Pendakwah selebriti Da’i Syed dan isterinya pengacara, Hana Ismail kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, isteri kesayangannya itu tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk malah kini teruja untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu,” kongsinya.
Tambahnya lagi, isterinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik sebaliknya dia yang mengidam sesuatu.
“Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.
“Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.
Ads
Meninjau di Instagram isterinya, Hana juga mengakui teruja untuk menantikan cahaya mata pertama mereka malah kini dilihat semakin berseri-seri.
“Alhamdulillah, hajat nak ‘babymoon’ before my delivery dimakbulkan.
Ads
“Momen bersama suami disini takkan Hana lupa insyaAllah sampai bila-bila. Thank you, Cahaya selalu bawa rezeki tak disangka-sangka untuk umi and baba. Can’t wait to see you,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2022. Hana sebelum ini pernah mengalami keguguran i awal perkahwinan mereka.
Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Tidak hairanlah ada yang mengatakan anak perempuan rapatnya lebih condong dengan si ayah. Apa yang ingin dilakukan pasti ayah dahulu yang ditagih pendapat.
Ada juga orang mengatakan, biasanya, semasa kecil anak perempuan lebih rapat dan manja dengan ayah. Sehingga ke alam dewasa dan berumah tangga, sfat itu kekal dan tak pernah hilang.
Bgai si ayah pula ada kalanya tidak senang duduk apabila si anak perempuan jatuh sakit. Dia ditatang bak minyak yang penuh. Sebab itu, segala kebaikan ayah akan dikenang si anak dan sentiasa menjaga hubungan ayah dan anak perempuan ini.
Bahkan, ayah juga menjadi role model pada anak perempuan selain ibu. Segala tingkah laku ayah ini akan diikuti si anak hingga besar. Malah, jika ayah berjaya mencapai sesuatu anak juga ingin berjaya seperi ayahnya.
Demikian betapa utuhnya kasih sayang dan hubungan anak perempuan dan si ayah. Kerana itu, figura seorang ayah cukup penting dan wajib ada dalam melengkapi rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Ammar Kamilin tentang pentingnya ‘5C’ yang perlu si ayah usahakan untuk anak remaja perempuan.
“Dia macam ada masalah dengan ayah dia. Ayah dia terlalu sibuk, sampai tak sempat bercakap dengan dia.
Mula-mula dia tak kisah sangat. Dia faham, ayah dia bekerja untuk sara keluarga. Tapi, lama-lama dia macam kecil hati, sebab dengan abang dan kakak dia, ok je ayah dia layan. Dengan adik-adik dia pun ok.” Panjang lebar dia bercerita.
“Tapi, pelajaran dia di sekolah, elok kan. Tak silap abah, ‘Top 5’ lagi.”
“Itulah. Pelajaran dia masih ok. Tapi, itu tahun lepas. Kebelakangan ni, dia macam banyak berkhayal dan tiba-tiba menangis. Risau juga, takut dia ‘stress’ dan ‘effect’ pelajaran dia.”
Abah hanya mengangguk-angguk. Mengenangkan karakter rakan perempuan yang dia diceritakan.
Abah memang biasa dengan kebanyakan rakan-rakan dia. Hampir satu kelas pernah bersembang dan bergurau mesra dengan abah.
Kebiasaan, semasa mengambil dia di depan sekolah, sempat juga menyapa mereka dan mengambil hati dengan soalan-soalan bertanya khabar.
Ada antara mereka pernah datang ke rumah untuk buat tugasan sekolah dan belajar bersama.
Rakan yang diceritakan ini pernah bertandang ke rumah. Sudah pasti, perasaannya lebih berat apabila terkenang ujian yang sedang dilalui anak remaja ini.
Abah tidak pasti apa yang difikirkan oleh bapa-bapa sehingga ada antara mereka ‘terlepas pandang’ perasaan anak remaja perempuan.
Dalam kes anak ini, dia berada di ranking tengah dalam susunan adik beradik. Dia memiliki kakak dan abang yang hampir dewasa, juga memiliki adik-adik kecil di bawahnya.
Abang dan kakak sudah boleh membawa diri, walaupun tidak dipeduli si ayah.
Adik-adik masih dijaga dan dikawal oleh ibu.
Lalu dia yang di tengah-tengah, seperti terabai. Masih di peringkat awal remaja, tetapi dibiar keseorangan berdikari.
Saya tidak mendabik dada, konon bapa sempurna. Ada masa terlupa juga.
Apabila cerita begini diceritakan oleh anak, ia seperti ‘alarm’ yang mengingatkan diri sendiri supaya kekal berada di sisi anak remaja, terutamanya perempuan.
Walaupun, umumnya, mereka lebih rapat dengan ibu, tetapi ada sisi seorang bapa yang masih mereka perlukan (bagi yang punya bapa).
Para bapa, tanya diri, bila kali terakhir kita benar-benar memperuntukkan masa khusus untuk anak remaja perempuan?
Tanpa ada abang, kakak, atau adik-adik bersama mereka.
Mereka perlukan masa ‘berkualiti’ bersama kita. Mereka tidak akan berbincang isu-isu ‘dewasa’ sekiranya wujud terlalu ramai gangguan di sekeliling mereka.
Macam anak remaja perempuan saya, dia cukup tidak selesa apabila mahu mengadu sikit, adik-adik terlopong mendengar bersama-sama di sebelah abahnya. Dia terus ‘turn off’. Di rumah, memang ruang itu hampir tiada.
Lalu, dia memilih untuk banyak diam. Yang ruginya, saya sebagai bapa. Tempoh paling kritikal perkembangan seorang remaja, tidak dapat dikongsi bersama.
Tetapi, Allah ilhamkan ruang yang saya tidak nampak sebelum ini sebagai ‘sesi berdua berkualiti’ bersama dia.
Waktu pergi dan balik sekolah setiap hari di dalam kereta.
Hanya itu waktu kami boleh bercakap berdua sesuka hati tanpa didengari sesiapa.
Jika sebelumnya, waktu itu dia isi dengan tidur selenanya. Sekarang, seboleh mungkin saya isi dengan aktiviti yang menghalang dia tidur.
Waktu itulah, saya mendapat pelbagai cerita dari sudut pandang seorang remaja perempuan. Saya boleh kata, bukan mudah mengumpan mereka membuka mulut. Kita perlu dapatkan ‘kepercayaan’.
Bagaimana?
Pastikan, waimma satu patah perkataan yang mereka sebut, tidak disampaikan pada orang lain. Sekali mereka terdengar kita ‘tercerita’, kepercayaan akan hilang. Membina semula kepercayaan, perlukan usaha berkali ganda.
(cerita rakan tadi, dicerita atas keizinan)
Sesekali dia tertidur semasa saya memandu, saya renung wajah anak perempuan remaja ini.
Dia makin dewasa.
Budak kecil yang saya letak dalam bakul motor dan bawa meronda waktu petang, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang meradang jika saya sorokkan bantal busuknya sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang memeluk kaki saya dan minta didukung, sudah ‘tiada’.
Budak kecil yang setiap hari menyanyi riang lagu ‘Barney and friends’ dan memeluk saya sebagai Barney, sudah ‘tiada’.
Tahu-tahu, stereng kereta basah disebabkan tangan yang mengesat airmata terus hinggap padanya.
Begitu saya hiba, kerana,
Budak kecil yang setiap masa dulu, sebelum tidur mahu abah bacakan kisah-kisah Nabi dalam Al-Quran, sudah tidak perlukan abah untuk memeluk dia sebelum tidur.
Dia sudah remaja. Menuju dewasa.
Semuanya telah lepas. Yang tinggal, kenangan.
Sedang saya hiba,
Kepalanya menunjal-nunjal batang gear manual kereta Myvi yang sedang bergerak.
‘Hai anak. Abah tahu nak tukar gear. Tak perlu tanduk gear abah ni.’
Saya tersenyum dalam leleh airmata. Menolak perlahan kepalanya ke tingkap. Penat sangat agaknya.
Dia bukan tak perlukan abah. Cuma, keperluannya sudah berbeza.
Dia sudah tak perlu didukung, tetapi dia mahu seorang abah yang mendorong.
Dia tak perlu pencerita, tetapi dia mahukan seseorang untuk bercerita.
Dia tak perlu bantal busuk, tetapi dia perlukan seseorang yang boleh menenangkan dia dalam sukar, sama seperti fungsi bantal busuk pada dirinya dulu.
Bapa.
Ini bukan cerita anak saya saja. Cerita anak remaja kita jua.
Usahakan ‘5C’ pada anak remaja perempuan.
1. Cakap – Bapa kena selalu bercakap dengan anak perempuan. Jangan biarkan sehari berlalu dalam hidup kita tanpa sepatah perkataan untuk dia. Dia perlu tahu, dia masih ada tempat dalam hidup ayahnya. Dia perlu rasa ‘visible’ di mata ayahnya.
Anak perempuan yang sunyi dari suara ayahnya, cenderung mencari suara lelaki lain untuk mengisi kekosongan itu.
Mahukah begitu, wahai ayah?
2. Cakna – Bapa perlu ambil tahu, apa keperluan anak perempuan. Terutama apabila mereka baligh. Mereka sudah mula mempunyai hormon yang dirembes mengikut kitaran. Dia akan berperangai saling tak tumpah seperti ibunya. Haruslah, mereka sedang menuju dewasa. Jadi, emosi mereka, bapa perlu cakna (ambil tahu).
3. Calm – Bapa perlu sentiasa tenang dalam menangani anak perempuan. Tunjukkan pada mereka, kemampuan kita mengawal emosi, barulah mereka dapat meniru yang baik daripada kita.
Ada masa kita betul, ada masa mereka juga mungkin betul.
Elakkan panas baran tak tentu hala. Maki sesedap rasa. Mereka akan takut dan menjauhkan diri.
Tahu kan, statistik menunjukkan ramai lelaki di rumah orang-orang tua? Elakkan daripada puncanya kerana perangai kita yang mudah ‘naik hantu’.
4. Ceria – Bapa perlu menunjukkan sisi ceria seorang ayah. Ayah perlu dilihat ‘jinak’ oleh anak perempuan supaya mudah didekati. Tiada siapa yang berani dengan ayah yang bengis 24 jam.
Kalau pun tidak pandai berhumor, tunjukkan kita mampu ketawa. Kalau mampu ‘gila-gila remaja’, itu lebih mereka suka, kerana kita ‘match’ dengan mereka.
Ya, perkara serius, kita perlu kekal serius. Bercanda mengikut kesesuaian ya.
5. Cinta – Ini yang terpenting bagi saya, tetapi diletakkan terakhir supaya tidak dilupakan.
Bawa anak remaja perempuan mencintai Allah. Cari ruang menjadi imam untuk mereka. Ambil peluang bercerita kisah-kisah perempuan baik dalam sirah Islam.
Sentiasa ingatkan mereka, “Abah tidak selalu ada, tetapi Allah sentiasa ada dan dekat dengan kita. Mengadu dan meminta pada Dia. “
Satu lagi abah, Dalam masa sama, usah berhenti menunjukkan kasih sayang pada anak perempuan. Peluk dan cium mereka. Elakkan mereka kekok memeluk kita dek kerana lama tidak menyentuh mereka.
Dia, anak kita. Budak kecil yang kita buatkan susu dan tukar pampersnya. Masih budak yang sama, cuma dia sedang mendewasa. Jauh dalam hatinya, kita kekal abah dia. Sampai bila-bila.
-Ammar Kamilin- Bahu untuk anak perempuan bersandar.
Lamanya usia perkahwinan bukan kayu pengukur menunjukkan seseorang itu mampu mematangkan pasangannya dalam menghargai hubungan dengan penuh kasih sayang.
Bahkan lebih menyedihkan ada yang bertahun-tahun kekal bersama pasangan namun semua itu disebabkan anak-anak dan bukan kerana hidup bahagia disayangi oleh pasangan.
Menurut perkongsian Firdaus Shakirin, sepatutnya lagi lama tempoh perkahwinan, lagi rapat kita dengan pasangan. Sebaliknya, lagi lama tempoh tu, lagi renggang kita dengan pasangan.
Tahu tak kenapa…?
Ada perkahwinan yang masih bertahan sehingga ke hari ini hanya atas dasar tanggungjawab sahaja…bukan dasar rasa sayang, rasa cinta terhadap pasangan…tapi semata-mata tanggungjawab untuk membesarkan anak dalam keadaan dia ada ibubapa macam orang lain dan tak nak anak tu terjejas ataupun terkesan jika dia ambik keputusan untuk berpisah dengan pasangan.
Mereka yang berpegang kepada alasan ini, kebiasaannya dia hanya tumpu pada dirinya sendiri…pasangan nak buat apa, jadi macam mana, terpulanglah pada dia…dia bahagiakan perasaan sendiri, dia gembirakan hati sendiri…
Banyak Makan Hati
Majoriti orang makin renggang dalam hubungan sebab banyak makan hati…makan hati dengan sikap, perangai dan perbuatan pasangan sendiri…
Bukan baru sebulan dua pasangan jadi macam tu, tapi dah bertahun-tahun dan tak nampak perubahan langsung untuk berubah…
Perbuatan yang menyakitkan hati, kata-kata yang melukakan hati dan perangai yang membuatkan hati jadi tawar-setawarnya…
Dia fokus kepada amal ibadatnya, dia perbaiki hubungan dengan Allah, dia cari syurga dan jadi solehah dengan caranya sendiri dan bukan kerana pasangannya…
Sebab tu ada orang lama dah berkahwin, tapi tak rapat dan mesra pun dengan pasangan sendiri…
Masing-masing bawa haluan sendiri walaupun tinggal di bawah satu bumbung…
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlynnn dikhabarkan menimang cahaya mata keenam menerusi satu perkongsian di instagram Era fm
Menerusi perkongsian tersebut, dua keping gambar memperlihatkan Johan sedang memegang bayi di atas sofa. Malah, Johan juga dilihat membalas kapsyen yang dimuat naik menerusi perkongsian tersebut.
Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021. Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA! 😂 #sharERA@jozlynnhanania
🤣🤣🤣🤣 selamat berjaga mlm tu , mcm kuat ye idgham dia🤣🤣🤣
peminat pasangan tersebut nyata terkejut dengan khabar gembira itu memandangkan baik Johan mahupun Ozlynn tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.
Walaupun pasangan tersebut masih belum membuka cerita mengenai hal tersbeut, pihak Keluarga mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini. Semoga ibu dan anak sihat selalu.
Vidi Aldiano meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas bertahun-tahun melawan kanser buah pinggang. Catatan “Terima Kasih Kanser” yang pernah ditulisnya kini kembali menyentuh hati ramai peminat.