Viral gelagat lucu pasangan suami isteri ini. Sesungguhnya bahagianya rumahtangga apabila ada gelak ketawa menjadi perkara biasa dalam kehidupan rumahtangga. Namun, apabila rumahtangga itu dalam keadaaan serius, bercakap jika perlu dan tiada tolak ansur tentu rumahtangga itu suram. Justeru, jadikan unsur-unsur kelucuan ada dalam kehidupan anda dan pasangan.
Begitu juga dengan umahtangga pasangan muda ini yang begitu aspirasi buat keluarga bahagia. Sejak perkongsian pasangan ini semalam , di laman facebook Farah Izwanie yang memaparkan video seorang isteri sedang makeupkan suaminya dengan menggunakan alatan solek iaitu maskara. Seakan isteri sedang bermain ‘pondok-pondok’ dengan suaminya. Lucukan!
Dalam pada itu, kelihatan kekalutan suaminya yang melahirkan kerisauan terhadap alatan solek yang akan menyebabkan matanya tercedera telah mendapat perhatian ribuan netizen, sekali gus video yang dipaparkan menjadi viral! Lebih lucu, dialek Kelantan dan kata-kata yang ucapkan itu membuatkan ramai yang tidak kering gusi. Malah ada yang mengakui menonton banyak kali video ini.
Ads
Biarpun, video ni nampak biasa-biasa aje, namun reaksi inilah yang harus ada dalam rumahtangga.
Gelak ketawa biarlah menjadi penyeri kehidupan, walaupun ada masalah yang melanda. Biarlah manis bercinta ketika sebelum berkahwin tetap manis sehingga akhir hayat.
Ads
Jom, kita lihat video ni. Moga ia menjadi aspirasi untuk kita kukuhkan ikatan perkahwinan yang dibina! Klik kat link ni
Ads
Sumber: farah izwanie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga yang bahagia itu apabila susah senang suami isteri sama-sama tempuh. Jika kesedihan luahkan kepada pasangan. Usah simpan di lubuk hati, nanti makan diri.
Ketika ini, peranan pasangan adalah penting untuk memujuk hati dan memberi kata-kata semangat agar tidak bersedih.
Itulah yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah bahagia tercipta tanpa batas.
Sebagaimana perkongsian ini, oleh saudara Abu Hurairah Roslan yang menyedari bahawa isterinya sedang berduka dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Namun sebagai suami, dia membantu menenangkan keadaan yang dialami oleh isterinya.
Dah pukul 2.30 pagi. Saya menggosok-gosok mata melihat jam. Takut silap. Ya, Dah 2.30 pagi tapi isteri masih tidak ada disebelah ni. Dia kata ada hal di pejabat, selesaikan kerja dan urusan taska. “Saya balik jap lagi ya”
Saya pun masuk bilik, tidurkan anak-anak dan saya terlena sekali. Kepenatan seharian di kedai membaiki komputer dan berjual beli. Saya telefon isteri, tak jawab. Allah! Risaunya.
Saya terus capai kunci kereta dan cari nak cari dia. Turun ke bawah saya nampak kereta isteri depan rumah. Dia ada dalam tu. Terus saya berlari ke dia. “Eh? Awak kenapa ni? Kenapa ni?” Matanya bengkak. Bersandar sahaja dalam kereta. Rupanya, dia dah sampai rumah awal, tapi tak mampu keluar.
Ada sesuatu yang difikirkan. Menahan perasaan yang dalam. Terasa diri ni tak berguna, kerana mungkin ada sesuatu yang saya abaikan. Saya bawa dia naik ke bilik dan tenangkan.
“Kerja. Masa depan anak-anak. Rumahtangga kita. Mak yang telah pergi. Semuanya buatkan saya tak boleh tidur. Saya beban sangat abang. Maafkan saya” Tiada kata yang mampu saya kata.
Saya hanya tenangkan dia di pelukan. Saya biarkan dia nak lepaskan semua. Sampai berjam-jam isteri meluahkan. Apa yang dia rasa. Apa yang dia tak suka. Apa yang dia mahu. Apa yang dia serabut. Apa dan apa semuanya saya dengar. Walaupun kepenatan dan mengantuk sangat. Ya,
Sebagai suami, kita benar-benar menjadi suami apabila kita adalah “span” yang menyerap semua masalah dan kependaman dari isteri. Kita ada kekuatan itu. Percayalah. Allah membekalkan jiwa dan doa yang cukup buat isteri. Walaupun kita tahu, kita pun tidak kuat mana.
Namun, apabila kita membuka telinga untuk mendengar, menghamparkan jiwa untuk isteri melempar semua kesakitannya, membina tiap ujian menjadi susunan cinta, isteri akan pulang menjadi wanita yang cukup sempurna buat kita.
Lalu,Tiap kelemahan dan kesilapan kita juga, akan difahami dan di doakan kepada Allah, moga kita sentiasa menjadi lelaki yang paling baik buat dirinya. Saya menulis ini, dari lelaki kepada lelaki. Dari suami kepada suami. Isteri kita, sangat terdedah kepada kejahatan diluar sana. Ramai lelaki nak rosakkan isteri kita. Nak ganggu isteri kita. Dan disaat isteri kita kosong, mereka mudah mengisi semuanya.
Dan ramai isteri diluar sana yang cukup tertekan dan stress dengan suami mereka. Tiada ubat untuk mereka, melainkan kita sendiri yang datang, sambut tangan dan hati yang lemah itu, kembali menguatkan. Jadi suami, baru kita tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki. Pulanglah lelaki. Ada wanita yang perlu dirimu di syurga mereka.
Anak sulung sememangnya permata hati yang dinantikan kehadirannya oleh ibu dan ayah. Dia banyak mengajar ibu dan ayah ilmu keibubapaan dari tidak tahu apa-apa kepada serba tahu.
Ibu dan ayah menatang anak sulung bagai minyak yang penuh. Dijaga dan diberi segala keperluan yang cukup dan terbaik hanya untuk anak sulung.
Semakin membesar anak sulung dan tiba saat ibu dan ayah dikurniakan cahaya mata kedua, anak sulung dianggap sudah mampu untuk berdikari.
Tetapi tanpa sedar kita terlupa kadangkala anak sulung yang berusia kanak-kanak masih memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang ibu ayah.
Walaupun hakikatnya tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak namun tanpa sedar sikap dan layanan yang diberikan kepada anak sulung mengguris perasaan mereka.
Ikuti luahan perkongsian daripada Nad Masrom, Kaunselor Laktasi terkenal yang mungkin boleh sama-sama ibu ayah jadikan peringatan bersama.
Anak pertama, banyak mengajar kita sebagai seorang ibu. Dia anak yang paling banyak mengalah. Dia anak yang banyak memendam rasa. Sekecil itu dia belajar untuk hadamkan banyak perkara.
Tak mudah. Sebab itu sekali-sekala berilah dia ruang masa. Untuk dia bebas menjadi kanak-kanak, bukan sekadar kakak yang perlu memikul tanggungjawab seperti orang dewasa.
Kita sebagai ibu kadang-kadang terlupa. Anak sulung kita hanya kanak-kanak yang bisa melakukan kesalahan juga. Dan adakalanya kita lupa jasa mereka mengajar kita banyak perkara. Terutama cabaran menyusu yang luar biasa.
Hati mereka hati seorang kanak-kanak yang sentiasa jujur meluah rasa. Bila mereka gembira, mereka akan tertawa besar. Bila mereka duka, boleh terlihat dengan mata kasar kita.
Mereka hargai setiap butir bicara kita. Maaf dan terima kasih sudah buat jiwa mereka terasa besar.
Terima kasih buat semua anak-anak sulung kita. Yang sentiasa sabar memberi peluang kepada kita. Sebagai ibu dan ayah mereka. I ❤️ U kakak!
Menurut Nad, kadang-kadang kita sebagai ibu, bukan kita tak nak ekspresikan penghargaan itu. Ia ada di lubuk hati paling dalam, cuma tak terluah.
“Saya sendiri memaksa diri untuk sentiasa bercakap tentang maaf, terima kasih dan ‘I love U’ setiap hari bukan kerana saya ibu yang baik, tapi saya tahu saya sendiri perlukan semua ayat ni dulu dan saya tak nak terlewat tidak dapat melakukannya sekarang.
“Kami anak-beranak memang dah terbiasa dengan tiga perkataan ni. Sejujurnya waktu saya dan suami nak memulakan dulu pun agak kaget. Rasa pelik. Tapi kami cuba latih perlahan-lahan. Dari solat bersama (kadang-kadang terskip juga sebab alasan dunia), berdoa bersama, makan bersama dan saling minta maaf.
“Mungkin bagi sesetengah orang, bila diucap selalu sudah tak jadi sesuatu yang istimewa. Tapi itu barangkali lebih baik dari tak mencuba langsung kan.
“Apatah lagi jika terlewat untuk menyebutnya sampai bila-bila. Jadi, marilah kita cuba pecahkan tradisi ‘ketidakbiasaan’ ini menjadi sesuatu yang didambakan oleh anak-anak kita.”
Menurutnya impak amalan ini sangat luar biasa. Katanya lagi cukuplah kita menjadi anak yang kuat dari dulu kerana ujian untuk anak-anak kita menjadi kuat pada zaman sekarang mungkin berbeza.
Hakikatnya kita sering diuji daripada pelbagai sudut, dan ujian-ujian ini jugalah menyebabkan kita rasakan sesuatu yang menyakitkan hati. Ada yang berasa sedih, marah, benci dan pelbagai emosi negatif lainnya.
Pun begitu, dalam berdepan dengan ujian sebenarnya saat dan ketika itulah banyak menuntut kita bukan hanya untuk bersabar tetapi mendidik hati lebih terbuka berdepan dengan masalah. Andai terus diikut rasa hati, bimbang juga akhirnya badan rosak binasa.
Jadi bagaimana cara sewajarnya untuk seseorang itu segera bangkit daripada melalui saat-saat kepayahan dalam hidup agar diri dan hati tidak terus dirundung duka.
Hal ini dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun untuk panduan bersama.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Ya Qawiyy Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat-cepatlah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat cara orang berniaga, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja.
Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana allah. Dia sentiasa ada dekat dengan kita. Sangat dekat!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.