Sudah tentu kita semua ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan.

Apa yang oasti asas pembinaan sesebuah perkahwinan adalah untuk keluhuran dan kesetian pasangan serta menerima seadanya pasangan. Begitu juga peranan seorang suami yang harus memastikan keluarganya bahagia termasuk isteri.

Bahagiakan isteri bukan hanya kebendaan semata tapi kehidupan berlandaskan agama.

Sebagaimana yang dikongsi oleh Puan Intan Dzulkefli mengenai bagaimana membentu sebuah keluarga jannah.

Sempena hari penghulu segala hari ini, ikuti perkongsian ini, semoga kita muhasabah diri agar kita dan pasangan serta keluarga mendapat lebih berkat.

Tugas Suami Bukan Bagi Hadiah Mahal, Bayar Bil Shopping Isteri Tapi Bentuk Keluarga Berkat. Deep Perkongsian Wanita Ini, Moga Jadi Iktibar.

Tugas terberat suami kita sebenarnya bukanlah perlu melunaskan semua yang kita teringin makan, dari murah sampailah mahal atau belikan barang kemas apa yang kita suka, tolong snapkan gambar bagi kita nampak kurus atau bayarkan item yang kita letak dalam cart shopee sampai beratus itu.

IKLAN

Melainkan untuk membawa isteri dan anak-anaknya masuk ke dalam syurga.

Haritu dengar tazkirah dalam ikimfm, ramai suami isteri harini dia fikir rumahtangganya takde gaduh, kekal harmoni (tak bercerai) tu sudah dikira ‘berjaya’ walhal isteri belum tutup aurat, isteri biarkan suami cari rezeki dari sumber yang syubhah/haram, suami biarkan isteri pertontonkan aurat di depan bukan mahram, ibubapa membiarkan anak-anak tidak solat, tak ajar baca Al-Quran (contoh).

Hakikat sebenarnya, rumahtangga yang berjaya ialah apabila suami isteri saling mengingati untuk mentaati perintah Tuhan.

Kita bertambah baik dalam beribadah apabila berkahwin dengannya. Kalau waktu bujang baca al-Quran pun merangkak, selepas berkahwin boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik. Kalau sebelum berkahwin lalai beragama, selepas berkahwin semakin rancak ibadahnya. MasyaAllah.

IKLAN

Itulah pasangan yang rumahtangganya berkah meskipun hidupnya mungkin tidak gah. Hati saling tenang tatkala sesama sendiri dan saling menyokong ke jalan kebaikan. InsyaAllah.

Ramai harini suami isteri lupa mengejar keberkatan dalam rumahtangganya kerana mereka belajar ilmu rumahtangga dari media sosial artis dan selebriti, bukannya menelusuri sirah dan sunnah Rasulullah SAW dan akhlak berumahtangga para ‘alim ulama’. Lalai dengan duniawi. Ke majlis ilmu jauh sekali.

Allahuakbar.

IKLAN

Astaghfirullahal adzhim.

Hari yang mulia ini, mari ambil waktu sejenak, kita muhasabah ke mana arah tuju rumahtangga kita hari ini. Masihkah atas landasan syariat agama ataupun semakin menjauhi keredhaanNya?

Peringatan saya sebagai isteri juga, yang paling banyak terlalai. Sama-samalah kita suami isteri muhasabah kembali. Anak-anak memerhati. Mereka amanah yang amat berat.

Hari ini Hari Jumaat. Jom baca al-Kahfi. Ajak keluarga hafal 10 ayat pertama dan terakhir bagi melindungi diri kita dari fitnah Dajjal dan akhir zaman, insyaAllah.

Sumber: Intan Dzulkefli

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI