Pantang lihat pasangan dah berumahtangga masih tidak mempunyai rezeki anak, mesti akan jadi mangsa ‘makcik bawang’ untuk ditujukan soalan ke arah itu.
Namun kalau ikut logik, tanyalah mana-mana pasangan yang sudah berumahtangga, siapa yang tidak mahu untuk dikurniakan zuriat sendiri!
Tidak terkecuali, pelakon dan juga usahawa Nadiyah Shahab mengakui tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai soal cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 31 tahun itu berkata setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai kucing kesayangannya pasti akan ada netizen yang meninggalkan komen mengenai soal anak.
“Sebenarnya setiap kali saya memuat naik pasal kucing ada je orang kata kasihan dan mendoakan saya semoga cepat dapat anak,” katanya.
Ads
Menurut Nadiyah lagi, ada juga netizen yang meluahkan rasa kasihan serta mendakwa dia serta suami obses dengan kucing dan disebabkan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kadang-kadang kelakar bila baca komen itu sebab saya memang sayang sangat kucing saya tapi kadang-kadang orang kata kasihan dekat kami, katanya mungkin sebab saya dan Ben obses dengan kucing jadi sebab tu tak boleh dapat anak.
“No… chill guys, saya masih muda dan masih ada masa,” tambahnya.
Ads
Malah, ada juga yang seakan menyindir asyik tumpu pada kucing, buatlah anak pula.
“Hari tu i baru nampak komen, i post pasal i punya anak kucing. ‘dah la tu, asyik beli anak kucing. Buatla pulak anak’.” jawabnya.
Baginya, kenyataan sebegitu agak menyakitkan tetapi Nadiyah tidak melatah hanya menganggap semua ini mengambil masa. Malah, tuan badan juga tidak ‘gelabah’ tentang isu ini.
Ads
Terdahulu, Nadiyah Shahab dan juga aktor Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Rusni memilih untuk mengambil tiga subjek aliran Sains Tulen iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia, sebagai langkah awal mengejar hasratnya untuk berkhidmat sebagai seorang doktor.
Menurutnya, meskipun usianya semakin menghampiri angka 40, sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan sekeliling menjadi sumber motivasi utama untuk terus mengejar cita-cita.
“Mak saya sempat tergelak kecil apabila saya maklumkan ingin menduduki semula SPM. Namun, adik saya, Dr Nur Hanisa Ruslan yang merupakan seorang pakar bedah, banyak menyuntik inspirasi dan memberikan dorongan.
“Ramai kenalan saya bekerja dalam bidang perubatan. Mendengar pengalaman mereka tentang dunia hospital menambahkan lagi minat saya untuk mendalami bidang ini,” katanya.
Rusni yang berasal dari Kluang, Johor berkata, minat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sudah tersemat dalam dirinya sejak kecil. Bagaimanapun, atas faktor kewangan dan tanggungjawab keluarga, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.
“Tahun ini, saya nekad untuk memberi peluang kepada diri sendiri. Fokus utama saya kini adalah untuk menduduki semula subjek-subjek teras seperti Biologi, Fizik dan Kimia.
“Selepas itu, saya bercadang untuk menyambung ke peringkat asasi universiti. Saya lebih memilih program asasi kerana lebih bersifat intensif dan lebih dekat dengan suasana pembelajaran di universiti, berbanding STPM,” jelasnya.
Rusni menjangkakan, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, beliau boleh menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dalam tempoh sekitar enam tahun.
Ketika ditanya tentang bidang kepakaran yang diminatinya, Rusni berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad, namun menunjukkan kecenderungan terhadap bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) serta Pediatrik.
“Saya terbuka untuk menerokai bidang-bidang lain sepanjang proses pembelajaran nanti. Saya yakin, dengan usaha dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan, impian ini dapat direalisasikan. Insya-ALLAH,” katanya penuh semangat.
Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini begitu selalu kita dengar dan biasa kita praktikan dalam kehidupan ini. Kita sedar kepentingan perlu bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ditimpa musibah atau masalah, adalah sangat penting!
Lagi-lagi bila memikirkan keluarga tersayang. Banyak perkara perlu dipersiapkan dan antaranya bila menyentuh tentang perlindungan insuran.
Jika sebelum ini, diakui untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk diri sendiri apatah lagi untuk seisi keluarga memerlukan jumlah yang besar, pun begitu baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.
Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan berjumlah RM10,000.
Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Siapa Yang Boleh Memohon
Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.
Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan
-Perlindungan Hayat
-Perlindungan Penyakit Kritikal
Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Manakala meninjau maklum balas Kerajaan tentang ini, nyata menyambut baik sepertimana yang dilaporkan di Astro Awani.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi inisiatif KWSP itu, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan premium dengan harga rendah demi kesejahteraan jangka panjang.
“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.
“Pelan-pelan tersebut dapat menggantian pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah.
“Yang paling penting, perlindungan ini boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP,” katanya.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Membesarkan anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Apa lagi membesarkan anak yang semakin remaja. Perlu bijak menangani setiap emosi anak ketika membesar.
Disebabkan itulah Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria menasihati ibu bapa untuk kurang membincangkan mengenai ilmu parenting yang berbau toksik yang sememangnya tidak sihat untuk perkembangan ibu bapa itu sendiri.
Malah katanya lagi, perbincangan secara terbuka itu akan memberi kesan kepada ibu bapa lain yang turut sama membaca atau berada disekelilingnya. Jadi elakkan. Sebaiknya berusaha untuk sentiasa mempelajari ilmu baru untuk membesarkan anak.
Elak Bincang Topik Parenting Yang Toksik Dan Gaslighting Parents
Panjang sikit nak kongsi hari ini. Baru-baru ini saya nampak satu posting bagi nasihat pasal jangan marah anak, nanti terkesan kesihatan mental anak.
Kemudian ada comment (mewakili parents) yang sebut – “dah tu kesihatan mental mak ayah ni siapa pula nak jaga?”
Lalu berbondong-bondonglah comment yang serupa yang menyokong hingga akhirnya perbahasan berubah polarised – kesihatan mental ibu bapa vs kesihatan mental anak-anak.
Ramailah yang membahan generasi anak-anak sekarang dengan pelbagai label sehingga ibu bapa rasa helpless apa nak buat sebab semuanya salah dan tak kena. Akhirnya jadi parents vs anak-anak.
Sejujurnya saya sangat sedih dengan perbahasan sebegini. Tidak sewajarnya isu kesihatan mental menjadi peperangan antara siapa yang ‘lebih mental’ dari siapa.
Itu bukan tujuan ilmu psikologi, kesihatan mental an keibubapaan. Ia bukan tetang siapa lagi penting. Kedua-duanya adalah aset penting dalam keluarga.
Saya lihat terlalu banyak nasihat keibubapaan dalam media sosial yang menjadikan polarisasi ini lebih teruk. Semua nak bercakap tentang topik parenting sebab ia laku dan mudah dijual.
Namun hakikatnya topik ini sangat delicate. Kita tak nak topik keibubapaan dibawa dalam nada yang menjadikan semua masalah mental/masalah sosial/masalah remaja/masalah sekolah ini berpunca dari ibubapa.
Macam-macam syndrome baru di-hypekan. Gashlighting parents ini sangat tidak sihat sebab parenting should not be driven by fear or emotion. Ia perlu datang dengan ilmu yang evidence-based, developmetally-appropriate, culturally-appropriate.
Jika kita pilih menyalahkan ibu bapa sepenuhnya, ini menimbulkan ketakutan di kalangan ibu bapa. Akhirnya ibu bapa jadi takut dan give up semua approach – lantaklah aku buatlah cara aku!
Ibu bapa adalah aset penting dalam masalah mental remaja dan kanak-kanak. Pengalaman saya dalam bidang psikiatri kanak-kanak, kalau ibu bapa tidak berada pada sisi yang sama dalam rawatan, maka outcomenya tidak baik.
Bukan semua anak-anak yang mengalami masalah mental kerana ibu bapa yang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Sebahagian besar berlaku kerana pertama – mereka sejujurnya tidak tahu dan kedua, mereka sendiri mengalami masalah emosi/mental yang mereka sendiri warisi.
Jadi tangani isu ini dengan berhemah, jangan sampai topik parenting jadi tempat lambakan toksik yang akhirnya menyebabkan orang jadi takut untuk jadi ibu bapa.
Kita bukan nak ibu bapa yang sempurna – kita hanya inginkan ‘good enough parents’ untuk apa jua cabaran.
Untuk jadi ‘good enough parents’ ini kena terus belajar kemahiran baru, bukan bertelagah siapa lagi penting. Remaja hari ini memang mencabar, jadi jangan rumitkan keadaan dengan membebankan ibu bapa dengan apa yang tidak perlu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Isteri Mohamed Salah, Magi Sadeq menjadi individu penting di sebalik kejayaan bintang Mesir itu. Kisah cinta sejak zaman sekolah serta kehidupan sederhana mereka terus mencuri perhatian ramai.