Pegaga sebenarnya boleh ditanam secara gantung selain di atas tanah. Bila ditanam secara gantung lebih mudah untuk dipetik. Paling seronok bila tengok pokoknya tumbuh subur dan rimbun.
Bagi yang suka makan ulam pegaga ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam ini.
KAEDAH TANAM PEGAGA GANTUNG:
Bahan-bahan yang diperlukan:
Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga
Ads
Cara penanaman:
1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.
2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).
3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.
Ads
4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.
5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.
Ads
6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.
“Harini Baru Lah Saya Tau…” Pemilik Dobi Tak Sedar Selama Ni Kerap Terima Job Cuci Karpet Dari Rumah PM!
Rezeki tidak pernah salah alamat! Itu yang biasa kita dengar orang menyebutnya bila dianugerahkan rezeki atau sesuatu yang bernilai dalam hidupnya.
Begitulah kisah seorang pengusaha dobi yang berkongsi keterujaannya apabila tanpa disangka rupanya selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi pelanggannya.
Menurut Siti Subaiyah Shahudin yang mengusahakan Dobi Harum di Bangi, dia sebenarnya sudah beberapa kali menerima job untuk mencuci sejadah daripada kediaman Perdana Menteri ke 10 itu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, selama ini dia tidak mengetahui identiti pemilik kediaman tersebut sehinggalah kediaman tersebut menjadi sorotan media ketika Pilihan Raya Umum 15 (PRU15), segalanya terbongkar.
“Patutlah bila tengok rumah di Sungai Long ni rasa macam familiar. Sudah beberapa kali mereka hantar cuci karpet sajadah bergulung-gulung dengan kami rupanya.
“Tapi sebab tak kenal owner rumah, saya syak tuan rumah ni selalu jemput budak-budak tahfiz solat sekali, atau ada buat aktiviti kebajikan.
“Hari ini mereka hantar karpet-karpet sejadah bergulung-gulung lagi untuk dicuci. Hari ini barulah saya tau siapa owner rumah,” ujarnya melalui posting di facebook.
Dikesempatan itu, pemilik dobi berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada ‘pemilik kediaman’ tersebut kerana sudi menggunakan khidmat mereka untuk mencuci karpet sejadah dan mendoakannya agar terus dirahmati Allah S.W.T. Bahkan turut berkongsi foto untuk tatapan umum.
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa kagum dengan Perdana Menteri 10 yang dilihat sering mengadakan aktiviti keagamaan di kediamannya.
Tidak dengan itu, netizen juga tumpang gembira dengan pengusaha dobi tersebut yang telah berpeluang berkhidmat untuk perdana menteri sanjungan rakyat Malaysia.
“Owner tak berkopiah tak berjanggut. Tapi amalannya, MasyaAllah. Pemimpim begini yang negara perlukan”
“Alhamdulillah, hidup Beragama”
“Aktiviti yang berterusan sejak rumah beliau di Bukit Segambut lagi..”
“Alhamdulillah beruntung su dapat berkhidmat buat tuan rumah ni . Nanti p hantar kirim salam su deh ”
“Dato’ Seri Anwar Ibrahim bnyk mnunjukkan qudwah hasanah kpda masyarakat. Semoga Allah mmberikn kekuatan kpda beliau untuk mmimpin negara kita.”
mamazurasSebak melihat nya klu lah semua anak2 yang berhati mulia rajin menziarah ibu bapa alangkah bahagia rasa nya ..tepancar kegembiraan Amaa bila dapat mendukung dan mrmbelai Fateh ..paa nya pun gembira sekali ..semoga Adam di permudah kan segala2 nya di dunia dan di ahirad amiin @adamcorrielee???
ibualfatehAssalamualaikum Fateh, membesar sihat jadi anak yg membahagiakan ibu ayah ya..nnti besar boleh geng dengan Fateh auntie pulak…sama2 berjihad utk ugama Allah…insyaAllah
hjhkayyAlhmdulillah.. Pertalian ibu dn anak sampai bila2 .. Semoga terus bahgia @adamcorrielee n Fateh dikelilingi kluarga yg berlain agama.. Kerana Islam mengajar umatnya berbaik sesama manusia .. muslimin muslimat n mukminin mukminat dn seluruh alam?
Selain itu, Adam Corrie juga turut membawa ibunya keluar makan bersama. Satu video di muat naik di laman instagramnya menunjukkan Adam membawa ibunya makan Mee Wantan selain turut jalan-jalan bersama. Turut menyertai mereka adalah isteri dan juga anak Adam Corrie.
Semoga ikatan ibu-anak ini akan terus kekal biarpun berbeza agama. Bak kata Adam Corrie, senyum selalu, bersangka baik insyaAllah hati akan tenang!
Kebakaran Taman Desa Tambun meragut tiga nyawa sekeluarga. Pilu apabila seorang anak hanya sempat mencapai tangan ibunya sebelum usaha menyelamat gagal.