
Betul lah kata pepatah, mulut ni ibarat sebilah pisau. Walaupun secara zahirnya tak mampu membunuh, tetapi boleh melukakan hati seseorang dan sukar untuk dilupakan.
Anak-anak masa kini, tak sama dengan zaman dahulu. Corak didikan juga tidak sama, apatah lagi tingkah laku. Kalau dulu, nak marah ibu ayah pun fikir banyak kali tau! Zaman sekarang, ibu ayah sendiri pula yang dimarahi oleh anak-anak. Hmmm…
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa perlu ingat, mereka itu zuriat kita. Bila hampir dalam situasi sebegini, ibu ayah jangan sesekali melatah untuk menyebut 3 perkara yang disenaraikan oleh suami kepada pelakon, penerbit dan pengarah, Shiela Rusly, iaitu Jinggo atau lebih dikenali di laman sosialnya sebagai Tok Sidang. Semoga jadi panduan bersama.
Tok Sidang nak nasihatkan diri sendiri jugak pada anak anak keturunan GENERASI Tok Sidang bila komer dah jadi MAK BAPAK nanti bior bueh macamane anak anak kite, bior deme nyakitkan hati kite MAK BAPAK macamane sekali pon jangan haruih terkeluo dari mulot kita 3 pekara ni…
.
1. JANGAN BUANG ANAK KITA
2.JANGAN SESEKALI NGALAU ANAK KELUAR RHUMOH
3. JANGAN SESEKALI KITA NI MAK BAPAK TAK NGAKU ANAK KITE
sebabnye bila anak anak TERASA HATI merajuk bawok hati jauh… bila kite ni MAK BAPAK terasa rindu…terasa sayu… mane nak carik deme… mane nak di cokah kan?
.
Hadoiiii makkkkk aiiiii shahdu lak hati Tok Sidang ni…🙁☹️
Perkongsian ini dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini sebagai kapsyen sebuah video. Jinggo dalam video tersebut meluahkan rasa sedih apabila selama ini bekerja bersama-sama anak sulungnya, Haq.
Namun terpaksa berseorangan apabila anaknya itu jatuh sakit. Perkara ini dikaitkan dengan dirinya yang sudah berusia, cepat rasa sensitif dan diumpamakan perasaan ini seperti ibu ayah yang menunggu anak-anak di kampung.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Tok Sidang ini. Malah, ada juga antara follower yang menyimpan cita-cita untuk jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak pada masa akan datang.
Sumber : Instagram Jinggojspicture
https://www.dailymotion.com/video/x8btswn
Dibesarkan Di Sebuah Flat Kecil. Kenali Lebih Dekat Figura Wira Negara Ini!

Gelaran ‘wira negara’ yang diberikan oleh sejumlah pihak terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bukanlah perkara utama baginya, apatah lagi di tengah-tengah krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini.
Mengenali lanjut figura hebat ini, apa kata kita baca perkongsian ini.
Manusia paling popular di Malaysia
BELIAU bukanlah penyanyi terkenal, beliau juga bukanlah bintang ternama, namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini.
Sejak lebih empat minggu lalu, wajah figura ini hampir saban hari menghiasi kaca televisyen, muka depan dada akhbar, malah meniti di bibir rakyat Malaysia.
Kemunculannya amat dinanti ramai, malah akaun media sosialnya diserbu ratusan ribu pengikut. Setakat semalam laman Facebooknya sahaja sudah memiliki lebih 375,122 orang pengikut.
Bagaimanapun, ternyata bukan populariti yang dicari oleh pemilik wajah yang tenang ini. Di atas bahunya kini terpikul beban, ibarat batu besar yang sangat berat.
Melawan musuh halimuman bernama Covid-19, beliau bagaikan ‘panglima’ di medan perang yang kini mengepalai ribuan doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan Malaysia.
Hari ini, ramai yang mula membuka mata dan memuji kecekalan beliau, siang malam bersama barisan hadapannya.
Walaupun dihambat penat, namun wajahnya tetap serius dan tenang. Setiap butir bicaranya tersusun, tanpa tinggi suara dan tanpa putus asa.
Ketika diberi kata-kata sanjungan sebagai wira negara, dalam kerendahan hati Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui, “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi Covid-19.”
Mungkin ramai yang tidak menyedari ketika ketiadaan menteri dan timbalan menteri sewaktu peralihan kuasa kerajaan baru-baru ini, Dr Noor Hisham tetap cekal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
“Pada saya, tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 pada 29 Mac lalu.
Anak Kelahiran Sepang
Berusia 57 tahun, Dr Noor Hisham sebenarnya seorang pakar bedah terlatih. Anak kelahiran Sepang, Selangor itu berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa.
Menyingkap kembali kisah hidupnya, laman web bekas pelajar Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur (MBSKL) pernah membicarakan mengenai Dr Noor Hisham melalui sebuah entri pada tahun 2019.
Melalui perkongsian itu, Dr Noor Hisham digambarkan sebagai seorang yang sentiasa merendah diri sejak di bangku sekolah dan seorang yang aktif dalam sukan olahraga.
Zaman kecil
Kehidupan zaman kanak-kanak Dr Noor Hisham bukanlah semewah yang disangka dan mungkin kekuatannya hari ini terasuh sejak beliau kecil lagi.
Laman web bekas pelajar MBSKL itu memaklumkan bahawa beliau dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal.
Malah, ibunya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci dan terpaksa berhempas pulas membesarkannya bersama seorang lagi kakaknya.
“Mereka tinggal di Flat Loke Yew dan dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ibunya juga memberi kebenaran kepada guru untuk merotannya jika perlu,” singkap perkongsian itu.
Ternyata gaya tenang Dr Noor Hisham bukan sahaja disenangi rakyat Malaysia, bahkan kumpulan wartawan yang bertemu mata dengannya dalam sidang media setiap hari.
Wartawan Sinar Harian Putrajaya, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan menggambarkan Dr Noor Hisham sebagai seorang pemimpin yang lembut tutur bicaranya.
Tuan Buqhairah turut mengakui Dr Noor Hisham tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa bosan menjawab soalan yang diajukan para wartawan walaupun soalan itu mungkin mengulangi pertanyaan pada hari sebelumnya.
Keperibadian seperti itulah yang digemari pengamal media di Putrajaya dalam memastikan mereka mendapatkan maklumat yang tepat untuk disajikan kepada pembaca.
“Pada saya beliau sangat lembut dalam bicaranya. Jawapan beliau menggunakan bahasa yang mudah membuatkan wartawan dan orang ramai yang menyaksikan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia secara langsung faham.
“Setiap soalan yang wartawan ajukan, dijawabnya dengan penuh teliti. Sebolehnya beliau menjawab semua soalan kami. Beliau seorang yang free and easy,” kongsi Tuan Buqhairah yang hampir setiap hari membuat liputan sidang media Dr Noor Hisham.
Sebelum bergelar Ketua Pengarah Kesihatan, beliau juga sebenarnya menjawat tugas penting dalam KKM antaranya Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.
Beliau juga menjadi Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya (2004) dan Pakar Bedah Umum (1994).
Biarpun diberi gelaran wira, namun beliau sedikit pun tidak melupakan tenaga kerja bawahnya yang bertungkus lumus berjuang dan berkorban.
Setiap hari Dr Noor Hisham tidak pernah ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua kakitangannya.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua doktor yang bekerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara.
“Sedarilah kita adalah benteng pertahanan terakhir untuk negara. Sesungguhnya kegagalan bukanlah satu pilihan,” katanya.
Fb: Ariel Shah III
PROFIL
Nama: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Tarikh Lahir: 21 April 1963
Tempat Lahir: Sepang, Selangor
Pengalaman:
* Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 Mac 2013
* Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008
* Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya bermula 16 Ogos 2002
* Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur bermula 16 Januari 1998
* Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998
* Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997
* Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu bermula 1 Julai 1994
* Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur (1990-1994)
* Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur bermula 2 Oktober 1989
* House Officer, Hospital Universiti Kuala Lumpur bermula 1 Ogos 1988
Sumber: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadi Tukang Beratur Je, Lelaki Ni Boleh Dapat Lebih RM900 Sehari!

Zaman sekarang ini diakui ramai antara kita melakukan pelbagai pekerjaan untuk mendapatkan rezeki. Apatah lagi dengan kehidupan yang kian mendesak kini, ada antaranya akan mencari satu kelainan atau perkara kreatif untuk memastikan mampu mendatangkan sumber pendapatan.
Umpamanya seperti lelaki ini menjadi tukang beratur yang professional hingga mendatangkan pendapatan yang lumayan buat dirinya.
Lelaki berusia 31 tahun ini yang dikenali sebagai Freddie Beckitt meraih pendapatan 160 pound (RM903) sehari dengan membuat pekerjaan sebagai tukang beratur. Kerjanya hanya perlu beratur dan kebiasaannya pelanggannya terdiri daripada orang kaya dan berduit yang tidak rajin atau tidak mahu menunggu dan perlu beratur terlalu lama ketika membeli belah.
Difahamkan bahawa tiga tahun yang lalu Freddie Beckitt adalah seorang penulis fiksyen sejarah dari Fulham, di United Kingdom. Dan untuk menambah pendapatan bulanannya, dia telah bekerja sebagai tukang beratur untuk menunggu dalam barisan bagi pihak pelanggan yang kaya.
Dalam sehari dia pernah juga meraih pendapatan 20 pound (RM112) sejam dan dia juga berharap dapat beratur lebih lama agar dapat upah yang lebih tinggi.
“Saya sanggup beratur panjang janji ada yang sudi membayar saya untuk melakukan tugas tersebut. Saya juga mengiklankan perkhidmatan saya di dalam aplikasi Taskrabbit yang menawarkan pelbagai pekerjaan pelik dan pelanggan hanya pilih perkhidmatan yang mereka inginkan. “
“Saya juga pernah beratur sampai lapan jam untuk membeli tiket pertunjukkan V7A Christian Dior. Masa sebenarnya hanyalah tiga jam, tapi pelanggan minta saya ambil tiket dan tunggu mereka tiba di acara tersebut. Saya tak kisah asal dibayar 20 pound sejam.”
Freddie bercerita lanjut lagi, kebanyakkan pelanggan yang menggunakan khidmatnya adalah merupakan golongan atasan yang tidak rajin untuk beratur panjang dan tidak sabar pula untuk menunggu, terutamanya dalam usaha untuk mendapatkan tiket atau pass masuk untuk sebarang acara popular.
Sumber : Odditycentral.com
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Buat Main Bila Rasa Lenguh, Sakit Dan Kejang Pada Otot. Ada Kaitan Dengan Serangan Jantung. Ikuti Penjelasan Doktor Ini

Pastinya menjaga kesihatan amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan cergas tanpa sebarang penyakit. Namun, kurang sedar mengenai penjagaan pemakanan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit.
Sebagaimana yang diberitahu oleh Doktor Dr Zubaidi Hj Ahmad bahawa tahap kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
TAHAP KOLESTROLE JAHAT YANG TINGGI MENYEBBKAN RASA SAKIT, LENGUH DAN KEJANG PADA OTOT.
Masalah tahap “kolesterol jahat” yang tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah saluran darah yang tersumbat dan sehingga menyebabkan serangan sakit jantung. Namun pakar perubatan bersetuju bahawa masalah ini juga memberikan kesan buruk pada bahagian tubuh lain.
Dalam satu kajian yang dilakukan mengaitkan tahap kolestrole jahat yang tinggi berkaitrapat dengan rasa sakit dan kecederaan pada otot-otot besar pada tubuh. Kajian ini dilakukan pada tahun 2015 oleh dua buah institusi, University of Canberra dan Monash University. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal “Sport Medicine”.
Bahkan, risiko untuk mengalami kecederaan otot di bahu dan otot di kaki lebih mudah berlaku jika tahap kolestrole jahat mereka tinggi.
Para saintis memberikan pendapat bahawa tahap “kolesterol jahat” yang tinggi selalu akan mengundang berlakunya keradangan, yang kemudiannya berpotensi mengubah struktur otot dan akhirnya menyebabkan otot tidak berfungsi dengan baik dan mudah mengalai rasa sakit.
Rasa sakit ini mungkin menandakan penyumbatan saluran darah di otot kaki yang menyebabkan mudah rasa sakit dan kejang walaupun kita tidak melakukan akitiviti fizikal yang berat.
Jadi bila rasa sakit, kejang atau lenguh pada kaki walaupun berjalan dalam jarak yang dekat atau berdiri dalam jangka masa yang pendek, elok buat pemeriksaan tahap “kolestrole jahat” dalam tubuh.
Semoga bermanfaat.