Pempengaruh Umisya Mazlan memaklumkan dia kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata ketiganya bersama suami, Ahmad Aslam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Umisya yang ketika itu sedang mempromosikan produk pelembab kulit turut memberitahu tentang kehamilannya sekaligus mengiyakan khabar angin sebelum ini yang mendakwa dirinya sedang hamil.
“Satu benda yang saya takkan tinggalkan adalah rutin penjagaan muka saya.
“Saya akan gunakan pelembab dari saya mengandung anak pertama hingga ketiga ini.
Ads
“Yang penting sesuai untuk ibu mengandung, sebab itulah saya pakai,” katanya berkongsi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mendoakan Umisya dan bayinya sentiasa sihat.
Ads
Terdahulu, Umisya memberi bayangan seakan sedang melalui fasa berbadan dua apabila dia mengidam untuk menikmati makanan daripada sebuah restoran terkenal.
Sedekah itu skopnya luas! Bukan sahaja boleh dibuat melalui wang ringgit, tetapi ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya melalui zikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga termasuk dalam bentuk-bentuk sedekah.
Jom semak 8 waktu yang afdhal atau terbaik untuk bersedekah sebagaimana perkongsian ilmu dari Ustazah Asma’ Harun. Jom sama-sama amalkan!
REBUTLAH UNTUK BERSEDEKAH PADA 8 WAKTU YANG AFDHAL INI, SEMOGA PAHALA DIGANDAKAN
Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana orang Malaysia dikenali dengan identitinya yang sopan santun, peramah dan pemurah. Kagum melihat ada yang suka menolong peniaga tepi jalan, orang susah yang memerlukan, ahli keluarga yang kesusahan dan banyak lagi, subhanAllah.
Sungguh beruntung orang yang suka bersedekah, kerana ia merupakan amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.
Daripada Mu’az bin Jabal r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga dan menjauhkannya dari neraka.
Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda lagi:
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (HR Tirmizi, hadis )
Maka saya ingin kongsikan 8 waktu terbaik untuk kita sedekah, mudah-mudahan pahala yang kita perolehi berlipat kali ganda dan memadamkan dosa-dosa kita, insyaAllah.
8 WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH
1. PADA WAKTU PAGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda:
Maksudnya: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya (261). Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (262).” (Surah al-Baqarah: 261-262)
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5. SAAT MASIH HIDUP DI DUNIA AGAR TIDAK MENYESAL KELAK
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munafiqun: 10)
6. PADA BULAN ZULHIJJAH IAITU 10 HARI TERAWAL BULAN TERSEBUT
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadan, beliau menjawab, “Bulan Sya’ban untuk memuliakan Ramadan, ” Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apa yang paling utama? Beliau menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi, hadis dhaif)
b) Daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan Baginda akan terlihat lebih dermawan pada bulan Ramadan; ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam pada bulan Ramadan dan mengajarkan Al-Quran.” Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril a.s., lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berembus.” (HR an-Nasa’i, hadis sahih)
8. PADA HARI JUMAAT
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah menyatakan:
Maksudnya: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Kitab Zad Al-Ma’ad)
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Setiap daripada kita dikurniakan bentuk nikmat dan rezeki yang berbeza-beza daripada Allah SWT. Maka, jalan untuk memanfaatkan rezeki itu juga berlainan. Sedekah bukan hanya melalui wang ringgit sahaja, tetapi berzikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga merupakan bentuk-bentuk sedekah.
Maksudnya: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana jika tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Berusaha dengan tangannya, sehingga dia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Tolong orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau menyuruh melakukan yang ma’ruf.” Sahabat bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?” Baginda bersabda: “Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Allahu Akbar, betapa besar dan pentingnya ibadah sedekah sehingga Rasulullah SAW tidak memberi kelonggaran kepada para sahabat yang tidak mampu melakukannya, sebaliknya Baginda terus melorongkan mereka kepada laluan-laluan yang membolehkan mereka mendapat pahala sedekah.
Semoga sedekah ini menjadi budaya yang terus subur dalam kalangan kita lalu menjadi asbab kita dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus melalui pintu sedekah, Allahumma amiin.
Lebih istimewanya, dalam banyak-banyak ucapan dan kad, pastinya pemberian anak tersayang paling bermakna. Lebih-lebih lagi dia menghasilkan sendiri kad tersebut untuk dihadiahkan kepada mommy dan daddynya.
Awal pagi adalah waktu paling sibuk buat ibu-ibu. Lebih-lebih lagi kini anak-anak sudah kembali ke sekolah. Bangun sahaja tidur perkara pertama yang ibu fikir adalah sarapan apa untuk anak-anak. Buntu juga kan, lebih-lebih lagi pagi isnin agak ‘lemau’ kan.Monday blues bak kata sesetengah orang.
Sebab tu, sarapan cukup penting untuk anak-anak. Bukan mudah nak pastikan anak-anak sentiasa belajar dalam keadaan yang selesa dan bertenaga. Jika tak bersarapan, mood nak belajar pun dah hilang.
Kalau anda nak tahu, sarapan dapat membekalkan tenaga dan membantu anak-anak lebih fokus di dalam kelas.
Sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang sibuk serta tak punya banyak masa, jadi pilih sahaja sarapan cepat tapi sedap dan menjimatkan masa serta tenaga. Gunakan apa yang ada di dapur seperti roti, telur dan sebagainya. Nak lagi sedap, tambahkan dengan buah-buahan seperti pisang, berry untuk membuatkan sarapan lebih menarik sekali gus memancing selera anak-anak.
Nutella® merupakan satu jenama jem berperisa coklat hazelnut yang menjadi kegemaran ramai terutama kanak-kanak. Ia diperbuat daripada bahan-bahan terpilih yang menggabungkan 7 bahan berkualiti berupa minyak sawit, kacang hazel, coklat rendah lemak dan sebagainya.
Terkenal dengan rasa hazelnut dan koko yang asli, Nutella® dibuat lebih menarik dengan kekrimannya yang unik. Rasanya sangat lazat memberikan keseronokan kepada anak-anak. Tidak hairanlah jika ada yang gemar makan begitu sahaja selain disapu pada roti atau digunakan di dalam resipi wafer dan sebagainya lagi.
Dengan pelbagai resipi cepat, mudah dibuat, dan semestinya lazat sesuai untuk ibu sediakan, #Nutella® mazing Breakfast Hacks ‘pasti menggembirakan keluarga dengan resipi dan kandungan yang sesuai untuk memulakan hari anak-anak anda.
Pelbagai koleksi resipi dan idea baharu yang boleh anda cuba sendiri dan nikmati hasilnya. Untuk membantu ibu-ibu, mungkin ini idea sarapan ringkas yang boleh dicuba dengan menggunakan Nutella®.
Sedap kan dan paling penting memudahkan kerja ibu di dapur. Cepat tersedia, jimat masa dan menyelerakan. Dengan Nutella® membantu ibu-ibu menyelesaikan soalan ‘apa yang nak dihidangkan untuk sarapan pagi? dengan cara yang mudah. Yang penting Anak suka, ibu bahagia!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang resipi-resipi menarik dan lazat, bolehlah melayari https://www.nutella.com/my/en/. Info lain mengenai Nutella® juga boleh dilayari menerusi
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...