Tip Tanam Bendi Berbuah Banyak Setiap Cabang, Syaratnya Lepas Petik Kena Buang Sekali Daun. Barulah Subur & Sihat Pokoknya!

Share

Tanam bendi tidaklah sesusah yang disangkakan. Asalkan sesuai cara penjagaan dan baja, pasti pokok hidup subur. Ada juga bendi yang ditanam guna polybag tetap subur dan menjadi.

Selain penggunaan baja, air serta pencahayaan juga harus dititikberatkan. Nak dapat lebih info berkenaan tanaman bendi, baca perkongsian daripada Liyana Mohd Poad ini.

Yang suka tanam bendi saya bg tips supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah.Rujuk gambar utk tips tips tersebut.Bendi perlu dua perkara yg sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.

Bendi perlu dipetik kurang drpd tempoh seminggu ianya mngeluarkn buah.Jika lebih drpd tempoh ini, bendi akn jadi keras.Baja khusus utk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal krn bendi senang berbuah dan senang dijaga.

Ni namanya bendi renek.Blh beli biji benih brand BABA.Di luar paketnya ada tulis bendi hijau.Klau bendi putih dan pnjang, itu bendi susu.
Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lbih kurang 2 kaki.Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkn terus ke tempat penuh cahaya.Pokok bendi suka cahaya yg byk utk tumbesaran.
Apabila petik buah,buang sekali daunnya.
Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jgn tinggalkn di pokok supaya kesemua zat akn sampai ke buah yg berikutnya.
Akan dipetik.

Moga bermanfaat!

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN