‘Ustaz Spider-Man’ Ni DIY Kuarters Usang Jadi Ruang Lebih Selesa. Siap Ada Rumah Arnab & Tanaman Sayur

Share

Ustaz ini pernah tular gara-gara mengenakan kostum Spider-Man ketika menyambut para pelajar kembali ke sekolah.

Bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di Sekolah  Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit di kawasan pedalaman Sarawak, pemilik nama sebenarnya Ustaz Muhamad Tarmizi Awang @ Yacoob, 35 sekali lagi meraih perhatian apabila mendekorasi kediaman yang asalnya tampak usang kepada ruang yang lebih selesa dan cantik.

Kalau pergi sibu penuh barang bawa masuk sek, maklum la nie je kenderaan yang ada😂.. Nk kena naik feri lagi… Motor je la yg sesuai

Lebih menarik lagi, Ustaz Spider-Man menjadikan ruang kosong di bahagian bawah kolong dijadikan rumah arnab yang cukup comel selain tanaman kubis yang subur dan mengindahkan lagi kawasan kediaman tersebut.

Bawah rumah nie macam-macam ada, binatang berbisa… Dari bersepah macm nie maka wujud la idea nk buat tempat arnab
Seronk arab main kejar bawah nie…
Nampak suram je sini,maka kita buat la kebun mini
Maka terhasil lah kebun mini.. Tapi penat juga la nk kena siram pagi petang

Part 1.

kite buat dia👌

Dari kuaters usang ke yg lebih selesa. 😂

Welcome to Borneo buat Guru Baru🥰

Walaupun sek pedalaman, sempat la pikul econ bawa masuk sini😊….Maklumla sek dalam pulau
Bila hujan air membasahi dinding nie

Inilah tempat tinggal saya mula mula masuk sekolah dahulu.. (barulah merasa sek pedalaman) 😊… Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik…

Saya mengajar di sek pedalaman Sarawak, dan masih menikmati pengalaman hebat ini,”ujar ustaz Spider-Man lagi.

Mula2 posting haritu. Masuk bilik, ini je yg ada.. Duduk la macm nie berbulan2😊 tikut lalu atas muka tu biasa😂
Nah, selepas di kemas2, beli shoope ja.. X dapat nk pos kat sek… Pos laju x sampai, Maklumla sekolah pedalaman 😂.. Pos sampai pekan.. Hari minggu keluar ambik penuh motor 🤣 Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampk la sentimental value sikit

Perkongsian saya buat guru baru,

☑️ Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya…. Terapi diri katakan😂

☑️ jadilah guru yang kreatif walau dimana kita berada😊

☑️. Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu. Sebab akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin kita pulang tempat asal Nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula khidmat.

Balik sek, petang2 boleh tangkap udang 😊

☑️.Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu, kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun, dialah Spiderman 😂dialah segalanya..

☑️. Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain

☑️.Gunakan kemahiran individu yang kita ada..7

Sumber: Al Tarmizi


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN