Wanita dan kecantikan diri memang tidak dapat dipisahkan. Umpama irama dan lagu. Malah sanggup memperuntukkan sebulan sekali untuk memanjakan diri ke pusat kecantikkan yang kosnya agak tinggi. Semua ini agar memastikan diri cantik yang memberi keyakinan kepada dirinnya.
Namun, tidak bermakna tiada bajet yang tinggi kita tidak boleh cantik. Ada pelbagai petua yang boleh dijadikan panduan untuk kekal cantik.
Selain penjagaan muka dan tubuh badan, penjagaan kulit tangan juga salah satu perkara yang diberi perhatian oleh kaum hawa. Mana taknya, di pasaran banyak produk pemutih untuk mencerahkan kulit tangan.
Sebagaimana perkongsian ini yang menggunakan bahan-bahan dengan bajet yang rendah. Menariknya petua ini hanya menggunakan 4 bahan aje.
Mendapat share shingga 39K di facebook, petua untuk petua untuk mendapatkan kulit tangan yang cerah. Pastikan konsisten dan rajin buat. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Ads
Asam jawa. Segenggam untuk sekali pakai Lotion vaseline seperti dalam gambar sahaja .rujuk pic. Letak sedikit agak2 untuk skali pakai Asam limau 1 biji Soda bikabonat 1 sudu besar
Penyediaan:
Ads
Campurkan kesemua bahan dan gaul . Dia akan jadi buih macam sabun. Haaa..best ke best?
Cuci dan bilas. Pastu pakai lotion. Hasil dia SUMPAH! Kulit jadi lembut gila weh! Lincin,wangi dan putih. Kedut-kedut pun tak hado dah ha tangan den..hehe
Tapi idak ler trus putih melepak yea. Nak putih trus pi celup clorok..haha. Kena rajin buat..tiap hari buat. InsyaAllah putih melepak!!
Menarik! Boleh cuba cara ini. Tetapi kena rajin buat lah untuk kulit jadi lebih cerah.
Wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan. Ada yang memakai mekap disebabkan tuntutan kerja, ada juga bila keluar berjalan-jalan gemar untuk bersolek, malah ada juga yang beranggapan bersolek itu sebagai lambang keyakinan bagi seseorang wanita. Gittew!
Tapi yang paling spoil bila dah bersolek ni, tang nak tanggalkan apa yang ada atas muka kita ni balik la. Lebih-lebih kat mata, kita ingat maskara kita dah 100% hilang lepas kita cuci muka, tup tup laa ada lagi! Alamak?!
Mula la time tu was-was, terutamanya bila nak ambil wuduk. Tertanya la, sah ke tidak wuduk kita tu sebenarnya. Kan? Nak tahu lebih mendalam tentang hal ini, jom tengok perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni. Semoga bermanfaat!
WUDUK PAKAI MASKARA
SOALAN :
Setengah wanita hari ini menggunakan maskara untuk kecantikan matanya.
Soalan saya apakah sah mengambil wuduk ketika memakai maskara ini?
JAWAPAN :
Maskara adalah salah satu bahan yang digunakan untuk menambahkan kecantikan mata dengan cara meletakkan suatu bahan ke atas bulu mata.
Biasanya maskara ini dibuat dari serbuk bercampur cecair atau lilin.
Tersebut pada Wikipedia :
Normally in one of three forms—liquid, powder, or cream—the modern mascara product has various formulas; however, most contain the same basic components of pigments, oils, waxes, and preservatives.
Artinya : “Biasanya maskara terdiri dari tiga jenis bahan yaitu cecair atau serbuk atau krim dan produk maskara zaman moden mengandungi pelbagai formula. Bagaimana pun kebanyakkan kandungannya adalah bahan pigmen dan minyak dan lilin dan bahan pengawet.”
Difaham dari sini bahawa apabila seorang wanita memakai maskara bermaksud bulu matanya diselaputi bahan-bahan yang telah disebut tadi.
Membasuh muka adalah salah satu rukun wuduk kerana firman Allah Taala :
Artinya : “Wahai orang-orang beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah segala muka kamu..” (Al-Maidah : 6)
Maka diwajibkan membasuh akan segala yang ada dalam had muka dengan air sampai rata atas kulit dan segala bulu yang tumbuh di atas muka termasuklah bulu mata.
Maka ketika membasuh tempat tumbuh bulu mata diwajibkan air sampai pada sekelian bulu matanya dari hujung ke pangkal dan sampai air pada kulit di bawah bulu mata itu.
Artinya : “Maka ada pun bulu yang jaranglah tebal itu seperti dua bulu kening dan bulu mata dan misai dan dua ‘izar yaitu anak rambut yang tumbuh setentang dengan dua telinga maka wajiblah membasuh zahir sekelian bulu-bulu ini dan batinnya serta dengan kulit dibawahnya sekali pun ia tebal kerana ia adalah termasuk dalam sempadan muka.”
Dan berkata Syeikh Nawawi Al-Bantani :
وإذا كان على الوجه حائل وجبت إزالته ومنه الرمص في العين والوسخ الذي يكون في باب الأنف فلا بد من إزالة ذلك
Artinya : “Dan apabila ada atas muka itu suatu yang menghalang nescaya wajib menghilangkannya. Dan setengah dari yang menghalang itu ialah kotoran pada mata dan suatu yang ada pada tepi lubang hidung. Maka mestilah menghilangkan yang demikian itu.” (Kitab Nihayah Zain)
Jelas disini kalau ada suatu yang menghalang air sampai kepada bulu atau kulit nescaya wajib dihilangkannya terlebih dahulu supaya rata air basuhan wuduk.
KESIMPULAN
Jika bahan dari masakara tersebut menghalang air basuhan wuduk daripada kena pada helaian bulu mata atau kulit dibawahnya maka wuduknya tidak sah.
Jika sampai air basuhan wuduk pada helaian bulu mata dan kulit di bawahnya maka sah wuduknya.
Jika ragu adakah masakara yang dipakainya menghalang air atau tidak nescaya sunat ditanggalkan terlebih dulu ketika hendak mengambil wuduk.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian ini. mendapat maklum balas netizen lebih 61K menekan butang ‘share’ dan hampir 5K untuk menghiasi ruangan komen.
Cara diajar cukup simple hanya menggunakan bahan alami seperti limau nipis dan juga garam.
Kedua-dua bahan ini digunakan dengan cara menggosok bahagian tumit kaki yang merekah secara perlahan-lahan.
Tips tumit merekah bersinar dalam 5 minit hanya guna 2 barang je. Jngan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak
Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!
datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Garam
Cara membuat:
Untuk lebih detail boleh tengok video yang disediakan ini.
Masalah Jerawat dan jeragat biasa berlaku pada kaum wanita. Stres dibuatnya sehinggakan pelbagai cara dan produk digunakan bagi mengatasi masalah kulit ini.
Tidak hairanlah ada yang sanggup berhabisan ratusan dan tak kurang ribuan ringgit demi memastikan kulit wajah tidak mengalami masalah jerawat dan jeragat ini.
Selain kaedah moden, ada juga yang mencuba petua orang lama. Lebih-lebih lagi yang menggunakan produk tanpa bahan kimia. Ini salah satu yang boleh dicuba.
Katanya petua ini yang digunapakai wanita Thai. Patutlah kulit wajah mereka cukup cantik dan mulus kulitnya tanpa masalah jerawat dan jeragat. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada puan Mala Mansor.
PETUA KECUTKAN JERAWAT DAN PUDARKAN JERAGAT TANPA BOCORKAN POKET Kalau jenis kuliit muka selalu tumbuk cik jerawaat bagus guna petua ni. Awek Thai ramai yang guna petua ni. Yang penting bahan ni semulajadi dan kita tahu cara buat memang selamat. Yelah sebab kita buat sendiri kan 😀 Petua ni, boleh putihkan dan haluskan kulit sekali. Boleh juga untuk scrub badan sekali.
🌹Bahan Diperlukan :
=================
Beras pulut 5 sudu makan
Tepung beras 2 sudu makan
Perahan lemon 1/2 biji
Sedikit air
🌹Cara membuat Masker :
=====================
1. Basuh beras dan rendam sekejap. Toskan. Dan goreng tanpa minyak untuk keringkan beras.
2. Blend beras pulut hingga halus.
3. Masukkan tepung pulut dan air gaul hingga sebati.
4. Masukkan perahan lemon kedalam bancuhan tadi.
🌹Cara menggunakan Masker :
=========================
1. Sapu paste masker ke atas muka dan ratakan. Tunggu hingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Semasa membilas tu boleh gosokkan dengan lembut muka untuk tanggalkan sel kulit mati.
2. Kalau guna di badan, sapu di seluruh bahagian badan. Tunggu hingga kering. Bilas dan gosok kuat sikit. Masker ni boleh dijadikan scrub untuk tanggalkan daki di kulit badan.
Amalkan petua ni 3 kali seminggu. Memang muka dan badan akan bersih dan putih. Tak perlu dah beli masker dan scrub dari luar
Jom putih mulus bebas jerawat dan jeragat.
Selamat mencuba!