Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya, kegembiraan rakyat Malaysia berganda apabila pencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, Mohamad Sofian Abdullah atau leboih dikenali sebagai Sofyank telah dinobatkan sebagai juara Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jika sebelum ini, Sofyank memukau kita semua dengan video-video magisnya, kini beliau berjaya memukau para juri ‘Is This The Next Zach King?’ yang merupakan acara bulanan yang di anjurkan sendiri oleh Zach King.

Tiga juri terbabit adalah Kelli, Wren dan pengacara rancangan Mythbuster iaitu Adam Savage.

Selain Sofyank, pertandingan ini turut disertai oleh 2 lagi peserta iaitu Eva dari Belanda dan Brandon dari London yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri serta idealogi yang kreatif.

Menceritakan detik menyertai pertandingan ini, Sofyank berkata;

IKLAN

“Saya teruja ketika melakukan cabaran akhir iaitu menghasilkan satu video dalam masa empat jam. Saya menggunakan buah epal dan cermin sebagai alat peraga dan merakamnya di dapur saja.

“Namun ketika proses suntingan saya rasa sedikit tekanan kerana merasai yang saya tidak memberi yang terbaik sewaktu penggambaran.”

Bagaimanapun katanya, dia terkejut dan terharu apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dan tidak menolak elemen kejutan apabila cermin bertukar menjadi kek yang memberi keterujuaan apa yang berlaku membawa pada kemenangan itu.

IKLAN

“Alhamdulillah, rezeki saya kali ini dan boleh dianggap berganda kerana menang dan dapat merealisasikan impian bertemu Zach di LA,” katanya.

Sofyank berkata, dia menganggap dirinya sebagai wakil negara dalam menyertai pertandingan itu dan mengakui gembira dapat membawa sesuatu yang membanggakan nama negara dengan bakatnya itu.

IKLAN

“Saya anggap kemenangan ini untuk semua orang yang selalu mengikuti dan menyokong video saya kerana bagi saya tanpa mereka saya tidak akan dikenali sehingga ke tahap ini, malah Zach juga tidak akan kenal saya.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tukar Cermin Jadi Kek! Sofyank Pukau Juri, Di Nobat Juara Ultimate VFX Challenge

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI