Menguruskan anak yang ramai di ketika mereka sedang membesar bukan satu tugas yang mudah. Adakalanya ibu langsung tiada masa untuk tampil cantik berhias seperti dulu.
Tak perlu keterlaluan, namun cukup ibu pandai menjaga penampilan dan menjaga kebersihan diri dan sekitar. Tambahkan sedikit dengan kecantikan dalaman dengan hati yang bersih dan ikhlas untuk memancarkan seri wajah secara semula jadi.
Jadi apa nak buat? Ikuti panduan petua awet muda cara Islam ini. Baru cantik luar dan dalam.
1. Amalan sebelum mandi dan berus gigi
Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan diiringi selawat Nabi sebanyak tiga kali. Lakukan setiap hari petua awet muda cara Islam ini, sebelum anda mandi dan memberus gigi.
2. Amalan memotong kuku
Petua awet muda yang seterusnya ialah amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik. Jangan dibiarkan kuku tangan dan kaki terutamanya dibiarkan panjang hingga menjejaskan penampilan. Antara hari yang baik adalah pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, anda juga boleh amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.
Ads
3. Amalan semasa berdandan
Setiap pagi semasa anda berdandan, tambahkan bacaan selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke bahagian wajah berserta niat dalam hati. Anda boleh berniat dengan diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
4. Amalan tampak muda daripada usia sebenar
Setiap kali selepas solat Subuh, anda boleh membaca surah Yusuf dan diikuti dengan meminum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas, agar wajah tampak muda daripada usia yang sebenar. Wajib cuba!
Ads
5. Amalan ketika mandi
Amalkan mandi sebelum waktu subuh, iaitu sebaik bangun awal pagi. Setiap kali hendak mandi pula, baca dalam hati surah Al-Waqiah ayat 35-38 pada curahan pertama dan mulakan dari kepala. Selebihnya bersihkanlah diri dan jangan tergopoh-gapah. Ambil waktu anda sebaiknya.
6. Amalan solat sunat dan bacaan Al-Quran
Jangan lupa lengkapkan amalan kita sebagai ibu dan isteri dengan solat sunat dan bacaan al-Quran setiap pagi. Selepas solat Subuh, jadikan bacaan kalimah suci Allah ini sebagai pelengkap hidup kita. Tak perlu banyak jika tidak punya waktu atau terpaksa bergegas ke tempat kerja, cukup memadai sehelai sehari sebagai pelengkap diri.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Zaman sekarang, ramai wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik dari hujung rambat hingga hujung kaki.
Untuk menjadi cantik, ramai yang sanggup membelanjakan wang yang banyak misalnya mencuba pelbagai produk yang kononnya akan membantu mereka untuk kelihatan sentiasa menawan.
Namun ada juga menggunakan cara alami dengan mencuba bahan-bahan yang sedia ada di rak dapur.
Sebagaimana petua cantik awet muda ini hanya mengunakan susu dan bawang putih saja.
Cara penyediannya memang mudah. Ikuti perkongsian beliau.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je . Ni ha.
Cara nak buat minum susu bawang putih.
Cara penyediaan:
1.Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut.
2.Guna api perlahan je.
3. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka. Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Jenis susu:
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak. Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis.
Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan. Takmolah claim lebih-lebih, nanti jadi overclaim pulak. Cuba dulu, baru tau
Keluarga: Mudah aje nak buat, janji rajin dan kosisten. Selamat mencuba!
Jerawat memang buat wanita rasa ‘down’ seharian. Boleh jadi murung satu hari jika tiba-tiba jerawat muncul di pipi. Lebih-lebih lagi kalau suami atau kawan pejabat mula menegur. Bertambah down rasa. Itu kisahnya di muka, macam mana pula kalau timbul di belakang badan.
Walaupun tak nampak tapi jerawat dibelakang badan sebenarnya mengganggu dan buat kita rasa tidak selesa. Secara automatik terus rasa tak yakin pada sendiri dan adakalanya rasa rendah diri kala bersama dengan suami. Maklumlah badan tak berapa nak rata dan jerawat yang timbul pula adakalanya menyakitkan badan.
Bagaimana nak atasi masalah ini? Tidak perlulah terus berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat ini. Masker dengan skrub daripada bahan semulajadi adalah pilihan tepat. Mungkin anda boleh mencuba dua petua ini.
Masker Putih Telur
Selalunya kita dengar mencuba masker putih telur untuk kulit muka sahaja. Kalau nak tahu, jerawat yang timbul di belakang badan juga sebenarnya boleh diatasi dengan cara ini. Ambil putih telur dan sapukan pada kulit belakang badan. Ratakan dan berikan penekanan lebih pada kawasan berjerawat. Biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas.
Skrub Timun
Timun bukan hanya baik pada kulit wajah tetapi juga menjadi penenang pada masalah jerawat. Jerawat yang sedang mekar, mantap dan sakit membuak-buak ini menjadi lebih lega dengan skrub timun. Parut atau lecekkan timun dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat akan kurang sakit dan bengkak.
Skrub Kunyit
Kunyit paling mujarab. Buat skrub kunyit sendiri dengan menumbuk halus bersama garam kasar. Tumbuk lumat dan tampalkan pada tempat jerawat. Sedikit pedih pada permukaan kulit belakang tetapi ia meredakan. Kunyit yang bersifat ‘panas’ akan mengecutkan jerawat dan bila dilakukan dengan kerap, masalah jerawat akan hilang. Hebat!
Cara Sihat Hilangkan Jerawat Belakang Badan
Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:
• Kerap mandibagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.
• Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.
• Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas dari kesan peluh, kotoran dan bakteria.
• Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.
• Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.
• Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dibimbangi boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.
• Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada pada belakang badan dan punggung.
• Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menguruskan masalah bau badan jangan ambil ringan. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang isteri. Pastinya mahu sentiasa bersih dan wangi apabila disamping suami. Ini memandangkan ramai orang perempuan percaya jika ada masalah badan berbau akan menjejaskan penampilan dan sekali gus hilang keyakinan diri.
Atas sebab ini juga, kita harus mencari penawar untuk atasi masalah tersebut. Selain menggunakan minyak wangi, ada baiknya cuba amalkan cara tipikal yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan alami.
Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Mak Jemah Nelly dan turut dikongsikan cara penyediaan ramuan untuk memastikan badan kekal harum di akaun fbnya. Jom cuba buat!
“Ikut cara masing2 lah..mak jem senang dengan cara mak jem. Di sini mak jem share cara nak mewangikan diri , mengelakkan badan berbau , mencegah ketiak yang berbau hangit tengit pahit kaw tu kan…”-Mak Jemah Nelly
Bahan-bahan:
3 batang serai
1 sudu besar halba
2 biji lemon
4 biji limau nipis
Cara Penyediaan :
Potong limau nipis dan lemon nipis-nipis.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Sebelum menggunakan air rebusan ini, badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian ambil hirisan lemon dan limau nipis digosok-gosokkan pada seluruh tubuh dan beru lebih tumpuan pada bahagian bawah lengan.
Ekstra info :
Lebihan air boleh digunakan untuk membilas badan.
Lelaki / perempuan boleh amalkan… JANJI RAJIN SAJA…
Mak jem amal seminggu 2,3 kali
sumber : Mak Jemah Nelly
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.