Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Usus Yang Tidak Sihat Boleh Jadi Penyebab Anxiety
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Apakah Paksi Usus-Otak?
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Bagaimana Usus Tidak Sihat Mempengaruhi Anxiety?
Keradangan Usus
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Kekurangan Mikrobiota Baik
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres Dan Usus
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Hubungan dengan Sistem Saraf Enterik
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Ads
Gejala Usus Tidak Sihat
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Cara Meningkatkan Kesihatan Usus Untuk Mengurangkan Anxiety
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Kurangkan Makanan Tidak Sihat
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Ambil Serat yang Mencukupi
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Ads
Kawal Stres
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Kesihatan amat penting dalam sebuah keluarga. Untuk sihat kita perlu menjaga pemakanan, bersenam dan hidup secara sihat.
Namun, tahukah kita bagaimana munculnya penyakit. Doktor Hafiz Sulaiman, ini ada menyenaraikan sebabnya.
Moga kita muhasabah diri.
Bagaimana munculnya penyakit?
Adakah kerana kekurangan zat ubat-ubatan..jadi kita perlu ambil ubat setiap hari supaya sihat?
Ataupun kekurangan zat makanan yang sihat..tak cukup makan sayur dan buah?
Mungkin tak bersenam dan tak buat aktiviti kah?
Stress..tak cukup rehat dan tidur..
Saya setuju semua faktor ni yang sokmo dah pengamal dan perawat kesihatan duk cerita. Er kecuali poin pertama tu lah.
.
Cuma saya suka nak share kenapa orang sakit kronik.
Sakit ada dua jenis..akut dan kronik.
Akut ni kejap je macam demam, batuk, selsema..ia mungkin akibat jangkitan kuman atau kecederaan yang boleh pulih dalam masa cepat.
Kronik ni yang bermasalah. Berbulan..Bertahun sakit tak pulih-pulih. Penyakit ni “takde ubat” mengikut perubatan moden..boleh rawat simtom saja. Biasanya ni penyakit keturunan atau just penyakit misteri. Begitulah kata doktor.
.
Kenapa lambat pulih? Takde ke ubat atau “suplemen terbaik” untuk pulihkan sakit ni.
.
Kalau ada suplemen terbaik, tentu lah tak jadi sakit kronik. Kawan kita guna suplemen ni okay…kita guna jadi makin teruk. Ada orang gi spital ambil ubat..Sakit pulih. Sakit kronik ni macam punca, pendekatan pun kena pelbagai.
Asasnya. Sakit ini ialah DIS -ORDER.. Gangguan kepada order atau keseimbangan badan…fitrah badan.
Makan bertahun tuan-puan kita ganggu fitrah badan tu. Punca bukan satu saja macam yang selalu kita rasa-rasa. Itu cuma PENCETUS sahaja. Badan kita ni dah lama nak meletup dah kat dalam.
.
Tanda-tanda sikit-sikit yang biasa:
1) Penat, lesu. Asyik mengantuk lepas makan
2) Takde mood. Stres sokmo. Sensitif mudah sentap
3) Stamina kurang. Sesak nafas
4) Gatal-gatal. Alahan jadi teruk.
5) Kepala sakit.
6) Asyik sendawa, kentut.
7) Sakit-sakit sendi. Asyik cedera je.
8) Sakit Gastrik. Perut tak selesa.
9) Cramp perut.
10) asyik fikir macam-macam. Tak boleh fokus.
SEBAB BADAN TAK SIHAT
Nak sihat kena lah kembalikan ORDER. Keseimbangan tu bukan sekadar “makan seimbang”. Badan kita dibebani dengan 3 stres utama akibat:
1) Makanan tidak toyyib. Tercemar dengan logam berat dan bahan kimia toksik. Pemprosesan yang berlebihan menghasilkan makanan yang tidak fitrah kepada badan. Contohnya teknik penghibridan buah menghasilkan buah yang manis dan gandum yang lebih tinggi gluten. Makan sederhana pun dah kena redefine balik kuantiti tu.
2) Emosi toksik perlu kita waspada..Elakkan jika berlebihan. Hubungan di dalam media sosial, suasana tempat kerja, hubungan keluarga perlu lah mengikut guideline fitrah.. iaitu berlandaskan Al-Quran dan Al-sunnah. Bermanfaat dan diredhai Allah.
3) Rehat bukan sekadar tidur cukup 7-9jam saja.Tidur perlu awal mengikut fitrah waktu tidur. Sleep and rise early. Badan juga perlu digerakkan mengikut fitrah waktu siang kita bekerja dan melakukan aktiviti fizikal lain.
USAHA CARA DOA
Kita usaha dan kita doa. Kita buat ikut hukum sunnatullah yang ditetapkan dan kita tawakkal. Redha saja apa yang bakal menimpa kerana kita tahu nikmat kesihatan yang kita kecapi ni adalah dari Allah.
Jika sakit yang Allah beri, kita tahu ia adalah ujian daripada Allah supaya kita insaf. Ujian yang menjadikan kita tidak lagi jahil, ignorant. Ujian yang menguatkan jiwa dan raga kita. Ujian yang mengembalikan kita kepada ajaran Islam, iaitu agama fitrah.
Bila semakin usia meningkat, kita cenderung untuk terkena serangan darah tinggi dengan mudah. Pun begitu, ada juga masalah darah tinggi yang dihidapi oleh golongan muda. Faktor kerja dan tekanan disekeliling antara penyebab semakin ramai golongan muda mengalami masalah ini.
Jika melepasi bacaan, doktor selalunya memberikan ubat darah tinggi yang wajib diambil setiap hari bagi mengawal kenaikan darah ini. Jadi jangan abaikan makan ubat kerana kesannya amatlah bahaya.
Jika anda sering mengalami masalah ini sebaiknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat yang terbaik daripada pakar selayaknya.
Disamping bekalan ubat daripada doktor, tidak salah jika anda ingin mengamalkan petua tradisional bagi menurunkan masalah darah tinggi.
Bagi Nur Hidayah Dayah yang berkongsi petua menggunakan timun patut juga kita amalkan sebagai salah satu usaha mengawal masalah ini.
Menariknya dia hanya mengamalkan jus timun sahaja setiap hari. Jom kita ikuti petua yang dikongsikan olehnya.
Makan-makan jugak. Saya nak kongsi petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya bacaannya 190 tapi sekarang dah turun 120 sahaja. Alhamdulilah, saya hanya amalkan minum jus epal dan timun sahaja.
Saya tak amalkan makan ubat, hanya minum ni saja.Siap ajarkan pada mak mentua lagi. Dan alhamdulillah mak mentua cakap bacaan darah turun sikit. Akak-akak boleh lah cuba ya.
Jus 2 Bahan
Bahan-bahan:
2 biji epal
1 biji timun
Caranya:
1. Potong buah epal dan timun kecil.
2. Kisarkan bersama air secukupnya.
3. Amalkan jus ini setiap hari.
Kredit: Nur Hidayah Dayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak muntah dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
dan di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
200g halia muda
1 sudu kecil garam
1 cerek air panas
1 cawan (200ml) cuka
70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)
Cara menyediakan dan memasak:
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
Didihkan 1 cerek air.
Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
Semasa masih panas, masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya nda jadikan minuman ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster utk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Cara penyediaan :
Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas
No gula ok..
sumber : Norliza Mohd Salleh Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di