Masih ingatkan kita dengan kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah yang pernah mencuri tumpuan iaitu kejadian di mana seorang pelajar perempuan menemui ajal akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di SMK Tuanku Abd Rahman, Gemas pada Februari 2018.

Begitu juga dengan insiden malang yang menimpa Allahyarham Cikgu Rosli Abdul Aziz, 54 dari SK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan pada 14 Julai 2020.

Beliau dipercayai tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter ketika sedang melakukan pemeriksaan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah sebagai persediaan pembukaan semula sekolah selepas ditutup 4 bulan ekoran penularan COVID-19.

Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pelajar mahupun guru-guru ini amat kita kesali. Bahkan kita sebagai ibu bapa, turut terkesan merasakan kebimbagan terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah.

Sejujurnya ianya tidak wajar berlaku serta mampu dielakkan jika faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dititik beratkan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya.

Pun begitu malang  tidak berbau, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita insiden seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama yang memberi kesan patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah.

Kipas Siling Sekolah Jatuh, Jari Anak Patah & Trauma. Ayah Ni Terkilan, Tarik Perhatian!

Ini sebagai mana memetik berita di Sinar Harian, dan difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.

Beri Kesan Trauma Kepada Pelajar

Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.

“Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain.

“Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen,” jelasnya.

IKLAN

Kakitangan awam itu berkata, anaknya telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Ibu Luah Kecewa

Dia dan isteri agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.

IKLAN

“Kes sebegini sepatutnya boleh dikira kecemasan tetapi pihak pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.

“Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” jelasnya.

Peralatan Dan Kemudahan  Sekolah Uzur

Mohd yang melihat sendiri keadaan bilik darjah itu mendapati, kipas terbabit telah pun uzur, berkarat dan sepatutnya tidak selamat untuk digunakan.

Kipas Siling Sekolah Jatuh, Jari Anak Patah & Trauma. Ayah Ni Terkilan, Tarik Perhatian!

Katanya, penggunaan peralatan dan kemudahan yang uzur seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan isu keselamatan murid dan guru.

“Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi,” katanya.

IKLAN

Satu laporan polis telah dibuat Mohd berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sumber : Sinar Harian 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Kipas Siling Sekolah Jatuh, Jari Anak Patah & Trauma. Ayah Ni Terkilan, Tarik Perhatian!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Kipas Siling Sekolah Jatuh, Jari Anak Patah & Trauma. Ayah Ni Terkilan, Tarik Perhatian!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI