Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan taburan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Ads
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Ads
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Ads
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siakap Stim Limau antara salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat kerana menggunakan kaedah stim tanpa guna minyak pun.
Ibu-ibu yang nak cuba masak sendiri di rumah, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini. Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai Bahan yg diperlukan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan Cara kukus ikan:
Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
Cincang bawang putih secara kasar Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air. Kacau kuah sehingga sebati. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit. Sedia dihidang.
*Nota: Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga gunakan kuali untuk mengukus.
CARA KUKUS GUNA KUALI
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak kukus guna kuali.
Ini saya kongsikan cara saya kukus guna kuali.
1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.
2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.
3. Lepas tu guna penutup yang muat dengan kuali tu.
Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak sempurna rasanya kalau makan mi goreng, mi kari atau chai kue tiaw tanpa kombinasi cili jeruk sebagai penyedap rasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau makan di luar memang selalu ada sahaja cili jeruk ini terhidang di atas meja. Namun kalau makan di rumah, jarang sekali disediakan dek kerana dianggap tidak begitu penting pula.
Jadi apa kata, untuk pastikan hidangan mi yang dimasak bertambah enak rasanya sebaiknya gandingkan bersama cili jeruk yang disediakan sendiri. Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.
Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba!
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk.Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”
Ecited nak sambut raya kan, bsikut raya maklumlah dua tahun tak dapat pulang ke kampung, ter
Mudah je nak buat, resipi yang simple 20 minit dah siap. Admin kongsikan resipi dari puan Syuhada Che Din untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali. Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kacau bagi sebati je, takyah sampai nak kembang beriya.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
Sukatan cawan tu Cik Tom guna cawan kopi cenggini je.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.Doh memang lembik macamni.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Masukkan cornflakes. Suka hati nak letak banyak mana ye.Gaul sekata.Masuk pulak segala coklat dan apa sahaja yang korang suka.Gini kejadiannya.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba😋