Penampilan pelakon terkenal, Fasha Sandha yang langsing selepas mengamalkan gaya hidup sihat menjadi bualan ramai.
Menurutnya, dia kehilangan 10 kg selepas mengamalkan pemakanan yang seimbang serta aktiviti sihat.
Ramai yang terinspirasi dengan penampilanya itu persis anak dara dan menjadikan ia sebagai semangat untuk menurunkan berat badan.
Namun dalam pada itu, ada cerita-cerita kurang baik yang didengari. Seorang wanita telah mendakwa aktres itu melakukan pembedahan bariatrik untuk mengurangkan berat badan.
Fasha dengan tegas telah meminta wanita berkenaan memohon maaf atas dakwa yang terang-terang adalah fitnah yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai artis.
Bagaimanapun, pelakon ini telah menerima permohonan maaf daripada wanita berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.
Ads
“Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar.
“Agak tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen,” katanya.
Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan permohonan maaf daripada wanita berkenaan.
Dalam permohonan maaf yang dibuat, wanita berkenaan mengakui kesalahannya sekali gus berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Ads
“Saya ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan komen yang tidak pasti benar dan sahih tanpa usul periksa.
“Saya tidak selidik perkara sebenar sebelum menyebarkan komen ini. Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya,” katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, dia berharap orang lain tidak akan menyalahgunakan media sosial kerana negara mempunyai undang-undang.
Ads
“Jangan sesekali menyalahgunakan media sosial. Negara ada undang-undang.
Biarpun dilahirkan dalam dulang emas, namun isteri kesayangan Noh Salleh , vokalis Kumpulan Hujan ini sangat low profile orangnya.
Mengambil keputusan berhijab usai pulang dari mengerjakan haji, Mizz Nina dilihat terus istiqamah sehingga hari ini.
Menerusi Instagram, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman banyak memuat naik kisah penghijrahannya selain kerja-kerja kemanusiaan bersama suami.
Namun, bukan itu yang ingin diperkatakan, sebaliknya satu perkongsian oleh Bakhtiar Fitri Abdul Hamid baru-baru ini ternyata cukup menyentuh hati.
Menerusi perkongsian tersebut, saudara Bakhtiar melahirkan rasa kagum dan sebak usai menonton rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mizz Nina bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail.
Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.
Ntah camane boleh tengok pula channel astro 125 naura. Mizz nina show. Kul 2 pagi tengok padahal esok ada kuliah subuh. First time tengok. Yang special, mizz nina interview ayahnya sendiri, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan Ambank.
Apa yang menarik, bagaimana humble seorang ayah yang sangat kaya dan berkedudukan apabila Noh hujan datang memberitahu ingin mengahwini anaknya.
Walaupun Noh penyanyi dan penulis lagu, tapi beliau sangat menghormati Noh yang profesional dalam bidang yang berbeza dengannya.
Yang lebih terharu apabila beliau mengatakan, dia tak mampu nak buat apa yang Mizz Nina buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang kepada kebaikan sedangkan dia tak mampu pun nak sebarkan kebaikan.
Katanya, moga dengan apa yang Nina buat, moga Allah kurniakan jugak saham kebaikan untuknya di akhirat nanti sebagai ayah kepada Mizz Nina. Fuhh… Ngalir air mata bila dengar ayah cakap macam tu pada anak depan orang ramai.
Saya melihat inilah kekuatan Mizz Nina. Dia istiqomah dengan penghijrahannya kerana selepas sahaja dia berhijrah, dia terus berdakwah ajak orang buat kebaikan.
Sudah tentu pendakwah perlu lebih baik daripada yang didakwah. Namun begitu ujian hijrah sangatlah besar.
Moga Mizz Nina terus istiqomah dan moga Tan Sri Azman diberi kesihatan serta bahagia dunia akhirat. Amiin.
Tolong bagitau Mizz Nina, saya sangat impressive dengan kerja dakwah yang dia buat. Nak bekerjasama dengan dia ajak remaja2 plak berhijrah. Dah kronik sangat remaja kita ni.
Salam takziah buat aktor Sharnaaz Ahmad atas pemergian bapa tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, mengundang rasa simpati ramai.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
“Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!
“I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.
“I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven,” titipnya pilu.
Sharnaaz turut memberi tahu, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Menceburi bidang kerjaya yang rata-rata dimonopoli kaum lelaki bukanlah semudah yang dijangkakan. Sementelah dia memiliki raut wajah yang manis, pandai bergaya dan juga bertudung.
“Namun minat mengatasi segalanya. Bagi Siti Nur Hidayah Bt Mohd Azlan, segalanya tercetus dek minat usai mengikut bapanya memanjat gunung Tahan tatkala usianya baru menjangkau 13 tahun.
Ubah stigma
Ibu kepada sepasang anak ini kemudiannya nekad untuk menceburi bidang berkenaan biarpun memiliki kelulusan dalam bidang Kewartawanan. Baginya, aktiviti mendaki gunung punya keistimewaan yang tersendiri sesuai dengan jiwanya yang lasak dan sukakan cabaran.
Dia juga memiliki sebuah syarikat outdoor sendiri yang diberi nama National Outdoor Adventure (NOA) dan merupakan seorang guider bertauliah dengan lesen sah. Syarikat tersebut mengendalikan aktiviti teambuilding, mountain guide, water rafting, wall climbing, Abbselling dan sebagainya.
“Waktu saya memilih untuk menceburi bidang ini, keluarga cukup menyokong dan itu yang menjadi pemangkin semangat untuk saya. Biarpun saya sedar bidang yang saya ceburi ini bukan calang-calang orang yang boleh mengharunginya.
“Sementelah, saya perlu bersaing dengan kaum lelaki yang sememangnya kita sudah tahu gagah dan kuat. Tetapi saya mahu ubah stigma itu dan buktikan wanita juga boleh berbuat demikian.
“Awalnya memang sukar kerana kemudahan yang ada pada waktu itu terhad, tidak seperti sekarang. tetapi saya tidak kisah, saya cuba sedaya upaya. Tahun 2009 saya membuka syarikat sendiri dan bergerak secara solo memandangkan belum mampu mengupah staf.
“Sehinggalah 2013, apabila syarikat saya mula bergerak lancar dan saya mula menambah staf untuk melancarkan urusan kerja. Boleh dikatakan semua staf saya terdiri daripada kaum lelaki dan saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka. Pada saya soal kerja kita kena profesional dan mereka tiada masalah untuk menerima arahan daripada seorang wanita.
“Saya jenis yang suka berdikari dan tidak suka mencari masalah, dalam masa yang sama saya akan pastikan jika ada perkara berbangkit akan segera diselesaikan. Saya tidak suka bersikap seperti ‘ladyboss’ kerana dalam soal kerja kena lakukan bersungguh-sungguh walaupun sebagai bos kena tunjukkan teladan yang baik barulah anak buah akan hormat kita.
“Kena banyak tolak ansur dan perbincangan antara staf dan ketua penting dan saya sendiri jenis yang tak suka besarkan benda remeh dan ‘outspoken’,”Ujar Siti Nur Hidayah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ana.
10 tahun dalam bidang yang dimonopoli ‘Orang Jantan’, Ana mengakui benda yang buat dengan ‘jiwa’ hasilnya sedikit berbeza. Untuk pandai sukar tetapi segalanya bergantung kepada pengalaman.
“Persaingan dengan pendaki lelaki agak hebat kerana kerjaya ‘mountain guide’ ini adalah kerja orang lelaki. jadi bukan mudah untuk menjadi setaraf dengan mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama dengan kaum lelaki lebih-lebih lagi untuk handle ego mereka.
“Namun semuanya bergantung kepada bagaimana kita ‘tackle’ hati mereka. Mungkin mereka melihat kerja keras, usaha dan selalu berbincang dan itu menyebabkan jurang antara kami tidak terlalu jauh.
“Selain itu, kena menjalinkan hubungan yang baik memandangkan saya seorang wanita dan terpaksa berhadapan dengan lelaki.
“Tetapi dari semasa ke semasa saya mampu melaksanakannya. Dengan usaha gigih Alhamdulillah saya boleh bertahan. Saya suka mencabar diri sendiri dan mahu bantu orang lain untuk merealisasikan impian mereka itu dua faktor yang saya pegang untuk berjaya dalam bidang ini.
“Cuma untuk standing dengan lelaki, semangat dari seorang wanita itu banyak membantu saya,” jelas Ana yang mahu jadi role model buat penggemar aktiviti lasak, terutamanya kepada kaum wanita.
Petua orang lama
Akuinya lagi, bukan mudah untuk berjaya macam-macam ujian, halangan yang perlu ditempuhi, Justeru, dia kena sentiasa positif diri dan niatkan yang baik-baik.
“Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila saya mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan ia dijahit. Tetapi dalam masa yang sama, saya harus meneruskan pendakian memandangkan saya ketua untuk ekspedisi berkenaan.
“Mahu tak mahu saya terpaksa teruskan dan berlagak seolah-olah kecederaan saya itu tidak serius. Sedangkan hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang harus saya lalui. Alhamdulillah pendakian berjaya dan selepas itu baru saya mendapat rawatan.
“Selain itu, saya pernah mengalami situasi di mana seorang peserta dipatuk ular. Jadi, saya terpaksa menjadi ‘doktor’ untuknya dengan membuang bisa ular tersebut. Waktu itu saya cuba berlagak biasa dan tidak mahu nampak panik kerana bimbang ia boleh membuatkan peserta lain cemas.
“Saya kena selamatkan dia dalam tempoh enam jam jika tidak mahu nyawanya dalam bahaya. Saya teringatkan petua orang lama iaitu menggunakan rambut untuk membedah buang bisa ular. Itulah yang saya praktik dan ia berjaya. Peserta itu selamat dan dihantar ke hospital.
“Dalam situasi begini kena bertenang, fikir apa yang saya perlu buat dan yakin dengan apa yang saya lakukan. pengalaman banyak membantu saya terutama mengendalikan peserta. Setakat ini paling ramai yang pernah saya bawa adalah 200 orang dan paling sedikit 24 orang.
“Saya akan dibantu oleh 10 orang staf sekiranya peserta ramai. Selain mendaki gunung, ada juga yang meminta khidmat saya untuk melihat air terjun, wall climbing dan sebagainya,”ujar Ana yang akan melakukan latihan dan persiapan sebulan lebih awal dengan peserta.
Anak Ikut Jejak
Penerimaan anak-anak awalnya tidak mudah, dan mereka selalu bertanyakan kenapa selalu masuk hutan. Namun, semakin membesar lama-kelamaan anak-anak mula faham. Bahkan, anak keduanya menampakkan minat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang tersebut.
“Kalau diikutkan saya tidak suka memaksa mereka sebaliknya anak kedua saya yang juga perempuan menampakkan minat berbanding anak lelaki sulung saya. Anak saya ini suka benda lasak berbanding abangnya. Cuma saya tidak suka dedahkan anak-anak dengan benda lasak dalam usia mereka sekarang.
“Secara jujurnya, pekerjaan mountain guide outdoor recreation di luar negara sangat profesional dibandingkan di negara kita. Dalam Children Education Outdoor, anak-anak akan diberi pendedahan dengan aktiviti lasak apabila akil baligh.
“Maksudnya abdomen dalaman mental dan fizikal sudah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.
“Sekarang ini saya hanya mendedahkan pada benda-benda yang tidak terlalu lasak, risau sebab mereka terlalu berani. Sekarang anak saya yang sulung berumur 12 tahun dan yang kedua 11 tahun.
“Selain habiskan masa mereka di rumah waktu cuti, kami juga rajin keluar bersama dan melakukan aktiviti yang mereka sukai,” ujar Ana yang merancang untuk mencapai misi untuk menawan 7 puncak benua suatu hari kelak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.