“Umur 67 Tahun, Anak 7 & 21 Orang Cucu.” Tampil Sihat, Cantik & Bertenaga, Ibu Che Ta Dipuji Nampak Muda Dari Usia!

Share

Pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Lebih-lebih lagi, anak-anak ramai dan kehidupan serba sederhana. Namun, kalau sudah namanya ibu apa sahaja sanggup dilakukan.

Bila anak-anak sudah besar, jelas terpancar kegembiraan dan bahagia seorang ibu. Dapat menghabiskan masa dengan anak-anak dan kehadiran cucu menceriakan lagi suasana.
Bagi anak-anak tiada yang lebih bermakna dari membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka. Setiap masa doa dipohonkan supaya ibu sentiasa dalam keadaan sihat .
Bagi pelakon cantik manis Rozita Che Wan, dia bersyukur kerana ibu kesayangannya dikurniakan tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 67 tahun.
Rozita atau mesra dipanggil Che Ta meluahkan rasa dalam satu perkongsian sempena ulang tahun kelahiran ibunya baru-baru ini.
“Selamat hari jadi buat ibu saya yang cantik. 67 tahun, 7 orang anak, 21 cucu. Tapi mak masih sihat, kuat dan bertenaga,” tulisnya.

 

Rata-rata pengikut Che Ta memuji akan ibunya yang maintain cantikd an muda walaupun sudah bergelar nenek.

julianamustafa5064 Apa rahsia makcik tu…happy birthday makcik,moga Allah lindung makcik..aamiin💟💟💜
ibu_ari58 Nampak muda sihat diusia 67.Alhamdulillah.selamat hari ulangthn ke 67.🌹
ida866 Your mom still very young with 7 elegant adult children. Bertuahnye🌹
cikroshanidakhalid Muda lg makcheta
ita.aziz Alhamdulillah 67 thn tapi nampak muda dari usia…
rosnahwardi Selamat Hari lahir semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu 🎂🎁🎉🌹🌹🌹🌹🌹🌹. nampak muda lagi
rashida.shida.58152Muda lg mama che ta..walau beusia tp.metin..

Sumber: Ig rozitachewan1

IKLAN