Tragedi Sungai Korok, keluarga teruskan perniagaan roti canai. “Kami akan teruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang yang baru diusahakan arwah dan suaminya sejak sebulan lalu sebab mereka susah payah cari tapak niaga,” Roswati Zainol, 52.
Tragedi Sungai Korok, Keluarga Teruskan Perniagaan Roti Canai
Tragedi meragut nyawa sepasang suami isteri selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini meninggalkan luka mendalam buat ahli keluarga, khususnya ibu kepada arwah wanita berkenaan.
Roswati, ibu kepada Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, menyifatkan kehilangan mereka sebagai satu tamparan hebat buat seluruh keluarga.
Menurut Roswati, pasangan tersebut pernah menjalankan perniagaan roti canai berhampiran Hospital Lama Alor Setar namun terpaksa menukar lokasi berniaga disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan.
“Kebiasaannya, menantu saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan akan singgah ke gerai sejurus selesai syif malam. Selepas itu barulah dia pulang, menukar pakaian dan uruskan anak-anak termasuk mengambil mereka dari sekolah,” katanya ketika ditemui.
Sebelum kejadian malang itu, tular satu video di media sosial memaparkan pasangan berkenaan yang gigih menjalankan perniagaan kecil demi menyara kehidupan. Video tersebut, dimuat naik di TikTok sekitar April tahun lalu, menyentuh hati netizen apabila tragedi menyayat hati itu berlaku.
Roswati berkata, anak sulungnya itu terkenal sebagai seorang yang rajin, ringan tulang dan sangat mengambil berat terhadap adik-beradiknya.
“Arwah selalu bantu adik-adik bila mereka susah. Bila dia pergi, memang terasa kehilangan sangat besar sampai kami semua rasa hilang semangat,” ujarnya sebak.
Ads
Tambahnya lagi, kereta Proton Iswara yang digunakan pasangan itu bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah menjadi kenderaan utama dalam membantu mereka mencari rezeki.
“KAMI SEKELUARGA CUMA ADA MOTOSIKAL SAJA, JADI KERETA ITULAH YANG DIGUNAKAN UNTUK BERNIAGA. TAPI KERETA ITU TENGGELAM BERSAMA MEREKA DALAM TERUSAN… DAN KINI, SEMUANYA HANYA TINGGAL KENANGAN,” KATANYA PILU.
Menurut Roswati, sejak Nurul Hidayah mengandungkan anak kembar pada tahun lalu, mereka sekeluarga berpindah ke rumahnya bagi memudahkan urusan harian. Sepanjang itu juga, dia membantu menjaga cucu-cucunya termasuk menghantar empat daripada mereka ke sekolah setiap hari.
“Saya sempat jaga Tuah Haydar sejak lahir sampai umur enam bulan saja. Kembar dia, Jebat Haydar, dah meninggal dunia Februari lalu sebab masalah kesihatan.
“Sekarang ni Putri Qisya, cucu sulung saya yang berumur 12 tahun, masih belajar di tahun enam di SK Seberang Perak dan belum ada keputusan untuk pindah sekolah lagi,” katanya.
Roswati turut berkongsi bahawa Nurul Hidayah tidak pernah mengecewakan dirinya sepanjang hayatnya.
“Apa yang saya minta, walaupun lambat, dia tetap usahakan. Hari Jumaat sebelum kejadian mereka tak berniaga sebab kuah roti canai tak menjadi dan masa tu dia nampak murung. Saya pun kurang sihat hari tu… mungkin mereka terlalu penat dan mengantuk,” jelasnya lagi.
Ads
Ditanya mengenai penjagaan cucunya selepas ini, Roswati berkata keputusan sepenuhnya diserahkan kepada cucunya sendiri.
“Saya tak akan paksa. Kalau dia rasa selesa tinggal dengan saya, alhamdulillah. Tapi kalau dia nak bersama ibu saudaranya pun saya izinkan. Yang penting, biar dia buat keputusan dari hati, bukan sebab nak jaga hati orang lain,” katanya dengan nada tenang namun penuh kesayuan.
Kisah ini menjadi peringatan tentang kasih sayang yang tidak pernah pudar walau jasad sudah tiada. Semangat kental pasangan suami isteri ini dalam mencari rezeki dan kasih sayang seorang ibu yang terus kuat demi cucu-cucunya, benar-benar meruntun jiwa.
Sambutan hari raya tahun ini bertambah meriah dan menyeronokkan buat pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang sudah bergelar ibu ayah.
Kehadiran puteri sulung, Ana Nayla memberi erti bermakna Aidilfitri kepada mereka berdua.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil di zaman virus COVID-19, Ayda tidak terkecuali turut berasa bimbang memikirkan keselamatan anaknya yang tergolong dalam kategori berisiko tinggi mudah terkena jangkitan pelbagai virus penyakit.
Justeru Ayda menitipkan tips pesanan kepada orang ramai sepanjang musim hari raya ini supaya sama-sama saling menjaga diri sendiri dan orang lain.
Selaku seorang ibu, Ayda mengingatkan kepada pengikutnya agar meminta izin dari ibu bapa sebelum menyentuh dan memegang anak orang lain terutama yang masih bayi.
Katanya jangan sesuka hati cium anak orang tanpa meminta izin daripada ibu bapanya. Selain daripada itu ada banyak lagi pesanan yang dikongsi oleh Ayda.
Tips balik raya!
1. Jangan tanya ‘kau bila nak kawin eh?’ 2. Jangan bandingkan kerja anak orang dengan anak sendiri. 3. Minta izin kalau nak pegang anak orang, lebih-lebih lagi kalau bayi. 4. Jangan main cium anak orang / bayi orang. Eh… please la jangan. 5. Servis kereta, check keadaan kereta. 6. Bersihkan & kunci rumah.
Wajib Buat Swab Test
Walaupun negara sudah berada dalam fasa peralihan endemik tetapi Ayda mengakui dia dan Nabil mempunyai peraturan mereka sendiri iaitu mewajibkan sesiapa yang hendak datang ziarah raya ke rumah orang wajib membuat ujian swab test di kedua belah pihak.
Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan memandangkan ada sesetengah orang langsung tiada sebarang gejala apabila positif COVID-19.
Kalau our rules, nak datang jumpa atau nak ke rumah orang both side wajib swab test send to each other. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebab ada yang kena tapi tak bergelaja kan? Kita jaga kita okay?
Baju Nursing Friendly Mudah Menyusu Anak
Memahami perasaan ibu bapa yang ada anak kecil, Ayda berkongsi beberapa tips beraya yang dipersetujui oleh ramai pengikut Instagramnya yang turut mempunyai anak.
Tips beraya kita sambung.
1. Jangan tanya ‘bila nak ada anak?’ Nah 🌶 sapa yang tanya.
2. Jangan paksa budak kecik cium pipi bila nak bagi duit raya. ‘Kiss dulu baru dapat’ nak bagi, bagi je. No kiss kiss yer.
3. Kalau yang datang pakai mask, let them be. Jangan cakap ‘ah poyo siap pakai mask’ their choice.
4. Jangan main paksa or sumbat anak orang makan. Ada anak yang ada allergic, ada makanan yang mereka tak boleh makan. Kalau sakit, ibu ayah anak tu jugak yang kena jaga, yang kena bayar bil hospital, yang sedih tengok anak tak sihat.
5. Mommy yang breastfeed bersedia dengan baju yang ada zip / butang di depan! Dan bawak kain untuk tutup while feeding. Baju saya pakai ni daripada @arianirtw ada zip tengah! Senang nak breastfeed Ana Nayla. I love it!
Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.
Meraikan Birthday Party tentunya anak-anak paling seronok bahkan ibu bapa juga turut berasa teruja untuk memastikan majlis yang dirancang dapat disambut dalam suasana meriah dan istimewa.
Semahunya ingin menjadikan majlis yang bermakna itu dikenang hingga selama-lamanya. Maka tidak hairanlah, bukan sahaja pada pemilihan kek yang diberi tumpuan, malah dari sudut undangan tetamu, hadiah, menu, dekorasi dan sebagainya turut diambil perhatian secara detil.
Apa yang pasti, walau apa pun bentuk sambutan hari lahir tanpa adanya belon yang berwarna-warni, majlis hari lahir akan terlihat hambar. Malah jika ingin lebih hebat majlis tersebut, penggunaan belon yang terapung menghiasi ruang majlis akan mampu menyuntik suasana dan mood majlis jauh berbeza. Namun untuk mengadakan belon gas tersebut bukanlah murah.
Oleh itu lakukan eksperimen yang dikongsi oleh Zoel Fikriddin dalam menghasilkan belon gas. Caranya cukup mudah dan kosnya jauh lebih murah!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos rajin berkongsikan gelagat dan kaletah anak-anak mereka Di media sosial.
Selain itu, pasangan ini juga sering berkongsi tip berkenaan kekeluargaan dan cara mendidik anak-anak.
Setiap kali video atau gambar anak-anak dimuatnaik pasti meraih perhatian warganet. Si kecil Sophea Emelia antara yang menjadi kegemaran ramai pengikut.
Jika sebelum ini, Dr Halina pernah berkongsi video perkataan pertama Emelia sudah pandai menyebut beberapa perkataan. Terbaru, Dr Halina berkongsi pula video gelagat Emelia yang suka memanggil nama kakak sulungnya, Bella.
Dalam video tersebut, Dr Halina telah meminta anaknya yang sedang berada di sisinya untuk memanggil Bella. Sejurus itu, terus Emelia menyebutnya dan Dr Halina meminta lagi Emelia untuk memanggil Bella.
Gelagat Emelia yang berulang kali menyebut nama kakaknya itu buat ramai yang menonton terhibur. Malah kedengaran pada akhir video, suara Bella menyahut apabila mendengar Emelia memanggil namanya. Alahai comel sangat Emelia ni.