Yang mana bertukar almari lama kepada baru tu, selalunya yang lama tu korang buang ke recycle je? Yang mana niat nak buang tu, fikirkan balik! Korang boleh guna lagi tau bahagian tertentu almari tu.
Macam perkongsian dari Norpadilah Binti Afandi ni, transfor laci almari jadi menyangkut serbaguna. Menarik tak? Yang mana berniat nak ikut idea ni, jom cuba!
DIY Multipurpose Hanger
Santai2 je harini, lama dah tak diy kan…sambil2 kemas stor. Jumpa dalam simpanan cover laci lama ni.
Bahan-bahannya :-
Pintu laci yang tak digunakan
Kain buruk
Ads
Cat shellac woodstain colour meranti
Penyangkut (hook)
Cara-caranya :-
1) Bersihkan pintu laci yang dah tidak digunakan.
Ads
2) Cat guna kain buruk je kekdahnya nak dpt rustic look. Kita guna cat shellac woodstain colour meranti.
Ads
3) keringkan cat, kemudian pasang hook ikut keperluan.
4) Inilah hasilnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua orang mempunyai crush. Tapi tak semua yang mempunyai rezeki berjodoh dengan crush yang diidamkan dan diminati sejak sekian lama.
Tapi kalau sudah jodoh, apa yang terjadi sekalipun, dia tetap jadi jodoh kita. Itulah jodoh namanya, sesuatu yang ajaib dan tidak boleh dijangka. Paling tak disangka, bila seseorang yang tidak mengenali kita dan menjadi crush sejak sekian lama kini menjadi jodoh yang didambakan.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Siapa sangka, inilah yang terjadi buat seorang wanita bernama Uffri Datun Nitami ini. Mana taknya, kini dia telah pun berumah tangga dengan artis pujaannya.
Jelas pelakon terkenal bernama Evan Marvino, awalnya hubungan mereka adalah cuma sekadar peminat dan juga idola.
Akan tetapi sejak tahun 2015 lagi, Tami tidak pernah berhenti menghantar DM di ruangan Instagam milik selebriti tersebut. Bahkan meskipun lelaki berkenaan mempunyai teman wanita, namun ‘peminatnya’ yang satu ini tidak pernah berhenti beri sokongan.
Sebelum ini, Evan tidak pernah membalas semua kiriman tersebut, namun satu hari dia akhirnya terbuka hati untuk berkongsi tentang masalah peribadi selepas episod ‘putus cinta’.
Meskipun awalnya kedua-dua mereka akui tidak ada bibit cinta, namun perasaan yakin antara satu sama lain selepas mengerjakan istikharah akhirnya membawa kepada sesi taaruf.
Evan telah pun datang jauh dari Jakarta ke Aceh untuk bertemu Tami dan keluarganya buat kali pertama sebelum bernikah.
Kini pasangan suami isteri berkenaan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Hawa Chana Alvina.
Di mana ada kesungguhan pasti di situ ada jalannya, apa yang penting tidak pernah kenal erti mengalah dan akhirnya pasti menampakkan hasil sebagaimana yang diingini. Umpamanya kisah yang dikongsikan oleh seorang ayah ini yang pernah obes suatu ketika dahulu, daripada saiz baju 5XL kini ukuran baju bersaiz L. Nyata pencapaian yang cukup dibanggakan dan wajar dijadikan inspirasi buat suami-suami di luar sana untuk turut berusaha menurunkan berat badan. Bukan sahaja bertujuan memiliki bentuk badan yang ideal namun apa lebih penting tubuh lebih aktif dan sihat.
Ini perkongsian kisahnya.
Pada awal tahun hujung 2018 aku seorang yang terlalu obesiti.. berat aku mencecah 130kg.. seluar aku saiz 48 dan baju saiz 5XL.. banyak kesukaran bila berbadan besar ni.. dari segi kerja harian memang lah tak dapat di nafikan.. jalan lebih sikit mula kaki sakit, nafas laju macam lari 100 meter.. padahal naik tangga je tu… kalau nak beli baju dan seluar.. orang kedai pandang atas bawa.. rasa macam hina je.. huhuhuhu..
Pada awal 2019 mula tanam cita-cita untuk kurangkan berat badan.. tapi tak berjaya.. aku mula balik pada febuary 2019..memang nekat gila gila… bulan yang pertama febuary aku cut makan pagi.. hanya makan buah buahan sahaja.. tengahari dan malam aku makan macam biasa..aku berjaya melakukannya… pada bulan kedua.. aku try cut makan tengahari.. aku makan lauk sahaja.. benda-benda berkarbo aku kurangkan.. hanya makan nasi 3 hari sekali dengan kuantiti yang sedikit.. 1 bulan sudah berlalu.. aku berjaya melakukannya… dan bulan ke 3 aku cut makan malam dan ambik gula yang berlebihan.. malam aku cuma makan sebiji epal atau buah-buahan yang lain.. agak mencabar bagi aku untuk melakukannya.. tetapi aku berjaya melakukannya.. masuk bulan ke4.. aku cut semuanya.. hanya makan pagi dengan buah, tengahari tanpa nasi dan malam makan buah.. air bergula ambik pagi sahaja untuk tenaga… penah jugak 1 hari aku tak ambil gula.. mengigil 1 badan… time ni teman baik aku ada lah cermin.. aku selalu bercakap dengan cermin.. untuk motivasikan diri untuk teruskan.. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…
Bulan ramadhan telah tiba.. masa yang sesuai untuk berdiet.. time tu berat badan aku turun dari 130kg turun ke 104kg..104kg kekal sampai raya.. aku perasaan berat aku tak boleh turun lagi kalau aku berdiet.. time ni aku pakai seluar saiz 42 dan baju 2XL.Time raya dugaan yang paling berat…dengan open house lagi.. dengan jamuan raya lagi.. tapi aku lawan semua tu.. makan sekadar syarat….
Lepas raya.. aku mula pergi ke gym untuk teruskan niat aku tu..masa aku di gym, aku tengok petang-petang member2 aku keluar untuk belari.. niat hati nak follow.. memandangkan badan aku. masih berat.. aku bersabar.. 2 bulan aku ke gym.. aku main cross trainer.. sekali sekala aku belari atas mesin.. mula pada hari itu aku mulai terasa berat badan aku semakin berkurangan.. seluar aku pakai dah longgar.. time ukur dari 42 turun 40 hingga 38….dalam hati berkobar-kobar untuk lari kat luar… pada bulan ini aku last timbang berat badan aku.. aku cuma ukur lilit pinggang…
Masa telah tiba.. bulan ke 5 aku cuba berlari di luar… fuhhhhh azab beb.. 300meter rasa nak muntah… kalau 1km.. mahu muntah darah aku…dalam beberapa minggu aku cuba cuba dan terus mencuba… lari jalan… jalan lariii… sampai aku boleh jejak 3km… tapi tak putus asa.. aku tetap nak berlari.. sehingga lah aku boleh habiskan 3km tanpa berjalan…
Aku habiskan masa petang aku dengan larian.. aku berlari 6 kali seminggu… kalau hujan aku akan lari dalam gym atau buat aktivit yang mengeluarkan peluh… kasut pertama yang aku beli new balance.. aku tak perlu cerita lah pasal kasut.. sebab aku dah cerita hari tu boleh klik link ni https://m.facebook.com/groups/481811468860621?view=permalink&id=943167242725039
Bulan ke 6 dan ke 7 baru masih berlari dan mengekalkan diet yang sama.. say no to dinner.. hanya sebiji atau sepotong buah sahaja.. tapi 1 hari kena habiskan 3 liter air masak…
Ini nak carita bila dah start berlari pulak… dulu aku penah terfikir.. tak penat ke diaorg berlari ni.. takde kerja ke diaorg ni.. lari je.. dapat apa lari lari ni.. apa kepuasannya… tapi baru aku tahu perasaan orang yang berlari tu.. sebab aku dah alaminya sekrang.. kalau 1 hari tak berlari macam ayam berak kapur.. rasa tak sempurna 1 hari kalau tak berlari… first aku berlari dekat kawasan perumahan aku.. lari 3km 4km time tu masa aku tak tengok sangat pun.. just nak keluarkan peluh…
Satu hari tu terfikir jugak.. kalau lari je dapat apa.. takde record pun.. mula lah set time dan jarak.. sampai ke hari ini.. alhamdulillah peningkatan amat ketara.. hari ke hari dapat mencapai target.. challenge diri sendiri je.. contoh hari ini buat 35minit untuk 5km..esok try buat lagi baik dan seterusnya… sehingga lah hari ini.. aku sangat berbangga dengan percapaian aku sendiri.. tiada yang dapat mengubah diri sendiri kalau diri sendiri tak tak mahu ubah..
InsyahAllah.. Berkat tunjuk ajak dari Group Malaysia Runners…
Total masa yg diambil 8 bulan…
Selama 8 bulan ni.. aku tak makan nasi lemak.. aku tak makan roti canai, aku kurang makan ayam goreng, KFC, MCD yang panggil susah aku dapat lupakan ais… perit betul pengorbanan ini.. tapi untuk mencapaikan cita cita aku.. aku kuatkan semangat untuk semua makanan tu.. tanam semangat dalam diri dan aku berkata dengan teman rapat aku kat dalam cermin.. dah 38 tahun ko dah makan bermacam macam.. apa lagi ko nak makan.. korbankan 1 ke 2 tahun untuk semua makan itu…alhamdulillah semua tu dapat aku atasi tanpa perang saudara hahahaha…
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Keperitan hidup di masa kecil ditambah dengan keadaan diri yang tidak sempurna membuatkan dia hilang kasih sayang seorang ibu.
Hanya atuk menjadi tempat untuk dia menumpang kasih sayang. Bagi kanak-kanak lain seusianya, mereka bebas berlari dan bermain dengan gembira tanpa memikirkan masalah. Tetapi dalam usia empat tahun dia sudah belajar hidup berdikari.
Sehingga lah usianya 9 tahun, dia dihantar ke rumah orang cacat dan daripada situlah bermulanya kehidupan baru yang kini mengubah hidupnya .
Demikian sedikit cebisan kisah hidup Chew Wei Lun, atlet paralimpik yang baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia Di Tokyo apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara Boccia.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut dikecapi usai dia menewaskan dua pemain boccia ranking dunia dan mara ke final tanpa rekod kalah.
“Dari dulu lagi, saya terpaksa berdikari. Umur saya 4 tahun masa ibu tinggalkan saya, lepas tu atuk yang jaga saya.
“Masa saya 9 tahun, saya dihantar ke rumah orang-orang cacat. Bukan senang membesar dalam suasana macam ni sebab semua benda kena buat sendiri.
Wei Lun berkongsi kisah hidupnya Dalam satu temubual empat tahun lalu ketika Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017.
“Banyak perkara yang saya pelajari, dan sekarang saya dah boleh jaga diri sendiri. Tapi, saya memang suka main Boccia. Cikgu kat sekolah yang ajar saya cara nak main Boccia.
“Dah minat sangat sampai saya ambik cuti 3 bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding kat temasya ni dan banggakan negara saya. Saya tetap sukakan kerja saya dan saya sentiasa nak gembirakan diri sendiri jugak.
“Saya ada kerja, gaji tetap dan boleh buat apa yang saya suka lakukan. Apa lagi yang saya nak? Memang susah sikit nak seimbangkan kerja dengan Boccia tapi dapat wakil negara memang berbaloi.
Akui empunya diri, tiada terdetik di hati bakal meraih kejayaan sekaligus membawa pulang pingat buat negara.
Kali ni datang sebab nak promote sukan boccia je. Tak sangka akan terpilih masuk final dan menang medal,”ujarnya lagi dalam satu temubual.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...