Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
Ads
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
Ads
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Ads
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
Nama selebriti dan usahawan, Noor Neelofa tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan setiap yang dilakukan olehnya sering mendapat perhatian ramai di media sosial.
Baik dari segi penampilan terkini, mahu kisah peribadinya, ada sahaja hal kurang enak didengari tidak kiralah masih bujang atau sudah berkahwin bersama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.
Terbaharu, Neelofa memberitahu dia kini lebih mengutamakan suami dan keluarga berbanding kerjaya dan bisnes yang diusahakannya.
Neelofa berkata demikian ketika hadir dalam satu sesi temu bual bersama Ria X In Person bagi menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya terutama melibatkan kerjaya dan kisah peribadinya.
Dalam temu bual tersebut, Neelofa menegaskan salah satu kunci untuk masuk ke syurga adalah seorang suami.
“Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baru. Sebaik sahaja momen akad nikah dan jadi seorang isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami,”ujarnya.
Neelofa berkata, sekiranya dia lebih mementingkan populariti atau utamakan keluarga, adalah lebih baik tidak menjadi isteri.
“Jadi, kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih daripada suami, maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke neraka lebih pada yang lain-lain.
“Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular atau bahagia di dunia. Kita tidak akan bau syurga sekalipun,”ujarnya.
Ujarnya lagi, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang isteri adalah taat, bahagiakan suami serta menuruti perintahnya.
“Jadi, saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia. Tiada gunanya juga.
“Selesaikan hak suami dulu, baru saya fokus dengan hal-hal lain,”jelasnya lagi.
Sementara itu, Neelofa turut mengakui suaminya sukar untuk menyesuaikan diri dalam dunianya selepas mereka berdua mendirikan rumah tangga.
“Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri,” katanya.
Kisah sekumpulan ‘Mat Rempit’ ini membuka mata masyarakat supaya tidak memandang dari luaran sahaja. Sikap prihatin mengutip dana untuk membantu seorang bapa tunggal bersama tiga orang anak istimewanya benar-benar mengejutkan ramai pihak.
Mat motor serbu rumah
Kisah bapa tunggal ini pernah tular suatu ketika dahulu kerana sendirian menggalas tanggung jawab membesarkan anak-anak istimewanya selepas kematian isteri tersayang.
Mohd Zain Abdullah, 58, mengakui cukup terkejut dengan kehadiran beratus-ratus motorsikal datang ke rumahnya di Tumpat, Kelantan.
Rupa-rupanya, mat-mat motor tersebut adalah sebahagian daripada 250 orang penunggang motorsikal yang merupakan anggota Geng Motorsport dari beberapa daerah di Kelantan dan wakil dari Terengganu. Rombongan ini datang menghantar sumbangan kepada bapa tunggal itu.
Bagi jambangan bunga duit berjumlah RM5,000
Bukan hanya tahu bermain motorsikal, ada juga dalam kalangan golongan yang sering dipanggil ‘Mat Rempit’ sebenarnya ada inisiatif untuk menabur jasa kepada masyarakat.
Menurut Geng Motorsport, Ardy Datok Agos dari Kumpulan Isabella96Family, kumpulannya telah mengumpul dana sebanyak RM5,000 siap dihias dalam bentuk hiasan untuk diberikan kepada Mohd Zain.
Disertai oleh golongan anak muda berumur lingkungan 20 sehingga 40 tahun, berkonvoi beramai-ramai untuk memberi sumbangan, sekaligus melawat bapa tunggal berkenaan serta tiga orang anak OKU itu.
Air kelapa muda diakui memang enak dan menyegarkan kalau diminum bagi menghilangkan dahaga.
Bahkan sejak dahulu lagi air kelapa muda ini dijadikan sebagai penawar beberapa penyakit dan berfingsi juga dalam hal penjagaan kecantikan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Ana Mahabu di akaun facebooknya.
Kegunaan Air Kelapa Secara Semula Jadi
1. Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak.
2. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.
3. Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena diminum sebagai pelawas kencing.
4. Air kelapa muda dicampur dengan pokok dukung anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi bagi merawat penyakit kelamin,
5. Air kelapa muda direbus dengan akar pokok manggis hutan dibuat mencuci luka bagi penyakit kulit seperti kudis dan kurap.
6. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran dan kelemumur.
7. Air kelapa muda dicampur dengan kunyit dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
8. Air kelapa diminum setiap hari baik bagi penderita penyakit kencing manis. Diluar negeri santan kelapa diminum seperti meminum minuman tin dan botol sahaja, ia dijual dalam tin dan Isinya dimakan seperti makanan ringan.
9. Air kelapa juga diminum bagi menghilangkan mabuk kerana memakan makanan laut
10. Air kelapa yang manis sesuai untuk melarutkan ibu roti untuk membuat donut, dapat menjimatkan gula dengan kemanisan semulajadi.
11. Air kelapa dikatakan dapat merawat ketagihan dadah, air kelapa diberi minum kepada penagih sehingga dia muntah diamalkan selama 3 bulan Insha-Allah dia akan pulih
12. Air kelapa digunakan dalam perubatan, terutamanya menjadi penawar bagi yang terkena santau, sihir dan rasukan jin. Air kelapa diberi minum bersama susu berserta dengan doa-doa tertentu.
13. Air kelapa sebagai overhaul sistem penghadaman:
a) kukus sebiji kelapa muda yg telah ditebuk bhg atasnya dan masukan 3 biji garam kasar.
b) Bila dah suam, gunakan straw besar utk minum semua airnya dalam satu nafas shj.
c) Akhir sekali makanlah isinya dgn sudu.
Lakukannya sebelum tidor sebaiknya jam 10 mlm kerana keesokan harinya anda pasti akan ketandas dgn tergesa gesa. Ini bermakna sistem dalaman anda telah diberi grinding yg sewajarnya.
14. Air kelapa kalau di amalkan mencuci muka.. insha-Allah berseri2 di samping selawat…
15. Kalau Anda rasa demam kejap ok kejap tak ok tarik nafas rasa sakit. Cari sebiji kelapa muda kemudian Taruk kan garam jantan seulas bacakan Al-Fatihah tiga. Amalkan selama tiga hari insya-Allah.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.