Malang tidak berbau, suasana keriangan di tapak fun fair (pesta ria) yang dikunjungi orang ramai untuk bergembira tiba-tiba bertukar menjadi duka.
Ini sebagaimana memetik Sinar Harian, difahamkan tiga cedera selepas terjatuh daripada permainan ‘Sotong Ride’ yang sedang berpusing yang ada di tapak fun fair (pesta ria) di sini pada Isnin.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 9 malam.
Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.
Ads
“Ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, tular beberapa video mengenai kejadian itu di media sosial.
Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook, permainan itu beroperasi seperti biasa tanpa permasalahan, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya.
Ads
Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung pesta ria tersebut.
Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian kemudian membantu menenangkan mangsa.
Salah satu kewajiban ibu ayah dalam mendidik anak-anak adalah dengab mengajar tentang adab yang harus dibiasakan sedari kecil.
Ini kerana apabila sesuatu telah dibiasakan sejak kecil akan lebih mudah tertanam di dalam diri mereka berbanding jika sudah dewasa kerana mereka terbiasa hidup tanpa beradab.
Tidak mahu kita kecewa dengan sikap dan adab anak-anak bila dewasa kelak, Tuah’ainil Sufi ada berkongsi 10 adab yang harus dibiasakan pada anak-anak.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
10 Adab yang Harus dibiasakan pada anak.
1. Mulakan apa perkara dengan baca BISMILLAH. Makan dengan tangan kanan. Ambil Makanan dari sekitar kamu yang dekat-dekat dulu dari yang jauh dari kamu. Minum duduk dan pegang dengan tangan kanan.
2. Membuang sampah pada tempatnya,
tidak membuang sampah pada sebarangan tempat. Agar hidup anak kita terbiasa dengan kebersihan. Pakaiannya, percakapannya, sekitarnya .
3. Mengucapkan salam kepada sesiapa saja yang dia bertemu muka. Kerana Rasulullah saw berpesan,
“Sebarkanlah Salam, berilah makan,
sambunglah Silaturahmi, Solat lah pd malam hari sementara orang lain sedang Lena tidur.
4. Pisahkan tempat tidurnya antara perempuan dan lelaki setelah umurnya masuk 10tahun.
5. Tanamkan agar anak-anak bergaul dengan teman yang baik dan menghindari dari teman yang tidak baik.
Kerana Rasulullah saw mengumpamakan,
” Teman yg baik seperti penjual minyak wangi, walau kita tidak beli kita boleh menghidu baunya, tetapi teman yg tidak baik seperti tukang besi, tidak kena api pasti terkena debunya,
6. Menghormati tetamu saat datang ke rumah dengan memuliakan tetamu. Ini adab yang harus ditanamkan ketika tamu datang,
Anak perlu diajarkan bersikap sopan, tidak mengganggu saat keberadaan tetamu, tidak menyampuk dengan suara dan tingkahnya.
Ketika sampai harus didik berjabat tangan. Berjalan Tunduk jika lalu dihadapan tetamu atau orang .Memuliakan tamu adalah iman yang paling dalam di dalam Islam.
7. Menghormati tetangga.
Dan Jibrail sering mengingatkan Rasullullah saw agar menghormati tetangga, Dan Rasulullah saw menegaskan,
” Tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman, orang yg menyakiti hati Jirannya.
8. Perintahkan anak kita diam ketika saat azan dikumandangkan.Hal ini bnyk dilupakan zaman kini, bukan untuk anak malah diri kita sendiri pun Saat azan berkumandang sibuk hendak berceloteh tidak mengindahkannya. Ajar anak meniru cara azan dilaungkan, diam dan mendengarkan azan serta menjawab dan membaca doa setelah azan selesai dilaungkan.
9. Tidak memalukan anak ketika berada di depan temannya ketika salah. Pastikan menarik dan menegurnya di tempat sepi secara sembunyi, diingatkan baik2 hanya berdua dan tidak dipermalukan dihadapan umum. Kerana hal itu dgn menegur secara terangan akan menyebabkan anak semakin liar.
10. Perintahkan anak kamu untuk solat
ketika umur 7 tahun, biasakan dari awal dasarnya. Kerana anak akan terbiasa dgn perkara2 baik yang lain jika solatnya di jaga.
Sayyidina Umar ibn Al Khattab berkata,
sesiapa yg menyia-nyiakan dalam solat,
maka selain di luar solat dia akan menyia-nyiakan perkara lain juga.
Solat adalah pertahanan, solat adalah immune utk akhlak yg tak baik, dan Allah swt berfirman,
“Sesungguhnya Solat dapat mencegah dari PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR.
Sama2 kita saling mengingatkan yaa sahabat semua. Semoga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan lorongkan kesedaran ke arah yg Allah Redho dgn kehidupan kita
Pemergian secara mengejut si ayah ketika sedang menunaikan ibadah terawih ternyata membawa kejutan besar buat ahli keluarganya.
Zamri Saad, 51 meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling, Kedah sabtu lalu.
Arwah dilaporkan rebah secara tiba-tiba disahkan meninggal dunia di masjid itu.
Isterinya, Rohani Mohd Noor, 51, berkata, dia hanya mengetahui bahawa suaminya rebah secara tiba-tiba selepas dimaklumkan abang iparnya.
“Kira-kira pada jam 10 malam, abang suami saya datang beritahu suami telah jatuh dan pengsan ketika solat.
“Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Ibu kepada tujuh anak itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anak-anak mula perasan bapa mereka agak pendiam sejak akhir-akhir ini.
Katanya, dia tidak menyangka suaminya meninggal dunia ketika sedang solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz.
“Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwah akan dijemput Ilahi ketika sedang solat tarawih di masjid itu.
“Sebelum itu, suami ada mengajak saya untuk solat tarawih di masjid itu, namun saya menolak kerana mahu solat di surau berhampiran rumah kami,” katanya.
Ketika diminta berkongsi amalan suaminya, Rohani memberitahu, arwah sentiasa bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat lain sehingga waktu bersahur sepanjang Ramadan setiap tahun.
“Suami dulu bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatan memandangkan pernah dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak akibat penyakit jantung tiga tahun lepas.
Dia berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan pemergian arwah.
“Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwah sudah pergi dahulu, ” katanya.
Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, arwah Zamri rebah ketika sedang solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.
Hashim berkata, arwah memberitahu dia tidak boleh makan kurma kambing ketika mereka berbuka puasa, namun ada meminta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.
Menurutnya, arwah juga ada mengadu sakit dada pada jemaah lain pada sebelah petang sebelum kejadian.
“Ketika solat, arwah tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat.
“Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia lebih kurang jam 10.10 malam semasa selesai memberi salam pada rakaat ke 20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang Imam.
Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan bapa ini yang sanggup berbuat tindakan demikian demi anak-anak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.