Rendang adalah antara menu wajib yang disediakan di atas meja kala menyambut Hari Raya di bulan Syawal. Masak rendang ni bukan main ‘campak’ je bahan-bahannya. Barangkali ada yang mencuba menu ada yang berjaya dan ada juga tidak mendapat hasil yang menyelerakan.

Sebenarnya untuk memasak rendang kena tahu sukatan yang betul dan beberapa bahan yang digunakan. Begitu juga bila memasak rendang daging kena tahu cara yang betul untuk memastikan daging empuk dan tidak liat.

Rendang juga mempunyai pelbagai jenis sebagaimana perkongsian wanita ini, Ida Shahida namun katanya paling sedap adalah Rendang Ayam / Daging Daun Kunyit.

10 JENIS RENDANG TAPI ADA SATU YANG PALING SEDAP!

Saya sedekahkan resepi rendang rendang saya kepada semua orang yang mendapat status ini.saya halalkan dunia akhirat. Khas saya hebahkan status ini untuk kita menyambut aidilfitri.
RENDANG NO.1 iaitu RENDANG SERAI LENGKUAS merupakan rendang yang paling sesuai untuk cicah lemang dan ketupat dihari raya nanti.
Rendang yang paling sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak ialah RENDANG no.9 iaitu RENDANG TUMIS AYAM@DAGING.
Manakala kalau nak yang paling mudah dan amat menyelerakan untuk ketupat lemang dan nasi ialah no.10 .
Kolesi rendang saya boleh lihat di link ini : 10 Jenis Rendang
Nak Rendang Lebih Sedap, Tukang Masak Ini Listkan 10 Jenis
PETUA
RENDANG DAGING KALAU TERUS DIBUAT RENDANG MEMANG KERAS WALAU DIMASAK LAMA.
Jadi kalau nak lembut mesti kena rebus dahulu .tapi kalau potong kecil kecil tak perlu direbus terdahulu.
Cara merebus: Air diisi melepasi daging. Masukkan garam.
Rebuslah sehingga tinggal 1/4 air sahaja. Dah direbus baru potong sebesar 4 jari dan tebal.
Stok air daging tadi kita akan guna semula iaitu masukkan kedalam kuah rendang semasa rendang sedang mendidih.
Kalau rebus daging dahulu masak rendang 1 1/2 jam pun dah sedap rasanya.ini untuk daging saiz besar.

INI RESIPI RENDANG PALING SEDAP: RENDANG DAGING/ AYAM DAUN KUNYIT

Nak Rendang Lebih Sedap, Tukang Masak Ini Listkan 10 Jenis
Rendang yang paling istimewa ialah rendang daging@ayam daun kunyit. Cicah ketupat lemang dan makan bersama nasi apa apapun sedap sangat. Untuk buat rendang ini, santan mesti banyak jika tidak anda tak akan dapat warna seperti ini. Ia akan jadi warna merah gelap sebab timbul warna cili jika santan tak balance.

 

BAHAN: 

Daging 1kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.

ATAU

1 ekor ayam sederhana besar

Jangan potong terlalu kecil sebab nanti isi ayam akan hancur.

(Yang bertanda* hendaklah dikisar)

Serai 7batang*

Bawang putih 7*

Bawang merah 10 biji*

Halia 2 inci *

Lengkuas 2 inci *

Biji buah keras 6 biji*

Cili kering kisar sendiri 2 sudu besar */15 biji

Bahan dibawah ini dikisar halus

Biji ketumbar 3 sudu besar*

Jintan manis biji 2 sudu besar*

Jintan putih biji 2 sudu besar*

Lada putih biji 1/2 sudu besar*

lada hitam biji 1/2 sudu besar *

Biji halba 1 sudu besar*

Biji sawi 1 sudu besar

( kalau guna yang serbuk lebihkn sedikit)

Santan kotak 500ml atau 2 biji santan kelapa dibahagi kepada 2( 250ml pekat dan 250ml lagi dijadikan santan cair dengan menambahkan 10-12 cawan air ( santan cair)

Kerisik 3 sudu besar

Garam 2 sudu kecil

Gula 2 sudu besar

1 sudu kecil Ajinomoto

Untuk tumisan

Minyak 1 cawan

Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh)

Daun kunyit 6-8 lembar dihiris halus

CARA MEMASAK: Boleh lihat di video.

Letak kuali yang besar atas dapor. Buka api.

Panaskan 1 cawan minyak

Tumis Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh). Bagi wangi semerbak

Masukkan semua. bahan bahan kisar. Kacau dan sebatikan semuanya. Terus balik balikkan sampai wangi

Masukkan daging/ ayam dan kacaulah sehingga semuanya sebati dengan ramuan.

Tunggu sehingga daging/ayam mengeluarkan airnya kemudian masukkan santan cair tadi

Masukkan serentak, gula,  garam dan ajinomoto. Kacau sentiasa sebab nak elak berkerak dibawah.

Bila kuah dah tinggal 1/4 barulah masukkan santan pekat yang lagi separuh tadi (250ml). Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda. ( kalau kata daging tak empuk lagi sila tambah air panas 2 cawan lagi dan kacau semula serta tunggu sampai tinggal kuah 1/4 semula.

Pastikan dulu daging empuk atau ayam mudah empuk. Terus kacau sampai daging /ayam masak .ketika ini kuah sudah pekat .anda masukkan kerisik.kacau lg selama 5minit.

Tutup api dapur

Masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi. Kacau dan balik balikkan. Biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.

Kini rendang anda dah siap maka boleh pindahkan ke dalam periuk dan tudung. Dah siap dah! Selamat menjamu selera bersama anak-anak.

Sumber: Ida Shahida

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

  

Nak Rendang Lebih Sedap, Tukang Masak Ini Listkan 10 Jenis

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI