Ramai orang yang pada satu titik tertentu merasa tidak puas dengan hidup mereka atau mula rasa kosong dalam diri. Justeru, ubah sikap menjadi seorang lebih baik untuk kehidupannya.
Sebagaimana perkongsian ini untuk kita muhasabah diri.
Ads
Ads
Jika anda boleh lakukan perubahan ini setiap hari, maka kehidupan anda akan berubah lebih baik untuk tahun 2021 : 1) Bangun awal pagi setiap hari. Dapat solat sunat tahajud lagi bagus. 2) Membaca al-Quran setiap pagi walaupun hanya 1 muka kerana keberkatan ada padanya. 3) Bersedekah setiap pagi walaupun hanya RM 1. 4) Membaca buku sekitar 5-10 muka setiap hari. Ini sangat bagus untuk kecergasan otak. 5) Maafkan semua orang. Kita maafkan orang, Allah turunkan beribu kerahmatan kepada kita. 6) Mencari guru al-Quran untuk perbaiki bacaan al-Quran. 7) Selawat dan istighfar sekurangnya 100 kali. Kalau tidak mampu, buat yang termampu dahulu. 8) Solat di awal waktu. Bagi lelaki, usahakan diri untuk solat berjemaah. 9) Mendoakan orang lain terutamanya ibu bapa. 10) Baca surah al-Mulk sebelum tidur. Jika tidak mampu, pasang audio surah tersebut. 11) Urus masa dengan baik. Rancang jadual harian sebaiknya. 12) Tanya khabar ibu bapa setiap hari. Jika tidak mampu untuk telefon, mesej untuk bertanya khabar. 13) Sedekah duit pada ibu bapa setiap bulan walaupun hanya RM 5. Anda akan peroleh keberkatan yang sangat luar biasa. Tak percaya? Tak apa, buat dulu dan rasai perubahan diri hari demi hari, Insha-Allah! Sikit dan berterusan lebih baik dari banyak tetapi tidak konsisten. Iwana Aisyah Ab Halim Menuju redha Ilahi
Menjadi satu kepuasan bila turun memancing, akan peroleh hasil ikan tak kira jenis apa mahupun berat. Siapa sangka, sebenarnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam aktiviti ini.
Perkara itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat bersama, paduka anakanda Seri Paduka Baginda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Dalam hantaran berkenaan, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berjaya mendapatkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak.
“Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga berkenaan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing yang berada di kolam tersebut.
Seterusnya, Seri Paduka Baginda berdua berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung.
Kemurungan selepas bersalin akan berlaku kepada ibu yang melahirkan anak dalam situasi yang tidak harmoni. Salah satu puncanya adalah jarak kelahiran dekat anak pertama dan kedua akan memberi tekanan perasaan kepada ibu itu.
Sebagaimana perkongsian oleh Nazia Suhaimi, yang berkongsi pengalaman mengenai tekanan perasaan yang dialami selepas melahirkan anak kedua.
Dalam tempoh itu, anak pertamanya terkena tempias akibat kemurunangan yang dialaminya.
Moga perkongsian ini menjadi ikhtibar bersama.
Ini Mawar, anak sulung saya.
Masa Mawar dapat adik, Mawar baru 1 tahun 6 bulan. Saya terkena angin royan lepas lahirkan Mawar. Saya membenci Mawar sejak dalam hari lagi. Setiap malam, setiap hari saya akan marah-marah anak dan suami. Saya tak pernah cium Mawar bau wangi. Tak sama macam adiknya.
Satu malam (dalam pantang) saya mengamuk teruk. Saya rasa sangat stress dengan kehadiran orang baru. Saya bukan takat kena baby blues, malah lebih dari itu. Saya letih. Sangat letih. Saya jadi amarah luar biasa pada suami dan anak.
Perjalanan membesarkan Mawar, banyak tak indah. Saya kerap pukul Mawar atas sebab kecil. Kasihan Mawar.. Mawar masih kecil lagi masa tu. Saya bagi alasan sebab saya penat mengandungkan adiknya. Barulah saya sedar, kenapa mak saya bising beranak dekat. Penat mengandung dan jaga anak kecil ni lain macam.
Saya tak sedar anxiety saya develop teruk dalam jangka masa mengandung hingga melahirkan adik Mawar. Mawar baru satu tahun lebih. Tertumpahkan air pun saya naik darah. Bayangkan anak kecil macam tu kena herdik.
Mawar selalu kena tengking. Saya masa tu memang baran luar biasa, mudah nak menengking. Kalau saya tak puas hati, mudah saja bergolak macam kena rasuk hantu. Pantang ada silap sikit, saya akan bergaduh dengan suami. Syukurlah, Allah beri saya suami yang sangat luar biasa hebat. Sangat sabar dengan kerenah saya.
Mawar, masa kecilnya memang mudah menangis. Tangisan suaranya sangat kuat. Saya memang tak tahan, boleh jadi gila dibuatnya. Pernah sekali saya nak mandikan, dia buat main-main. Saya marah, saya pukul, saya heret masuk dalam bilik air dan cuba lemaskan Mawar. Bila sedar, saya menggigil. Saya telefon suami suruh balik cepat. Saya takut. Apa saya dah buat ni?
Tak sanggup nak tulis, tak sanggup nak ingat perkara lama. Hati saya berdarah kembali. Saya sedih. Saya rasa saya bukan ibu yang baik. Kalau boleh nak putar masa balik, nak sayang Mawar, susukan Mawar, peluk cium Mawar dan tak ada lagi suara-suara tengkingan macam dulu.
.
Awal tahun ini, Mawar tantrum teruk setiap kali saya hantar ke taska. Itu kali pertama kami berpisah sebab sebelum ini memang saya menjaganya (saya surirumah). Masalahnya, masuk bulan kedua pun, Mawar masih lagi tantrum teruk. Saya tahankan hati, saya tetap juga hantar Mawar. Sampai depan pintu, mesti dia peluk tak nak lepas. Meraung lain macam. Hati saya sedih tapi saya lepaskan juga.
Beberapa hari, keadaan masih tak berubah jadi saya cutikan Mawar. Saya serabut nak buat keputusan. Saya bawa Mawar ke klinik dan ceritakan semua pada doktor. Sebenarnya sepanjang tempoh besarkan Mawar saya menghidap Major Dipressive Disorder dan severe Anxiety Disorder yang mana saya sudah mula mendengar bisikan-bisikan halus.
Doktor cadangkan saya bawa Mawar rujuk ke psykiatri namun jelas, Mawar banyak tanda Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD). Kesan dari apa yang Mawar lalui semasa membesar. Kena pukul, kena tengking. Luluhnya hati saya masa tu. Saya tak dapat sorok rasa betapa saya gagal menjadi ibu yang baik. Balik, saya menangis lagi.
Tak lama kemudian, saya berhentikan Mawar. Saya carikan tadika lain yang boleh membantu develop self-esteem Mawar. Selain itu, saya bawa Mawar ke playgroup atau join apa-apa aktiviti yang melibatkan orang ramai. Sudah tentu saya turut serta. Mawar nampak happy. Baru-baru ni, cikgu cakap Mawar rajin tolong cikgu tanpa disuruh .
.
Sudah hampir 2 tahun saya dapatkan rawatan secara serius bersama pakar psykiatri. Sejak itu juga, saya mula jaga perlakuan dan tutur kata saya kepada suami dan anak-anak. Saya belajar minta maaf setiap malam sebelum tidur. Saya mula slow down tone suara. Saya belajar tak marah-marah lagi. Saya belajar tak memukul lagi. Saya jaga makan. Saya tak tinggal ubat. Saya jaga waktu tidur. Saya nak sihat. Saya disiplin buat sikit-sikit.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah aku kena sihat, sampai bila aku nak macam ni. Kesian anak-anak aku dapat ibu macam ni. Aku kena kuat. Aku penat. Tolong aku Ya Allah. Aku serah hidup dunia akhirat aku ni pada Kau. Bantu aku Ya Allah.
Hari ini, dalam tempoh sepanjang perjalanan ini, saya makin baik alhamdulillah. Suami saya cakap, saya lain sangat sekarang. Huhu. Nak menangis dengar. Dia tak tahu, dialah unsung hero kita. Kalau bukan sebab dia banyak bagi support pada kita, entah apa-apa kita jadi sekarang.
Banyak air mata jatuh namun perjalanan ini berbaloi. Sekarang, saya rasa nikmat jadi normal. Walaupun ada masanya sakit datang pasang surut, saya dah tak masuk gua lama-lama. Ambil masa bertenang sekejap, kemudian move on hidup macam biasa.
Saya tak ada cara yang spesifik cakap dipresi ni sembuh macam mana. Saya belajar untuk sentiasa positif. Ubah mindset. Ubah cara hidup. Ubah circle. Doa banyak-banyak.
Memang ambil masa panjang.
Pelan-pelan. Itu je.
Nazia Suhaimi
Mami sayang Kakak. Mami minta maaf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama menantikan berita anak bongsu pasangan ini, akhirnya Datin Almy Nadia mendedahkan nama yang dipilih iaitu Nur Afrina Aisyah.
Lahir pada 8 disember tahun lalu, Pelakon Dan juga isteri kepada Dato’Fizz Fairuz ini bersyukur atas perkembangan positif puteri kesayangannya itu.
“Nur afrina aisyah nama diberi. Puteri nombor empat.
“Lahirnya 37 minggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah. Sihat cukup sifat syukur sangat-sangat, alhamdulillah.
“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia,” ujar Almy yang memuatnaik perkara tersebut menerusi satu perkongsian di Instagramnya.
Untuk rekod, Almy Nadia dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra.
Almy sebelum ini pernah mengalami dua kali keguguran dalam tempoh beberapa bulan pada pertengahan tahun 2020 lalu.