Pada hujung minggu ini tentu ada antara kita yang bercadang untuk mengadakan majlis-majlis tertentu. Pastinya juga sudah ditentukan seleksi juadah enak yang bakal disajikan kepada tetamu yang bertandang.
Menyentuh perihal juadah istimewa, selain nasi impit dan rendang yang menjadi antara menu spesial. Juadah Nasi Beriani yang dimasak menggunakan beras basmathi juga menjadi antara makanan kegemaran ramai. Selain rasanya yang enak, tekstur beras yang lebih panjang, lembut dan peroi menjadikan hidangan ini cukup istimewa.
Pun begitu, ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan anda nampak macam seorang profesional yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Ads
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
Ads
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Ads
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun pisang banyak digunakan dalam penyediaan kuih dan masakan. Antaranya sebagai pelapik nasi lemak yang bukan sahaja selamat digunakan malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari ni cuti mengundi mesti mak-mak malas nak turun ke dapur. Maklumlah mood mengundi tak habis lagi.
Kalau rasa penat nak masak untuk makan malam ni, apa kata cuba resipi sardin tin kreatif ni. Serius sedap dan senang.
Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pisang goreng sebenarnya boleh dimasak dengan menggunakan air fryer. Hasilnya pisang goreng ranggup di luar, lembut, lemak manis di dalam. Pendek kata air fryer memudahkan urusan di dapur.
Bertambah sedap bila makan sambil cicah sambal kicap. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti. Jika hanya menggunakan salutan tepung sahaja, pisang goreng tidak menjadi rangup.
Bahan-bahan:
Pisang (resipi ini menggunakan pisang abu atau nama lainnya pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)
Cara membuat:
2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.
4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.
6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.