16 tahun di persada seni, Fasha Sandha tetap percaya disiplin dan komitmen menjadi kunci kepada segala – galanya termasuk rahsia survival bertahan.

Kisah disiplinnya termasuk menghormati waktu dengan tiba lebih awal ke lokasi tertentu atau set penggambaran juga bukan perkara asing.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!Menjadi ‘morning person’ turut menyumbang kepada punca rezeki ibu kepada tiga cahaya mata ini untuk terus murah .

Bukan bermaksud berlagak baik, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini berkata rutin hidupnya bermula sesudah solat Subuh.

“Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang 16 tahun dalam kerjaya. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.

“Pada umur 18 tahun tu, saya sudah mula kerja jam 4,5 pagi. Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi.

“Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga handphone supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!Justeru, sebagai senior dalam bidang seni, ibu kepada tiga cahaya mata  ini sering berkongsi pengalaman dan nasihat kepada pelakon baru.

“Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja.

IKLAN

“Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar. Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus,” kata Fasha pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!Malah hingga kini biar berganti wajah pelapis dunia seni, Isteri kepada Aidil Aziz dan ibu kepada Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma serta Aisha Amaira tetap berada di liganya tersendiri.

Malah selepas kali pertama membintangi drama Scammer Mei tahun lalu di Astro Ria terbitan Radius One Sdn Bhd, jodohnya terus melekat dengan produksi berkenaan.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!Ia diikuti dengan drama Khilaf Asmara bergandingan dengan Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fattah Amin. Seterusnya diikuti drama 80 episod yang masih melunaskan baki penggambaran iaitu Dendam Seorang Isteri buat kali pertama bergandingan dengan Nad Zainal. Hingga bertebaran kisah kononnya dia anak emas produksi terbabit.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!“Tak ada istilah macam anak emas itu pun. Cuma saya pertaruhkan cara bekerja dan disiplin. Mungkin itu juga buat produksi berkenaan senang dan terus tawar peluang kerja.

“Nak kata saya jauh dan hebat tidaklah sama sekali. Ramai bakat baru yang cantik dan bergetah. Namun rezeki itu takkan salah alamat. Ikutkan akan ada kesinambungan drama Scammer 2. Tapi saya terikat dengan komitmen lain,” katanya.

IKLAN

Tidak hanya ‘laku keras’ dengan tawaran seni, kakak kepada Elisya Sandha ini juga terus diintai diberi kepercayaan sebagai duta produk.

Malah jika mengikuti perkembangannya di Instagram, tag line ulasan produk atau makanan dipanggil ‘tak sedap kami tak kongsi’ juga mencuri perhatian.

Dalam erti kata lain, Fasha tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima kerja ulasan produk. Sejak dulu lebih 15 produk sudah memilihnya menjadi duta.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!“Rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya.

Kata Fasha, dia tersentuh hati melihat kesusahan dan pergelutan dilalui pengasas produk berkenaan hingga mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk sama sama menjana pendapatan sebagai agen.

IKLAN

“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.

“Umur 18 tahun, Sudah Mula Kerja Jam 4,5 Pagi.” 16 Tahun Jadi Anak Seni, Tak Pernah Terlewat ‘Call Time’, Ini Rahsia Fasha Sandha Bertahan Lama!“Alhamdulillah setakat ini Saya bersyukur kerana tidak terjejas sumber pencarian sepanjang PKP kerana Sejak awal lagi saya memang praktikkan sikap berjimat cermat selain memastikan ada simpanan untuk digunakan apabila kecemasan.


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI