“Ujian Tanpa Diduga. Kun Faya Kun.” Fedtri Yahya Kongsi Perkembangan Terbaru, Warganet Titip Doa!

Share

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, baru-baru ini dilaporkan mengalami kemalangan dan dimasukkan ke hospital. tersebut dikongsikan oleh isterinya, Nurul Anati Ismail, yang memohon orang ramai mendoakan suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.

Terbaru, menerusi laman facebooknya, Fedtri berkongsi perkembangan terbarunya yang semakin pulih.
Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun…
Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah…
Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadirkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik. Nikmat yang cukup besar Doakan kesembuhan untuk semua. Tulis Fedtri di laman facebooknya.

 

IKLAN