Dalam hidup ini pastinya diuji dengan pelbagai tekanan dan masalah. Jika dalam keadaan begini, pilihlah cara terbaik untuk kekal positif.
Mungkin atas alasan ini juga, Puteri Sarah Liyana yang berdepan dengan kontroversi rumah tangga sejak beberapa hari lalu dilihat tetap meneruskan kehidupannya cerianya seperti biasa.
Terbaru, Puteri Sarah memilih untuk ‘bawa diri’ bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk bercuti ke Tokyo, Jepun.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah dilihat berada di lapangan terbang pada awal pagi Jumaat dengan menggenakan pakaian dengan rona hitam putih.
Difahamkan aktres berumur 37 tahun ini akan pulang ke Kuala Lumpur pada awal Januari 2023.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat gembira dan bersetuju dengan tindakan pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan membawa anak-anak bercuti ke Tokyo.
Bahkan ramai mendoakan agar mereka anak beranak dapat beberseronok tanpa memikirkan isu yang melibatkan individu yang didakwa menjadi perosak rumah tangga, Ira Kazar.
“Balik Malaysia bawa balik yakuza kak , kasi settle orang ketiga tu 😂” Tulis salah seorang netizen.
“Bestnya rindu Tokyo..jgn lupa gi Kyoto ya sis..tenang kat situ dari Tokyo..gi Nara main dgn rusa liar..Cari monyet snow bayangkan monyet tu 2 ekor monyet yg u tinggalkan Di Malaysia😂. Haiz best..best..Lepas ni maybe next yr gi Hokkaido pulak I bet best kat sana. Nak pesan kat Sana letak tepi semua masaalah n jauhkan dari socmed yg boleh buat gila..enjoy yrself n juga anak2 pasti enjoy.” Saranan daripada salah seorang peminatnya.
Rumah ku syurga ku! Itulah perumpamaan apabila kita inginkan sebuah rumah yang tenang apabila kita melangkah masuk ke dalam rumah.
Rumah mewah tidak semestinya memberikan kebahagiaan. Sebaliknya rumah biasa-biasa dengan dekorasi minimalis memberikan aura luar biasa.
Ada orang suka rumah yang ringkas, ada juga yang suka dengan hiasan dengan tema tertentu. Ia bergantung kepada citarasa seseorang
Namun bagi mereka yang suka kepada kekemasan, masa yang terhad dengan kekangan masa atau anak yang ramai yang menguruskan rumah tanpa pembantu rumah lazimnya suka kepada susun atur rumah yang ringkas, mudah serta kemas. Dengan ini, rumah ‘maintain’ kemas tanpa perlu berkemas hari-hari.
Barangkali, bagi mereka yang superbusy, boleh cuba tip susun atur oleh puan, Siti Hafizah Yusop.
Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
RUANG BAJU
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ni hehe.
BILIK BUKU
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Takmau kemas benda sama banyak kali.
RUANG DOBI
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.
RUANG DAPUR & MAKAN
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
SUKA RUMAH KONSEP MINIMALIS
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah. Haha.
Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.
Ps – Mak saya pun dah berjaya saya jebakkan penyakit minimalis ni. Rumah mak dulu banyakkkk barang tapi sekarang dah lapang.
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Syawal kali ini meninggalkan kesan yang cukup luar biasa buat kita semua. Dua tahun meraikan Syawal dengan kehadiran Covid-19, rata-rata terpaksa melalui nrma baharu. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, namun bagi sesetengah pasangan suami isteri terutama yang baru menimang cahaya mata, pasti ini momen yang cukup dinantikan.
Begitulah juga dengan pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah macWilson. Kehadiran si kecil Isaac Raees yang kini berusia lima bulan menyemarakkan lagi sambutan Syawal kali ini.
Menerusi ruangan instagramnya, Aiman berkongsi beberapa keping gambar raya bersama isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Malah aksi si kecil ini yang cukup comel menyebabkan ramai yang geram.Lebih-lebih lagi aksinya memasukkan tangan ke dalam mulutnya ketika gambar dirakam membuatkan ramai yang cair.
Memilih rona beige untuk raya kali ini, pasangan ini tampil sedondon. Paling mencuri tumpuan pastinya si kecil Isaac yang mengenakan baju melayu lengkap dengan samping.
Aiman menerusi kapsyennya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfiti buat semua. Akui Aiman, biarpun sambutan raya kali ini hanya diraikan di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), namun sambutan tetap meriah apabila disambut dengan ahli keluarga yang lain.
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Dengan ini, nak bahagia mudah aje, elak empat punca ni.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...