Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam yang selamat menimang anak ketiga mereka.
Menerusi Insta Storynya, Umisya berkongsi beberapa ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan rakan terdekatnya mengenai kelahiran itu.
Bahkan Umisya sendiri turut berkongsi khabar gembira itu menerusi entri yang sama.
Ads
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendokan.
“Misya dah selamat melahirkan,” tulisnya ringkas.
Ads
Menerusi perkongsian itu, pasangan ini dikhabarkan dikurniakan seorang bayi perempuan selepas dua anak lelaki sebelum ini.
Ads
Terdahulu, pada pertengahan tahun lalu, Umisya yang sedang mempromosikan produk mengakui yang dia sedang hamil anak ketiganya menerusi video yang dikongsikan menerusi Tik Tok.
Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.
Menurut Zizie pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.
Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu. “Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita!
“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah? “Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa.
“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau memuat naik rakaman video yang menunjukkan anaknya setia menunggunya pulang dari kerja.
Rakaman video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan meninggalkan anak.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.
Betul lah kata pepatah, mulut ni ibarat sebilah pisau. Walaupun secara zahirnya tak mampu membunuh, tetapi boleh melukakan hati seseorang dan sukar untuk dilupakan.
Anak-anak masa kini, tak sama dengan zaman dahulu. Corak didikan juga tidak sama, apatah lagi tingkah laku. Kalau dulu, nak marah ibu ayah pun fikir banyak kali tau! Zaman sekarang, ibu ayah sendiri pula yang dimarahi oleh anak-anak. Hmmm…
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa perlu ingat, mereka itu zuriat kita. Bila hampir dalam situasi sebegini, ibu ayah jangan sesekali melatah untuk menyebut 3 perkara yang disenaraikan oleh suami kepada pelakon, penerbit dan pengarah, Shiela Rusly, iaitu Jinggo atau lebih dikenali di laman sosialnya sebagai Tok Sidang. Semoga jadi panduan bersama.
Tok Sidang nak nasihatkan diri sendiri jugak pada anak anak keturunan GENERASI Tok Sidang bila komer dah jadi MAK BAPAK nanti bior bueh macamane anak anak kite, bior deme nyakitkan hati kite MAK BAPAK macamane sekali pon jangan haruih terkeluo dari mulot kita 3 pekara ni… . 1. JANGAN BUANG ANAK KITA 2.JANGAN SESEKALI NGALAU ANAK KELUAR RHUMOH 3. JANGAN SESEKALI KITA NI MAK BAPAK TAK NGAKU ANAK KITE
sebabnye bila anak anak TERASA HATI merajuk bawok hati jauh… bila kite ni MAK BAPAK terasa rindu…terasa sayu… mane nak carik deme… mane nak di cokah kan? . Hadoiiii makkkkk aiiiii shahdu lak hati Tok Sidang ni…🙁☹️
Perkongsian ini dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini sebagai kapsyen sebuah video. Jinggo dalam video tersebut meluahkan rasa sedih apabila selama ini bekerja bersama-sama anak sulungnya, Haq.
Namun terpaksa berseorangan apabila anaknya itu jatuh sakit. Perkara ini dikaitkan dengan dirinya yang sudah berusia, cepat rasa sensitif dan diumpamakan perasaan ini seperti ibu ayah yang menunggu anak-anak di kampung.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Tok Sidang ini. Malah, ada juga antara follower yang menyimpan cita-cita untuk jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak pada masa akan datang.
pelakon Izreen Azminda akhirnya mengesahkan dia kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya.
Pengesahan tersebut dibuat menerusi satu perkongsian entri dalam Instagramnya.
“Ya, memang saya hamil empat bulan. Alhamdulillah saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
“Saya tidak pernah sembunyikan kehamilan. Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Memadai keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu.
“Bagi mereka yang sudah menghidu berita gembira ini lebih awal terima kasih atas ucapan dan doa,” katanya lagi dalam satu laporan oleh Kosmo Online.
Tambah pelakon yang popular dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu, selepas memiliki dua anak lelaki, dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.
“Memang saya berharap untuk mendapat anak perempuan pula, tetapi rezeki semua di tangan Allah.
“Andai dapat anak lelaki juga saya terima dan tetap gembira. Saya hanya mohon doa agar anak dilahirkan dalam keadaan sihat,” kata Izreen.
Kongsi Izreen, 36, kehamilan kali ini dia mempunyai alahan terhadap bau minyak masak selain berasa pening jika menaiki kereta.
“Pada awal kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk dan tidak boleh bau minyak masak, jadi saya jarang memasak.
“Selain itu saya akan mabuk teruk jika duduk di tempat penumpang ketika menaiki kereta. Oleh itu, lebih baik saya yang memandu untuk mengelak berasa loya.
Alhamdulillah masuk empat bulan kehamilan semua alahan semakin berkurangan, namun saya memilih untuk keluar rumah jika ada keperluan sahaja memandang pandemik Covid-19 yang masih belum reda,” ujarnya.
Dia dalam pada itu mengakui rajin kemas dan susun atur rumah di awal-awal kehamilannya.
“Waktu bulan kedua kehamilan, saya perasan rajin kemas rumah. Tiba-tiba jadi rajin susun atur dan hias bagi rumah nampak kemas,” jelasnya.
Biarpun kehamilan tersebut adalah yang ketiga buat Izreen, tetapi merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan keduanya itu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Ude menerusi perkahwinan pertamanya bersama Intan Liana Saleh dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 6, dan Ariq Muqri, 5.
Sumber: Kosmo Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.