Umi Abi dalam menguruskan banyak perkara. Atikah (14tahun) terpaksa cepat matang dan cekap buat banyak perkara. Tinggalkan 6 adik²nya untuk dijaga (bukan tempoh lama) dah jadi biasa. Atikah juga bantu fahamkan adik² yang belum mengerti kenapa Umi Abi sibuk sangat, bantu pastikan rutin ibadah dan kerja harian tetap berjalan ketika Umi Abi tinggalkan beberapa hari anak² bersama dengan penjaga.
Ads
Selalu hati kecil saya bimbang, sungguh saya bimbang bila membaca ramai Ibu Bapa yang meluahkan kesedihan apabila tiba satu saat anak sulung berubah sikap, mula memberontak, mula rasa Ibu Ayah tidak adil dan menzaliminya dengan pelbagai tugasan, bahkan ada yang meluahkan rasa benci pada Ibu Ayah. Allahu Allah.. saya doakan semua Ibu Ayah kuat dalam mendidik anak² di zaman yang sungguh mencabar ini.
Mohon maaf pada anak tidak jatuh maruah Kesabaran, ketenangan dan kelembutan kami juga seringkali roboh saat diuji dengan kerenah dan sikap anak². Jika benar kami dah melampaui batasan, kami akan merendahkan diri memohon maaf daripada anak², ia tidaklah menjatuhkan maruah, bahkan kita sedang memberi kefahaman bahawa meminta maaf itu adalah satu akhlak yang akan memuliakan seseorang.
Saya sebenarnya ibu yang tegas, namun pujian dan teguran cuba diberikan seimbang pada anak². Dalam kesibukan tetap cuba seimbangkan dengan aktiviti santai bersama seperti, masak², main basikal, badminton, karom, tengok rancangan yang bagus, dll. InsyaAllah ada rezeki, saya nak kongsi tips parenting, kami bukan Ibu Ayah yang terbaik, tapi cuba jadi yang baik untuk Dunia dan Akhirat bersama. Menjadi anak kepada UAH bukan suatu yang mudah untuk anak² kami lalui, ada tekanan dan ujian yang kami perlu bersama dengan anak² hadapinya. Atikah 161cm Umi 158cm
Walaupun sudah mengamalkan diet yang sihat, kurang mengambil makanan manis, melakukan senaman setiap hari tetapi berat badan tetap tidak turun. Bahkan semakin bertambah. Pasti ini menambahkan lagi stres anda kan?
Penyebabnya mungkin kerana rutin pagi yang sering anda dilakukan. Ramai yang tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan pagi hari memberi kesan besar untuk mendapat bentuk badan impian.
Dipetik dari portal Brightside ini 5 tabiat pagi yang menjadi punca berat badan bertambah.
1. Tidur Terlalu Banyak
Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan anda adalah lebih cenderung untuk meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7-9 jam setiap hari
2. Sering Bersiap Dalam Gelap
Gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi lepas ni, buka sahaja mata terus buka langsir ok?
3. Tidak Mengemas Katil
Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa orang-orang yang dilaporkan mengemas katil mereka dikatakan mendapat tidur yang lebih baik. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.
4. Tidak Menimbang Berat Badan
Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badan setiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Kerana anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.
5. Makan Sarapan Terlalu Sikit
Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri anda dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang yang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut akan diet harian anda menjadi lebih mudah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik gambar Ariq Matin dengan gaya rambut baru yang nampak begitu kemas dengan potongan rambut pendek.
Dilihat juga sebelum itu, Shuib ada berkongsi gambar beberapa foto kandid Matin dengan kapsyen “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,”.
Posting tersebut bukan sahaja Shuib teruja untuk melihat wajah baharu Martin malah netizen juga tidak sabar menanti perkongsian gambar daripada Shuib dan ramai menjangkakan Matin akan terlihat lebih handsome.
Terbukti benarlah jangkaan netizen, Matin terlihat sangat comel dan kemas sekali penampilannya dengan imej rambut pendek.
Perkongsian Shuib itu telah menerima pujian netizen dan antara reaksi yang diberikan adalah antaranya seperti :
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu.”
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin.”
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat”
“Wow..hansem..sebelum, selepas pun ansem”
“Handsome..kemas..sejuk mata memandang..bila besar moga jadi anak yang…sejuk perut ibu mengandung”
Sementara itu Shuib juga ada berkongsi gambar anak sulungnya Uwais Al-Qarni yang juga dengan gaya rambut pendek. Sekali pandang saling tak tumpah mirip sungguh wajahnya dengan arwah ibunya.
Tahukah anda bahawa anak yang kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Malah kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami masalah kurang fokus dan keletihan sepanjang hari.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian oleh Dr Taufik Razif mengenai tanda-tanda anak tidak cukup tidur.
1. Keletihan letih sepanjang hari
Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.
Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.
2. Sangat susah bangun pagi
Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?
Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!
3. Selalu menguap di siang hari
Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).
Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.
4. Selalu meragam tanpa sebab
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!
Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.
5. Anak selalu jatuh sakit
Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.
Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.