Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.

Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Fadzielah Ayub ini.


Ilah nak share #housewife_hacks untuk ibu-ibu yang tak sempat nak lipat baju yang makin hari makin menggunung.
Suami memang lerr takkan komplen sebab tahu ibu-ibu sibuk kan.. Tapi apa salahnya senangkan hati suami bila nak cari baju nak pakai.
.
Taknak lipat, atleast asingkan siap-siap mana baju suami, mana baju ibu, mana baju anak. Kan senang nak cari kan? kan?
Ni time nak pakai, stresss cari baju dalam bakul tak jumpa. Ibarat cari jarum dalam jerami.

Opsss.. bakul ilah sentiasa kosong. Kekadang tu jerr ada tak sempat nak lipat. haha

P/s: Bakul sama supaya senang nak susun dan jimat ruang bila kosong.

Tip Mudahkan Ibu-Ibu Lipat Baju Dan Susun Pakaian Lebih Kemas . Confirm Jimat Masa Dan Tenaga!


Selain kaedah di atas, anda juga boleh mencuba cara yang dilakukan oleh wanita dari Jepun Marie Kondo ini. Dia telah mengetengahkan kaedah yang digunakan dalam mengatur pakaian dalam almari supaya kekal kemas dalam jangka masa panjang.

Teknik ini dinamakan sebagai teknik mengemas KonMari. Walaupun ada yang diajar berbunyi karut seperti teknik beliau menyayangi pakaian, tetapi cara melipat dan menyusun pakaian beliau sangat-sangat berguna untuk diikuti.

IKLAN

Berikut adalah asas kepada teknik melipat pakaian mengikut teknik KonMari.

Stoking

Tip Mudahkan Ibu-Ibu Lipat Baju Dan Susun Pakaian Lebih Kemas . Confirm Jimat Masa Dan Tenaga!
Kita selalu menggumpalkan sahaja stoking menjadi bola. Teknik ini berkesan dalam memastikan tidak terpisah pasangan stoking tetapi tidak cukup dalam menjimatkan ruang.

Pakaian Dalam

IKLAN

Tip Mudahkan Ibu-Ibu Lipat Baju Dan Susun Pakaian Lebih Kemas . Confirm Jimat Masa Dan Tenaga!
Rasanya cara melipat ini lebih kurang sama dengan apa yang diamalkan.

Baju T

Tip Mudahkan Ibu-Ibu Lipat Baju Dan Susun Pakaian Lebih Kemas . Confirm Jimat Masa Dan Tenaga!

Perbezaan cara beliau melipat adalah pada lipatan terakhir di mana tujuannya adalah untuk memastikan baju itu mampu berdiri tegak tanpa sebarang bantuan

IKLAN

Seluar

Tip Mudahkan Ibu-Ibu Lipat Baju Dan Susun Pakaian Lebih Kemas . Confirm Jimat Masa Dan Tenaga!
VERA CHINESE PHOTO

Sama juga cara melipat cuma pada lipatan terakhir itu, dilipat lebih kecil supaya seluar itu tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.

Sebenarnya teknik ini nampak mudah tetapi yang agak sukar adalah untuk mengubah cara kita melipat pakaian yang mungkin sudah sebati dengan kita sejak sekian lama.

Kaedah ini sebenarnya sesuai digunakan untuk menyusun baju anak-anak kerana ia memudahkan kerja ibu. Sebabnya :

  1. Anak-anak lebih mudah memilih pakaian
  2. Anda tidak lagi perlu menyusun banyak jika pakaian ditarik keluar, kerana jika disusun bertindan, sekali tarik, banyak yang akan bersepah.
  3. Kita nampak semua pakaian yang ada kerana apabila disusun bertindih, pasti ada yang tersorok di celah-celah.

Sumber: Iluminasi

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI