
Tisu bahu koyak, muntah, Hospital Istanbul maklum keadaan Ardell lemah. Pelakon Nadzmi Adhwa menerusi siaran langsung di media sosial berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.
Menurut Nadzmi, pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Ardell bukan sekadar mengalami tekanan darah rendah seperti yang dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih serius daripada itu.
“Saya menerima panggilan daripada hospital di Istanbul. Mereka beritahu keadaan Ardell agak lemah selepas melalui tempoh tahanan di penjara tentera Israel beberapa hari lalu,” katanya.
View on Threads
Jelas Nadzmi lagi, hasil pemeriksaan mendapati tisu bahu isterinya terkoyak dan beliau turut beberapa kali mengalami muntah hingga menyebabkan keadaannya semakin lemah.
“Katanya, tisu bahu Ardell terkoyak, malah beberapa kali muntah hingga mengakibatkan keadaannya lemah,” ujarnya.
Perkongsian itu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Namun, dalam masa yang sama, ramai mendoakan agar Ardell segera pulih dan diberikan kekuatan untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Sumber: Threads
Artikel lain: Ardell Aryana Direntap Hijab, Kemeja-T Jadi Pengganti Penutup Kepala
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my