Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

Demi menuntut ilmu, tiga pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh secara tiba-tiba di Kampung Gusi, Isnin lalu ketika sedang mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, kejadian dipercayai kira-kira jam 9 malam.

Siapa sangka, pelajar ini sanggup meredah kegelapan malam serta gigitan nyamuk semata-mata untuk menuntut ilmu. Untuk makluman, terdahulu kejadian ini telah tular di Facebook sehingga mendapat perhatian warganet.

Tiga Pelajar Jatuh Dari Jambatan Gantung Yang Runtuh Untuk Mengikuti Kelas Dalam Talian. Meruntun Jiwa Kisah Ini.

JAMBATAN GANTUNG KELIHATAN USANG.

Tiga Pelajar Jatuh Dari Jambatan Gantung Yang Runtuh Untuk Mengikuti Kelas Dalam Talian. Meruntun Jiwa Kisah Ini.

IKLAN

Memetik laporan ini,  Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

“Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaa,”ujarnya.

Beliau juga memaklumkan akan segera ke kampung berkenaan untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan terbabit.

IKLAN

“Kita berharap penduduk kampung berkaitan dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.

Tiga Pelajar Jatuh Dari Jambatan Gantung Yang Runtuh Untuk Mengikuti Kelas Dalam Talian. Meruntun Jiwa Kisah Ini. Tiga Pelajar Jatuh Dari Jambatan Gantung Yang Runtuh Untuk Mengikuti Kelas Dalam Talian. Meruntun Jiwa Kisah Ini.

Difahamkan, kawasan sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet. Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar berkumpul di kawasan terbabit sekiranya memerlukan jaringan internet.

IKLAN

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut, berkata dia dimaklumkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu, sekitar jam 9 malam.

“Penduduk kampung menyatakan semua pelajar itu berada di tengah-tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

“Capaian internet di Kampung Gusi ini memang teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit,” katanya.

Sumber: sabahup2date.blogspot.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI